Sabtu, Mei 21, 2016

TIKA RINDU BERTAMU.


Makin di ingat,semakin rindu pada kenangan sewaktu belajar di marsah.saat aku mengenali siapa diri aku.mengenali sahabat2 1 kolej,keluarga besar kpij,belajar asas2 kefasilitatoran,belajar mengendalikan program dgn pelajar2 sekolah,belajar cara bercakap di khalayak audiens,mengenali keluarga THJ,belajar mengenal kitab2 muktabar secara bertalaqqi,dan macam2 lagi.

Jujurnya,aku sangat berterima kasih pada keluarga besar kpij yang banyak mendidik aku untuk tampil lebih berani dan yakin pada diri untuk bercakap dgn audiens,dan juga kreatif dalam mengendalikan program walaupun tidak lah sehebat mereka yg lebih senior.macam2 yang abang2 dan akak2 ni perkenalkan aku dengan style kpij.budaya 5S,jambori dan PMG,kenangan2 bersama adik2 marsah dalam berprogram,perkenalkan aku dengan keluarga angkat mereka,Mak Sal Dan Pak Hussin.sangat bersyukur,meskipun aku sering timbul dan tenggelam jauh dari mereka.

Tapi,semuanya berubah seiring dengan berlalunya waktu.aku semakin jauh dengan mereka,.dan semakin lama aku terasa segala ilmu2 kefasilitatoran yang aku pelajari daripada mereka semakin luntur dan luput dari ingatan.mungkin kerana aku sudah jarang mengaplikasikannya,aku jadi lupa.itu silap aku.tapi apa sebabnya?..biarlah cuma aku sahaja yang tahu jawapannya..mungkin kita ditakdirkan untuk mengenali dan menjalin ukhwah tapi bukan seperti dulu,kerana setiap orang ada pendapat dan pendirian hidup masing2.tapi tak bermakna kita bermusuhan kerana aku masih menghormati dan menyayangi kalian sebagai abang dan kakak yg selalu caring dan banyak memberi aku tunjuk ajar.mustahil aku x merindui kalian.

Aku selalu berharap semoga 1 hari nanti kita dapat bertemu dan berkumpul semula seperti saat pertama kali kita berkenalan.bertemu bukan atas nama jemaah,namun atas dasar 'ukhwah fillah'  yang selalu disebut2 saat kita sering bersama suatu ketika dahulu...Bila?..entahlah..bila sampai masanya kot..mungkin pada hari bahagia aku atau pun pada hari pemergian aku,siapa tahu kan?..

KEM KEDISIPLINAN MURID @BTN BENUT,PONTIAN


Nak pergi pun memang dah mcm survival hidup dah..sampai je larkin,udah mcm jejak kasih dah kitorang berpeluk sbb rindu sgt lama x jumpa,kan..then kak fika ajak pergi kedai kak kina di Masai.kebetulan kak uyul nk ke sana,so dia tunggu kami skali utk ke sana saing.memang langkah kanan sgt la kan,sebab aku pun berhajat jugak ler nak ke kedai kak kina tp sbb kan tambang nk ke sana mcm mahal,aku terpaksa tangguhkan dulu..dan memang rezeki aku sbb kebetulan kak uyul ada bawa sikit makanan,ketam masak sambal yang menjadi kegilaan budak2 dlm Familia THJ.so mcm biasa,sakan berjemah,makan dan bergambar berjemaah,sempat jugaklah aku capai sekotak Kopi Pak Belalang sbb lama dah x minum kan,..ok.selesai smuanye,kak uyul drop kan aku dan kak fika kt pondok bas terdekat sbb kami akn balik ke hotel larkin naik bas je,..
ni la kedai kak kina yang sempat aku,kak fika dan kak Uyul sekeluarga serbu.
Lain pulak citer nyer bila dah ade dalam bas.seat depan aku ade la sorang lelaki ni duduk dengan beg camping dia tu.aku syak mungkin dia ni orang luar dari johor sbb terdengan dia bercakap dlm phone dgn bahasa yang pelik.dia nampak mcm risau dan brp kali jugak dia pandang kami,.at last dia tegur kami,macam mana nak ke larkin.kak fika pun jawab kena salin bas selepas bas ni berhenti sbb bas yg dia naik ni x kan sampai ke larkin.musykil jugak kami sbb dia kata kawan dia cuma drop kan dia kt bas stand masai,bukan larkin.perbualan demi perbualan,baru kami tahu kenapa dia mcm x biasa dengan tempat ni..rupanya dia asal daripada Acheh,dan menetap di KL selama 6 tahun tapi baru 1st time datang ke johor sendirian.sbb kan kesian,kami ajak dia ikut kami memandangkan kami juga nak ke larkin.Alhamdulillah akhirnya sampai juga di larkin dan kawan dia pun dah ready tunggu dia.dia balik je,kami pun naik ke hotel yang kak fika dah check in.naik,rehat sekejap melepaskan penat,then turun balik utk cari makanan sbb lapar.menyanyah la kitorang pi 7E cari stok makanan.bedal jela ape2 pun,asalkan kenyang utk malam tu...tamat utk hari pertama aku di JB.....

Rezeki jugak la kan,bila ayah kak fika yg drive kan utk bawa kami ke BTN pontian tu.tempat dia gila jauh masuk ke dalam,bak hang!...tempat dia nyaman je,..dikelilingi dengan hutan,udara segar dan tumbuhan yang segar di sekitarnya..terima kasih kt kak fika sbb dia guna duit dia utk bayar tambang teksi kt ayah dia...adududuhh segan rasa..>_<...sampai je,kami terus ke dewan since dalam tu dah mula dengar suara ust Sufi bercakap melalui mic..Allah,cuak gila rasa sbb lama sgt dah aku x berprogram sejak tamat studi diploma 2 tahun lepas..Alhamdulillah,rasa mcm hidup semula bila dapat join program2 motivasi mcm ni..tetiba rasa mcm nak terlibat semula dgn aktiviti kefasilitatoran mcm dulu..
bersama trainer&faci yang awesome




Daripada slot indoor membawak ke aktiviti outdoor,semuanya awesome!..seronok aku tengok budak2 ni kena denda hahaha jahat gila aku ni..ekceli bukan ler aku ni dengki sgt suka tengok org kena denda bagai nih..aku suka bila tengok budak2 ni di training untuk jd lebih berdisiplin..part yang paling aku suka tengok bila dorang di dewan makan,ketuanya akan lead anak2 buah yang lain untuk baca doa makan sama2.dan lepas tu dia akan cakap,"jemput makan tuan,jemput makan puan,jemput makan cikgu,jemput makan kawan2,jemput makan semua"...setiap kali waktu makan dorang perlu buat mcm tu..pada aku,adik2 ni semuanya comel sgt walaupun ramai yang ada masalah kenakalan dan disiplin.tu baru bab makan,..

Aktiviti indoor yang aku paling seronok tengok bila dorang diperkenalkan permainan saham dan duit2 yang digunakan adalah daripada duit dari permainan Jutaria.memang kecoh la kan masing2 kumpulan berbincang dan bertekak dalam menetapkan berapa banyak jumlah yang mereka nak melabur saham.ada jugak yang berhutang hingga berjuta ringgit pada bank negara kerana menanggung kerugian dan x cukup duit untuk melabur duit lagi..selain permainan saham,ada juga slot 'Senam Penguin'.pertandingan sesama kumpulan utk melihat kreativiti mereka mencipta gerak gaya sendiri dlm melakukan senam penguin tu.kumpulan tersebut akan dinilai oleh guru2 mereka.serius kelakar tengok gelagat masing2.untuk aktiviti outdoor pulak,adik2 ni masuk ke hutan diringi oleh Pak Aduka,dari pihak BTN.kak fika x benarkan aku ikut serta sekali since keadaan tulang dan saraf aku yang x berapa nak ok,takut jadi apa2 yang lebih teruk..so aku hanya tengok dari jauh je perjalanan dorang masuk ke dalam hutan.so pagi hari kedua tu aku habiskan waktu dalam rumah je.langsaikan hutang tidur dan letih yang terlampau..jadilah,dapat lelap 2 jam..entah apa yang penat sgt pun aku x tau..mungkin side effect dari tulang dan saraf belakang aku agaknya punca aku terlalu cepat letih...tapi betul la,masin mulut kak fika.kak fika ckp nasib baik aku x ikut skali sbb aktiviti dalam hutan tu mmg lasak,dan mmg x sesuai dgn keadaan aku.dia pun mencungap kepenatan bila sampai rumah.

sebelum mula jungle tracking
Alhamdulillah,aku buat keputusan yg tepat utk join kem anjuran S4E ni..banyak yg aku dapat sepanjang 3 hari 2 malam tu.aku dapat ilmu mcm mana nak jd trainer,dapat jumpa dan kenal dengan penggerak S4E,Bro Shafiz,Bro Mizan..dan aku dapat jumpa dengan Awad yang selama ni hanya kenal dalam fb je sejak dia sekolah lg and at last dia jd salah seorang junior aku kt marsah..mmg rezeki betul..Alhamdulillah.

Isnin, Mei 02, 2016

KEM FARDHU AIN TEAMHIJRAH JOHOR 5.0

still remember about Group THJ (TeamHijrah Johor) pada entri yang lepas?..haa meh sini meh,nak habaq sat kat ampa...ni,THJ kali ni kembali semula dengan program terbaru...sriyes rugi kalau korang dah tau tapi x ada inisiatif untuk join sekali..
Jangan sombong jangan bongkak, ini kem untuk semua bukan cuma untuk budak..

Orang tua banyak main, sampai terabai ilmu fardhu 'ain..

Kalau anak tanya soalan agama yang paling asas masih terkapai-kapai, ajak kawan saudara anak isteri semua hadir ramai-ramai..

================

KEM FARDHU AIN TEAMHIJRAH JOHOR 5.0📚

Lokasi program:
•Universiti Teknologi Malaysia Johor
🗓Tarikh program :
•27-29 Mei 2016
👬Penyertaan:
•Terbuka kepada muslimin/muslimat sekitar Johor dan luar dari Johor.
💰Pembayaran :
•RM30.00
(HANYA BAYAR UNTUK MAKANAN/MINUMAN)-Lain-lain ditanggung.

📞 Untuk Pendaftaran Boleh hubungi:
+60 11 2751 9201 ( muslimin )
+60 12 762 8272 (muslimat )


Haa,ape tunggu lagi,? jommm mendaftar sekarang...jangan lewat2,sebab tarikh tutup pendaftaran hingga 20 Mei ni je...jangan salah sangka ea,Kem ni bukan hanya untuk budak2 sekolah je tau..ianya untuk semua had umur...Fardhu Ain ni benda wajib yang perlu kita belajar...masa ni lah nak serap ilmu daripada ustaz-ustaz yang hebat ilmunya..dan oh ye,...Kem ni bukan hanya untuk Anak-anak johor je...terbuka untuk seluruh negeri..kami yang dari Selangor pun insyaAllah akan turun ke johor...^_^

ok,malas nak membebel panjang,bukan korang nak baca pun hehe...jumpa korang kat Kem nanti ok..;) 

Ahad, Mei 01, 2016

selangkah ke alam kedewasaan



dalam kehidupan kita ni memang x boleh nak mengelak bila ianya berkaitan dengan jodoh dan kematian..
tiap hari akan ada berita 'si polan' tu meninggal dunia,orang tu jatuh sakit,..macam tu jugak dengan jodoh..terkilan juga sebenarnya bila banyak kali aku x punya peluang untuk hadir ke walimah sahabat2 yang menjemput..lain tau rasanya bila kita attend sendiri walimah kawan2 kita berbanding hanya wish dan tengok gambar2 kahwin di fb...

mcm baru2 ni straight betul tarikh yang dorang pilih,dah la tengah exam..ahahaha gerammm jek tengok kawan2 yang pergi siap bergambar lg dengan pengantin,kita kt sini struggle dgn exam..23 april,2 orang sahabat yg selamat mnjadi suami dan isteri orang..30 april,seorang lg sahabat Diploma selamat brgelar suami orang..makin meriah la Family Class 1 bila masing2 dah ramai yang kahwin ni...im such a happier person bila tengok gambar2 perkahwinan korang...uhuhuhu sedih tau x,bila kita semua masing2 dah mula membina keluarga sendiri.terasa rindu sangat segala kenangan2 manis kita wktu Dip dulu..zaman masing2 kepala masuk air,iftar sama2,konvoi bercuti sama2,konvoi beraya pun bersama..

sahabat se'praktikal pun nak deliver baby kedua,...cepatnye masa brjalan,...eh boleh x kalau nak ulang balik masa mula2 kenal dulu?...rindu sangat waktu tu...tunggu dalam beberapa tahun lagi then kita kena buat reunion member2 Dip nih...time tu masing2 mesti dah ada anak2,keluarga yang meriah dgn ragam anak2...ahh...x sabarnya <3

bila lagi dapat kita smua berkumpul lg mcm dulu?...T_T