Selasa, Mei 22, 2012

Ahlan wasahlan REJAB...!



Bismillahirrahmanirrahim..
salam 1 Rejab..^_^

terlebih dahulu,syukur,Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas lagi untuk hari ini.moga dikesempatan nafas yang Allah beri pinjam ini,dapat kita manfaatkan untuk beramal dan memohon keampunan atas kesalahan yang kita lakukan,insyaAllah

kali ini,entri tentang kedatangan bulan Rejab.Rejab,Sya'ban dan Ramadhan,,bulan yang penuh dengan keberkatan.dimana Allah bukakan pintu rahmatnya,menerima taubat hamba-hambaNya yang banyak melakukan dosa.

Banyak kelebihan-kelebihan dan juga amalan sunat yang boleh kita lakukan bagi merebut pahala dalam bulan yang istimewa ni.Antaranya;-

* Puasa sunat 1 Rejab (hari ini)
* Istighfar sentiasa
* Berzikir,Bertasbih dan Berselawat
* Membaca Al-Quran dan sentiasa berdoa
* Banyakkan solat-solat sunat...

Digalakkan juga memohon keampunan Allah dan bertaubat dengan sepenuh hati,nescaya Allah menerima taubat kita dan memberi keampunannya kepada kita,InsyaAllah...seperti firman Allah S.W.T;-

''Dan (juga) orang2 yang apabila mengerjakan perbuatan keji @ menzalimi diri sendiri,(segera) mengingati Allah,lalu mmohon keampunan ats dosa2 nya.dan siapa yang dapat mengampuni dosa2 mereka selain Allah? Dan mereka tidak mneruskan p'buatan dosa itu,sdang mereka mngetahui.''
(Ali Imran,ayat 135)

p/s:juga boleh rujuk pada ayat seterusnya,136-138 dlm surah yang sama,(Ali Imran)...dan juga surah An-Nisa',ayat 110-113...

Wallahu'alam Bissawab..