Khamis, November 17, 2016

REDHA SEORANG PENDIDIK.


aku pernah dengar tentang betapa pentingnya kita beradab dengan guru.dan ianya termasuklah juga menjaga hatinya agar tidak terasa hati dengan pelajarnya..jika seorang guru tu terasa hati atau tidak redha akan ilmunya itu,kau jumpalah dengan berapa banyak wali Allah sekalipun,sia2 melainkan kau meminta maaf dan redha seorang guru itu...aku tak ingat kat mana aku dengar perumpamaan ni,tapi aku nak highlight kan kat dalam post ni,betapa pentingnya nilai redha seorang guru tu dalam hidup kita.guru @ pendidik ni adalah ibu bapa kedua kita bila kita di sekolah/kat mana2 pun tempat belajar..jadi adab terhadap ibu bapa tu pun sepatutnya kita perlu aplikasikan terhadap pendidik/guru kita..

Teringat masa zaman diploma,ada seorang ustaz ni mengajar aku subjek Ulum Quran.Ustaz tau aku jenis yang lambat untuk tangkap apa yang diajarkan..yelah,pada aku yang tak ada asas agama yang kuat sebelum masuk kolej tu,memang susah untuk aku kejar..nak pulak la subjek tu kena banyak mengingat.tapi ustaz x pernah pinggirkan aku,sabar betul dia explain dan terangkan satu persatu..bila aku jadi bahan usikan dalam kelas,ustaz jugak la yang jadi back up aku..cara dia persis seorang ayah yang sabar melayan anaknya..buatkan aku percaya untuk luahkan masalah dan minta nasihat padanya..tutur kata dan senyumannya yang macam ayah2,buatkan hati yang ada masalah pun jadi lapang..sampai la aku konvo dan tamat belajar,dia tak lupa aku sebagai salah sorang student dia..budak cengeng la katakan..

tapi tu semua kenangan zaman diploma..bila dah beralih ke zaman degree ni,aku jumpa seorang pendidik yang ada karakter yang samaaa macam ustaz tu..tutur kata dia bukan kosong,tapi penuh dengan hikmah.baik dan tak pernah tinggi suara pada student..tapi sampailah satu ketika,ada pelajar yang ambil kesempatan atas kelembutan dan kebaikan dia.separuh gila dia cari dan contact pelajar tu,pelajar ni semata-mata untuk minta pelajar tu hantar assigment sebab markah x boleh keluar selagi markah tugasan x lengkap.lagi bertambah stress bila pelajar2 yang dididik jawab paper final dengan jawapan yang merepek ibaratnya seperti dia tak pernah mengajar langsung sepanjang 1 sem.

Naik sem selepasnya,Lecture ni mula menukar rentaknya dalam mengajar.dan juga lebih serius.aku tahu,kata beliau,rasa terkilan sebab pelajar jawab paper subjeknya seperti dia tidak pernah mengajar langsung.jawapan yang merepek.sampai jatuh sakit dan beliau menanda kertas soalan tu di hospital..kami semua la puncanya..sungguh,waktu aku dengar luahannya dalam kelas pertama semester baru tu,aku sedar ianya berpunca dari kami,pelajar-pelajarnya..rasa bersalah sangat dalam hati ni..nak rapat macam sem lepas pun rasa macam awkward..bila dalam kelasnya aku mula pasif,sebab aku rasa kerdil dan x layak sangat nak mengadap dengannya selepas apa yang berlaku sem lalu..

Betullah kata orang,hati mak ayah ni boleh perasan kalau ada yang tak kena pada anaknya.sama lah seperti guru-guru..dan,yup! aku juga seorang guru sebelum sambung belajar,jadi aku tau perasaan tu...Lecture tu rupanya lama dah perasan rupanya..katanya aku semakin jauh dengannya,tak seperti sem lalu.maka bermulalah sesi meluah rasa hati..bukan bercinta ea,..cuma aku rasa lebih dekat dan selesa untuk luahkan apa yang aku rasa tak kena mcm sem lepas..dan Alhamdulillah semuanya dah dijernihkan semula..rasa lapang je hati ni..bukan nak kata lecture tu tak redha dgn apa yang jadi sebelum ni sebab dia banyak kali kaitkan kami dengan pelajar kohort lain..tapi aku rasa ia lebih kepada luahan hatinya je,bukan sebab masih marah lagi ,,,

Maka benarlah,dalam Kitab Tuhfatul Murid ada tekankan betapa pentingnya adab terhadap guru..menerangkan dari sekecil-kecil adab sehinggalah ke sebesar-besar nya adab terhadap guru tu sendiri..

Tiada ulasan: