Jumaat, Disember 28, 2012
Pengenalan Radio Internet Terbaru!..
Sabtu, Disember 22, 2012
Street Dakwah-Kempen Menutup Aurat
Selasa, Disember 11, 2012
Pertemuan Pertama.....~
jam 10.30 : kami selamat sampai di marsah..rasa x puas lagi bersama,berbual mesra..yang paling buat aku terharu,bila kak kina serahkan sendiri hadiah berupa niqab padaku...(walaupun dah x suprise sebab mael dah kantoikan dulu) hehe..kami bersalaman dan berpelukan sebelum berpisah..bila naik hostel dan bukak hadiah kak kina bagi tu,sriyes rase nak menangis bila tengok niqab yang cantik dalam kotak yang comel tu..:)...
Rabu, November 21, 2012
sambungan~sambungan~sambungan.....
dia : baguslah kalau macam tu..korang adik beradik pun belajar dalam bidang agama,kan?..ok la tu...
aku : erm..kak,,kalau kak lang nak tanye sikit boleh x?
dia : tanya la,,ape yang kak ina bleh jawab,kak ina jawab..
aku : kalau kak lang pakai pudah,okey x agak2?
dia : kak lang pakai purdah dah ke?..
aku : erm..haah..tapi sekarang ni kak lang tengah risau tentang family kita..takut dorang x dapat nak terima.:(
dia : alhamdulillah,,baguslah..erm..masa kak lang pakai tu,mak ngn abah macam mane?..
aku : mak ngn abah dah ok dah..dorang xde halangan pun..cuma ni la,,org risau laa takut2 mak ngah n semua adik beradik abah x dapat nak terima..
dia : kak ina rasa xde masalah kot..yang penting,restu dan persetujuan mak ngn abah..rasanya semua boleh terima..lagipun sebelum ni pun kak lang memang dah pakai tudung labuh kan?,,..so kak ina rase dorang bleh accept..
aku : risau la kak ina...dada ni dah berdebor-debor dah ni..
dia : x yah nak risau2 la kak lang..yang penting kak lang tau niat sebenar,kenapa kak lang nak pakai purdah..ingat,pakaian kita mencerminkan diri kita...
aku : insyaAllah kak ina..thanks ea kak sebab bagi sokongan..
dia : hehe..sebenarnya kak ina dah lama syak someting..sebab tengok DP facebook kak lang,gambar org pakai purdah..so kak ina agak kak lang mesti dah lama pakai..cuma x bagitau kat family kita jer..
(sebenornya x la lame sangat..aku baru pakai kott..mungkin sebab DP FB aku kot,yang buat dia anggap aku ni dah lama berpurdah..so aku diamkan jer..hehe jahat betul aku..:P )
dia : kak ina rasa xde masalah kot..yang penting,restu dan persetujuan mak ngn abah..rasanya semua boleh terima..lagipun sebelum ni pun kak lang memang dah pakai tudung labuh kan?,,..so kak ina rase dorang bleh accept..
aku : risau la kak ina...dada ni dah berdebor-debor dah ni..
dia : x yah nak risau2 la kak lang..yang penting kak lang tau niat sebenar,kenapa kak lang nak pakai purdah..ingat,pakaian kita mencerminkan diri kita...
aku : insyaAllah kak ina..thanks ea kak sebab bagi sokongan..
dia : hehe..sebenarnya kak ina dah lama syak someting..sebab tengok DP facebook kak lang,gambar org pakai purdah..so kak ina agak kak lang mesti dah lama pakai..cuma x bagitau kat family kita jer..
(sebenornya x la lame sangat..aku baru pakai kott..mungkin sebab DP FB aku kot,yang buat dia anggap aku ni dah lama berpurdah..so aku diamkan jer..hehe jahat betul aku..:P )
so keesokan harinya bermulalah hari yang penuh debaran buat aku..dada ni dah tak teratur berdetak dengan kencang..(ceewahh,,da macam lagu dewa 19 plak rase..haha..*berdetak dgn lebih kencang spt genderang yg mau pulang~ ~..) ..okey smbung...so hari tu bertolak balik ke kampung..and selamat sampai pada waktu petang..esoknya,pagi2 lagi kitorang berkumpul di rumah mak ngah untuk taklimat ringkas tentang jalan mana yang patut diikut dan cepat sampai..heee prasaan aku mase turun dari kereta dan bersalam dengan makcik2 pakcik2 ku time tu memang cuak yang amat..memang aku x nafikan,semua yang memandangku terkejut dan penuh rasa pelik..tapi aku cuba buat2 biase jer dan terus duduk hampir dengan kak ina.fuhhh degupan jantung ni betul-betul bikin orang sakit jantung kott..berdegup laju dan kencang,sekencang-kencangnya..maksu aku tegur,
''kak lang,sejak bile pakai purdah ni?..makcu mase buat umrah hari tu pakai jugak..tapi yang 2 layer punye.sebab kat sana habuk dengan pasir banyak.''
aku pun balas sambil tersenyum,
''hehe lame dah makcu..dah dekat 4 bulan jugak la..''
perjalanan dimulakan,dan alhamdulillah selamat sampai di chalet di sekitar Janda Baik,Pahang..masa makan tengahari,paksu aku tegur jugak tentang pemakaian purdahku..
''x payah pakailah kak lang..kang susah nak makan nanti.''
mak yang kebetulan duduk makan disebelahku menyampuk,
''biarkan dia..nak sangat pakai,pakailah..''
aku xtau lah daripada percakapan mak tu sama ada nak membela aku ataupun berada di side pakcu..huhu tapi aku ambil yang positif,yang mak akan tetap menyokong aku..alhamdulillah,,penerimaan daripada mak dan abah yang paling aku utamakan..aku x kisah kalau family yg lain x suka..tapi bila tengok reaksi sedara mara aku,dorang boleh terima aku seadanya..walaupun mase mula2 tengok aku berpurdah,semua jadi senyap.nak gurau2 n gelak2 macam sebelum ni pun jadi kekok,,tapi sekarang,tak lagi.segalanya kembali normal..aku tetap aku..perangai gila-gila selamba yang ada padaku tetap xkan hilang dibawa pergi dek arus penghijrahan ini.hehe..yang penting,pekak kan lah telingaku ini pada mereka2 yang berkata buruk tentang niatku dalam penghijrahanku..heee...=)
''kak lang,sejak bile pakai purdah ni?..makcu mase buat umrah hari tu pakai jugak..tapi yang 2 layer punye.sebab kat sana habuk dengan pasir banyak.''
aku pun balas sambil tersenyum,
''hehe lame dah makcu..dah dekat 4 bulan jugak la..''
perjalanan dimulakan,dan alhamdulillah selamat sampai di chalet di sekitar Janda Baik,Pahang..masa makan tengahari,paksu aku tegur jugak tentang pemakaian purdahku..
''x payah pakailah kak lang..kang susah nak makan nanti.''
mak yang kebetulan duduk makan disebelahku menyampuk,
''biarkan dia..nak sangat pakai,pakailah..''
aku xtau lah daripada percakapan mak tu sama ada nak membela aku ataupun berada di side pakcu..huhu tapi aku ambil yang positif,yang mak akan tetap menyokong aku..alhamdulillah,,penerimaan daripada mak dan abah yang paling aku utamakan..aku x kisah kalau family yg lain x suka..tapi bila tengok reaksi sedara mara aku,dorang boleh terima aku seadanya..walaupun mase mula2 tengok aku berpurdah,semua jadi senyap.nak gurau2 n gelak2 macam sebelum ni pun jadi kekok,,tapi sekarang,tak lagi.segalanya kembali normal..aku tetap aku..perangai gila-gila selamba yang ada padaku tetap xkan hilang dibawa pergi dek arus penghijrahan ini.hehe..yang penting,pekak kan lah telingaku ini pada mereka2 yang berkata buruk tentang niatku dalam penghijrahanku..heee...=)
Ahad, November 11, 2012
Ana Uhibbuka Fillah . . . . .
Melihat
air yang mengalir di sungai ini, hatiku bertambah syahdu. Air yang
mengalir, deru yang mengelus, bagai menemani sedihku akan sebuah
kehilangan. Aku akan terus disini menantimu sahabatku, aku kini akan
memenuhi impianmu...
"Luqman, apa yang kau buat?" Luqman tersenyum padaku. Air matanya tiba-tiba bergenang sayu, "aku isi permohonan sambung belajar di Mesir." Aku tersentak mendengar jawapannya. "Kau serius?" Luqman tidak menjawab persoalanku, aku bagaikan disimbah kehangatan pilu.
"Iqbal, ana uhibbuka fillah,"
Luqman menatap mataku, tangannya berhenti menulis.
Kalimah agung itu diucap lagi. Aku
sahaja yang masih belum mampu menuturkannya. Aku tidak berani bertanya
lagi, aku takut diriku pilu, aku takut hatiku tidak mampu untuk
menerimanya.
Tiga hari aku tidak hadir ke sekolah,
suhu badanku mendadak naik, mengangkat tangan pun aku tidak larat,
apatah lagi mahu melangkah keluar dari bilik. Luqman juga tidak
kuhubungi. Sengaja! Aku tahu, sakitku ini berpunca dari berita yang
kudengar. Aduh, hatiku belum mampu menerimanya, pilu apabila memikirkan
Luqman akan meninggalkanku. Air mataku menitis tiap kali aku
memikirkannya.
Pagi itu apabila aku membuka mata, aku
lihat Luqman terlena disisi katilku. Dia duduk di atas kerusi sambil
kepalanya terlentok di birai katil, jemarinya memaut erat lenganku.
Dinihari tadi, aku ada tersedar, aku lihat ada orang sedang sujud di
hujung katilku, tetapi kepalaku terasa terlalu berat untuk ambil tahu
siapakah dia. Lama dia bersujud, hingga aku terlena kembali. Luqman
rupanya... aku cuba menggerakkan tanganku dan Luqman segera terjaga.
Tersenyum dia ke arahku, matanya
bengkak, sungguh dia tidak mampu menyembunyikan tangisannya sepanjang
malam. Mahalnya aku tika itu untuk membalas senyumannya.Dalam beberapa jam sahaja, suhu badanku
semakin meninggi. Akhirnya aku masuk ke wad ICU kerana demam panas.
Luqman langsung tidak meninggalkanku. Seminggu aku dirawat, seminggu
itulah dia sanggup terlepas pelajarannya. Sungguh! Syahdunya saat itu.
Aku berlari keriangan, dalam genggamanku
ada sepucuk surat. Sampulnya biru. Dari tulisan tangan di muka depan
sampul surat itu, aku tahu siapa pengirimnya, aku tahu suratku berbalas,
aku tahu dia membalas kirimanku. Aku hanya ingin mencari Luqman
.
Luqman kehairanan melihatku, " kenapa ni?" Aku lantas memeluknya. Lantas ku suakan surat itu kepadanya, "surat apa ni?" berkerut dahi Luqman. "Asiah Maisara balas surat aku," senyumku sampai ketelinga, tersengeh macam kerang busuk. "kau tak cakap pun pada aku yang kau bagi surat untuk Asiah Maisara?" aku menjawab soalan Luqman dengan hanya senyuman.Luqman sudah tahu tentang perasaan
hatiku pada Maisara, tentu dia dapat mengagak apa isi suratku. Luqman
menarikku ketaman, jauh dari orang. Aku masih diselubungi bahagia.
Luqman duduk di atas rumput, aku ikut serta, senyuman aku tiba-tiba hilang apabila aku melihat raut wajah Luqman yang sedikit tegang. Namun masih kelihatan tenang, sejuk hatiku.
"Iqbal, sahabat yang Luqman sayang,
ketahuilah sayang Luqman kepada Iqbal hanya kerana Allah. Lama sudah aku
ingin menegur isi hatimu, namun kupendam jua, mencari waktu yang
sesuai. Sebelum kau buka sampul surat itu, dengarlah luahan hatiku.
Iqbal, yang kucintai, tidak salah
menyayangi seorang perempuan kerana itu fitrah. Namun pabila fitrah
disalah guna, jadilah ia fitnah. Fitnah itu ada bermacam-macam jenis,
salah satunya adalah zina.
Zina itu dilaknat Allah. Zina pula
ada bermacam-macam jenis. Zina hati, apabila kita merindui dan berkhayal
orang yang kita rasa kita cintai, dan ajnabi bagi kita. Zina tangan,
apabila kita telah memegang ajnabi, menulis kata-kata cinta untuk si dia
juga dianggap zina tangan. Zina mata, apabila kita selalu memandangnya,
bahkan menjelingnya. Nauzubillah.
Iqbal, sahabat yang kukasihi. Cinta
yang benar-benar sejati adalah cinta Allah, kemudian cinta Rasul. Aku
ingin mengajak kau bercinta bersama-sama denganku. Cinta Allah tidak
pernah mengecewakan, cinta Allah selama-lamanya abadi."
Aku menitiskan air mata mendengar madah
bicaramu, hatiku basah dengan linangan syahdumu. Dan bermula saat itu,
kau mengajar aku mengenal cintanya Robbi. Aku membuka lipatan surat
ditanganku. Kertas itu hanya dihiasi serangkap madah;
"Cinta
yang kucari adalah cinta Ilahi. Hati ini masih belum benar-benar
mencintai Ilahi, aku tidak rela meretakkan cinta yang kusulam dengan
cinta ajnabi. Carilah cintaNya yang hakiki, nescaya kau tidak kecewa
dengan duniawi."
–Asiah Maisara-
Menitik air mataku disetiap sujudku.
Saban ketika aku terbayang gadis solehah bertudung labuh itu, yang
menemaniku, sesalan khilafku.
Suatu hari, Luqman menghadiakanku Quran terjemahan sedangkan Luqman tahu aku sudah punya satu.
Suatu hari, Luqman menghadiakanku Quran terjemahan sedangkan Luqman tahu aku sudah punya satu.
"Ambillah, ini pemberian dari orang yang kau cinta."
Aku anggap itu pemberian darimu, lantas kupeluk dan kucium, ku bawa kemana sahaja.
Saat itu, cintaku pada Asiah Maisara telah kucampakkan kepinggir hati agar dia tidak mencuri cintanya Robbi.
Saat itu, cintaku pada Asiah Maisara telah kucampakkan kepinggir hati agar dia tidak mencuri cintanya Robbi.
Tamat sahaja kertas terakhir SPM, Luqman menghulurkan satu borang kepadaku. Tersenyum dia menatapku, "Ini borang kursus dakwah dan tarbiah, dua tahun di Madarasah As-salasussoleh." Pakcik aku yang anjurkan. Tempat aku dan kau dah tersedia. Setujulah?!"
Dua tahun? Sempatkah Luqman menghabiskannya bersama denganku. Tawaran ke Mesir akan sampai sebelum itu. Tegakah?
Dua tahun? Sempatkah Luqman menghabiskannya bersama denganku. Tawaran ke Mesir akan sampai sebelum itu. Tegakah?
Namun aku tidak berani bertanya, takut
ke ICU lagi. Sejak peristiwa dahulu, Luqman tidak lagi membuka kisah
ini, mengerti barangkali. Kami teruskan jua perjuangan di
As-salafussoleh.
Luqman banyak membantu. Tika aku masih
belum mampu bangun tahajjud, sabarnya dia mengejutkanku. Kadang-kala,
tanpa sedar aku membentaknya. Aku jua tahu, dia memberi bermacam-macam
alasan kepada pelatih, agar dia mampu membimbingku sendiri tanpa
paksaan.
Menghafal al-Quran juga begitu. Kami
sama-sama, tetapi dia lagi mudah menghafal dariku. Malah aku tahu
sesetengah surah telah dihafalnya, namun dia sengaja mengulangnya
berkali-kali dan tidak beralih kesurah lain, melainkan aku telah
menghafalnya dengan fasih.
Luqman, betapa sabarnya kau
membimbingku. Keputusan SPM keluar, tika kita masih dalam perjuangan.
Keputusan Luqman cukup cemerlang. Aku tahu dia akan layak meninggalkanku
untuk memenuhi impiannya ke Bumi Anbiya. Diam-diam aku mengisi borang
permohonan ke sana. Aku ingin menyusulmu, walaupun bukan hari yang sama
denganmu.
Suatu hari, tika Luqman tiada di
biliknya, aku perasan akan surat itu dalam timbunan segala kitab.
Seolah-olah Luqman mahu menyembunyikannya dari sesiapa sahaja.
-Surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar, Mesir-
Tersentak jantungku, apa yang aku
bayangkan Luqman akan pergi meninggalkanku dibumi ini sendirian lagi.
Namun ku lihat tarikh surat itu, 3 bulan yang lalu, dan tarikh yang
sepatutnya dia bertolak ke Mesir adalah...KELMARIN.Terduduk aku disitu, lantas kusujud.
Allah, Kau mengerti akan deritanya hatiku seandainya Luqman jadi pergi.
Allah, aku tahu Luqman berkorban demiku, mengorbankan cita-citanya demi
sahabat tercinta.
Aku kembali meletakkan surat itu di
tempat asalnya. Aku tidak mahu Luqman tahu, aku tahu akan kisahnya. Aku
tidak mahu Luqman tahu aku berkongsi derita sebuah impian yang tidak
kesampaian.Ingin sekali aku bertanya mengapa dia melepaskan peluang ini. Tetapi, entah kenapa, aku tidak sanggup. Kupendamkan jua.
Sampailah suatu hari..
.
Selesai solat subuh Luqman menyalamiku, matanya sembap, aku tidak tahu mengapa, tangannya terasa beku. Luqman mendakapku.
Aku merasakan dakapannya memaut bahuku. Debar! Semakin berat dan semakin berat.
"Luqman?"
Kau tidak menjawab teguranku, badan Luqman seolah-olah menggelongsor dari pelukkanku.
"Luqman,"
Allahhu Akbar, saat itu jantungku, hanya Robbi yang mengerti.
Aku sempat memautnya, aku terduduk,
memangku Luqman, ku paut lengannya, aku biarkan dia baring di
ribaanku. Luqman sempat tersenyum padaku sebelum matanya kian terpejam
dan terus terpejam. Wajahnya pucat, bibirnya biru, namun raut tenangnya
seolah-olah memujuk hatiku.
"Luqman,
bibirku bergetar, aku menggoncang tubuhnya, namun tubuh itu terus beku. Menitis airmataku, Luqman dikejarkan ke hospital.
Hancur luluh hatiku melihat derita
Luqman. Sepanjang hari aku menemani Luqman, tidak sejenak pun aku
tinggalkan. Solat pun di situ, makan sudah aku lupakan. Apa yang ada
dihatiku, fikiranku, mataku, sentuhanku hanyalah Luqman. Sepanjang hari
Luqman tidak sedarkan diri.
Pucat lesi wajahnya merenggut jantungku.
Malam itu aku bertahajjud lama. Sepanjang doa yang kurintihkan, airmata
yang menemaninya. Sepenuh pengharapan kuserahkan pada Ilahi, mohon agar
dikembalikan Luqman kepadaku.
Esoknya Luqman mulai sedar, namun dia
belum mampu berbicara. Apa yang dilakukan padaku hanyalah tersenyum. Aku
tahu dia mahu aku tabah, tabah harungi ujian ini. Senyuman itu juga
menunjukkan dia kuat mengharungi ujian ini.
Seminggu berlalu, Luqman kelihatan
semakin pulih. Orang yang paling gembira adalah aku. Mulanya Luqman
solat, hanya dengan gerakan mata, kini dia sudah boleh mengiring
menghadap kiblat.
Saban malam aku sujud syukur pada Ilahi, ku mohon agar Luqman diberikan kesembuhan sepenuhnya.
Saban malam aku sujud syukur pada Ilahi, ku mohon agar Luqman diberikan kesembuhan sepenuhnya.
"Iqbal!"
Aku tersentak, rintihanku disela teguran Luqman. Aku cepat menghapuskan air mataku. Segeraku hampiri Luqman. Tanganku spontan mengusap ubun-ubun Luqman. Allah, rambutnya gugur. Aku cuba mengawal reaksiku, kerana aku tahu Luqman sedang menatapku.
Aku tersentak, rintihanku disela teguran Luqman. Aku cepat menghapuskan air mataku. Segeraku hampiri Luqman. Tanganku spontan mengusap ubun-ubun Luqman. Allah, rambutnya gugur. Aku cuba mengawal reaksiku, kerana aku tahu Luqman sedang menatapku.
"ana uhibbuka fillah,"
sayu suara Luqman menyapa
pendengaranku, air mataku lantas mengalir deras di pipi Luqman tersenyum
sambil air matanya turut mengalir. Aku lantas memeluk Luqman erat-erat,
"ana uhibbuka fillah, Luqman."
Aku terasa Luqman membalas pelukkanku. "Itu yang pertama, kau ucapkan? Sudah lama aku menanti, bertahun rasa dan akhirnya..." ayat itu diakhiri esakkan. Aku menangis dan dia juga. Esakkannya semakin perlahan, "kau tahu..." katanya memulakan bicara. Aku melepaskan pelukan sedikit demi sedikit. "Aku dapat tawaran ke mesir," diam sejenak. "Dan aku tahu kau sudah tahu," airmataku menitis lagi. Aku tidak berani bersuara.
"Tetapi apabila aku istiqharah,
dalam sujudku, aku hanya nampak bayangan wajahmu, Iqbal. Kadang kau
menangis, kadang kau ketawa. Setiap kali istiqharahku, bayangan kau yang
menemani, aku jadi keliru, mengapa begini?"
"Suatu malam aku bermimpi,
kau dan aku di sungai yang selalu kita kunjungi. Kau kata, Allah tidak
mahu aku ke Mesir, Allah mahu aku disisi kau, menemaniku. Kerana itulah
aku menolak tawaranku ke sana. Aku tahu mimpiku petunjuk yang esa. Takku
sangka begini akhirnya."
Air mata Luqman menitis, aku pantas memeluk Luqman kembali, dengan tangisan. Luqman berbisik padaku,
"esok bawakan aku ke sungai itu. Aku ingin bersamamu buat kali terakhir."
Aku mengangguk lesu. Moga itu bukan kali terakhir.
"Aku punya satu permintaan lagi."
"Apa, Luqman?"
"temani aku dengan alunan al-Quran dan zikir dari suaramu, Iqbal."
"Apa, Luqman?"
"temani aku dengan alunan al-Quran dan zikir dari suaramu, Iqbal."
Akan ku tunaikan permintaanmu, Luqman.
Setelah mendapat kelulusan daripada
pihak hospital dan memberi jaminan membawa Luqman kembali ke sini, aku
dan Luqman akhirnya sampai jua ke kawasan air terjun ini. "kau tahu kenapa aku suka sangat kawasan air terjun ini?" Aku
memandang Luqman, dia tersenyum menatap aliran air sungai yang
mengalir. Ya Allah, betapa Luqman menyembunyikan derita sakitnya. Aku
menahan air mataku dari terus mengalir, aku mahu Luqman lihat aku kuat.
"kau pernah beritahu aku, saban
ketika kita berkunjung kesini. Kau kata kau suka dengar alunan zikir di
sini. Kau suka dengar suara sungai dan air terjun ini mengucap tahmid
kepada Allah, angin menderu mengalun tasbih kepada 'yang Satu' dan
unggas yang bersama-sama denganmu melafazkan takbir."
Luqman senyum lagi, betapa senyumannya menyejukkan hatiku.
"Iqbal!"
"ya!"
"ana uhibbuka fillah"
"ana uhibbuka fillah aidhan."
"ya!"
"ana uhibbuka fillah"
"ana uhibbuka fillah aidhan."
Aku sudah kuat untuk membalas kata-kata itu dan aku kuatkan diri, supaya air mata ini tidak menitik ke pipi.
"Kau tahu, setelah Allah dan Rasul,
kedua-dua arwah ibu dan ayahku...kau hadir saatnya aku kehilangan
mereka...insan yang kucintai, setelah mereka, sepenuh hatiku, adalah
engkau Iqbal!"
Menitis jua airmataku, tidak mampu kutahan lagi. Kupeluk Luqman seerat-eratnya.
"kerana kau jua kucintai sepenuh hati, Luqman"
Pulang dari air terjun, Luqman meminta
untuk berehat, lantas Luqman tidur. Dua hari Luqman tidak sedarkan diri.
Tapi doktor cakap keadaan Luqman stabil, Luqman sudah melepasi
saat-saat kritikal. Itu sudah cukup membuatkan aku tenang.Aku sentiasa di sisinya, menunaikan
janjiku, mengalun al-Quran. Kadang-kadang apabila aku penat, aku alunkan
zikrullah. Sekali-sekala aku melihat Luqman tersenyum dalam lenanya.
Penatku hilang, lantas ku sambung bacaanku.
Petang itu adikku datang, membawa surat
yang sampai di rumah. Rupa-rupanya surat tawaran ke Mesir. Jadual
penerbangannya lebih kurang 4 bulan lagi. Aku ingin memberitahumu,
Luqman.
Apakah aku jua akan bekorban seperti mana pengorbanan yang pernah Luqman relakan?
Apakah aku jua akan bekorban seperti mana pengorbanan yang pernah Luqman relakan?
Pagi esoknya Luqman membuka mata.
Gembiraku bukan kepalang. Nampak sahaja diriku, Luqman tersenyum, dan
perkataan yang pertama keluar adalah, "ana uhibbuka fillah, Iqbal."
Menitis airmataku. Luqman nampak segar, tiada kesakitan di wajahnya. Serasanya ada cahaya yang bersinar menyuluh harapan.Ku genggam surat tawaranku.
Menitis airmataku. Luqman nampak segar, tiada kesakitan di wajahnya. Serasanya ada cahaya yang bersinar menyuluh harapan.Ku genggam surat tawaranku.
"Balaslah, katakan untuk kali terakhir."
Aku tersedu. "Luqman, ana uhibbuka fillah sepenuh hatiku."
Luqman tersenyum. "moga Allah mempertemukan kita di syurga."
Aku mengangkat surat tawaranku. Belum sempat aku bicara, Luqman sudah mula berkata, "bisikkan padaku syahadah." Aku tersentak, jantungku direnggut. Namun ku sembunyikan. Aku menurut, ku dekatkan wajahku ketelinganya.
"Terima kasih kerana menjadi sahabatku Iqbal. Yang aku cintai semata-mata kerana Allah." Menitis jua airmata Luqman di pipinya.
"Terima kasih buatmu jua sahabatku."
"Terima kasih buatmu jua sahabatku."
Luqman diam, matanya terpejam, aku
mengalunkan syahadah di sisi telinganya, aku mendengar halus suara
Luqman mengikut. Aku teresak.
"Asyhadu anla ilaha illallah waasyhadu anna muhammadar-rasulullah."
Kemudian suasana menjadi sunyi. Aku
kembali berdiri. Entah bagaimana sinar mentari dhuha bisa mencelah
masuk, menyinari ubun-ubun Luqman. Dan hembusan nafas terakhir kalinya
meninggalkan aku. Aku terduduk. Semacam kudengar bisikan Luqman,
"kerana Allah bersama denganku, Allah jua di sisimu Iqbal. Pasrahlah."
Aku terima pemergian dia, insan yang
kucinta. Sebentar lagi aku akan terbang menunaikan impian Luqman.
Terbang untuk mendengar tasbih, tahmid dan takbir sungai Nil. Kupeluk
erat Quran terjemahan yang Luqman hadiahkan.
"Masih erat ya, nta peluk Quran pemberian ana."
Aku tersentak, ku dongak, seorang gadis
berpurdah berdiri di hadapanku ditemani seorang lelaki. Aku kenal lelaki
disisinya, tentu gadis berniqab ini kakaknya, "Asiah Maisara?"
Aku nampak bening matanya mengecil, barangkali dia sedang tersenyum. "Boleh ana pegang Quran itu sebentar?"
Dalam kekagetan, aku menyerahkan Quran ditanganku kepada Maisara. Betul-betul didepan mataku, Asiah Maisara menyelitkan sepucuk surat dalam helaian al-Quran itu. Aku terkesima. Dia kembali memberikan Quran itu padaku.
"Ana minta diri dulu,"
dan dia berlalu. Aku membuka Quranku dan melihat tulisan pada sampul
surat yang diberikan 'balasan surat ini adalah untuk surat yang nta beri
waktu sekolah dahulu'.
Aku tersenyum, teringat kembali kata-kata Luqman, "ambillah, ini pemberian dari orang yang kau cinta." Aku memeluk dan mencium Quranku.
-Seperti
yang nta tahu, ana adalah mahasiswi universiti yang akan nta jejaki.
Telah ana ceritakan tentang nta pada Abi ana. Dua bulan lagi, kami
sekeluarga akan mengerjakan umrah. Selesai umrah, abi ana akan
menikahkan ana dengan lelaki pilihan ana. Dan lelaki pilihan ana adalah
nta Iqbal. Semoga nta sedia menunggu ana disana, kerana ana yakin ana
masih dihati nta.
-Asiah Maisara-
Ihsan daripada : Qalam Shauqah - I luv islam . com
Khamis, November 08, 2012
cuti hujung minggu yang luar biasa...!
cuti hujung minggu yang luar biasa...!
sangat2 membuatkan aku rasa bersyukur.
kenapa??
erm
masa hari khamis minggu lepas (10 mei 12) tu,aku diserang keracunan
makanan yang teruk..paling teruk yang pernah aku kena.abah pulak tak ada
sebab pagi nye tu dia b'tolak ke penang,berkursus di sane.so abah dapat tau drpd mak la yg
aku kena keracunan makanan.memang dah x larat nk bangun.makan pucuk
jambu dan minum teh pekat pun x jalan...keluar balik...berdating lah aku
dalam toilet sampai pukul 2 pagi.kesian sebenarnya kat abang yang susah
payah keluar cari ubat malam2 buta kat 7E,pukul 12.00 tgh mlm pulak tu.sekitar
jam 4 pagi,alhamdulillah ubat pun dah mula beri tindak balas yg baik.tak
perlu lagi berulang-alik ke toilet lagi.cuma masih terasa lagi sakit di
bahagian perut.so,pagi jumaat tu aku dah boleh buat kerja2 rumah seperti
biasa.hampir tengahari,abah balik dari penang..! abah tanya aku dah
elok ke belum..dari cara abah bertanya,penuh dengan nada risau dan
terserlah sifat penyayangnya..Allahu Akbar..! gaya abah buat aku terpana
sebentar.Allah..,sesungguhnya aku rindukan abahku yang seperti
itu...Alhamdulillah..
petangnya,mak suruh kemas barang siap2,,nak balik kampung.
Ahh...aku
mula risau..takut abah bersikap mcm sebelum ni...tapi aku buat mcm
biasa je,,,so far,sepanjang perjalanan aku boleh b'interaksi dengan abah
macam tak ade apa2 yg berlaku.abah semakin boleh menerima agaknya,aku
berpurdah..sampai lah ke kampung,,dan kami 1 family berhenti makan malam
di warung.abah xada pun perli2 macam sebelum ni..rileks je..betapa
leganya hati aku...
memandangkan kami semua baru je sampai di rumah nenek waktu pun dah malam,,so kami masing2 mengambil peluang untuk merehatkn badan yg letih dek kerana mengharungi perjalanan yg jauh..dalam sedang merehatkan diri tu,sempat juga aku dan emak berbual-bual memecahkan suasana yg suram dalam bilik tidur.
tiba-tiba mak cakap,''kak lang,abah kau tanya,,kau nak tak kalau lepas ni kau masuk tahfiz?.''..sambil melihat tepat ke wajahku..aku tergamam sebenarnya..mana mungkin aku mampu untuk menghafaz 30 juzuk?..tambahan aku bukanlah pelajar yg mengambil aliran agama semasa bersekolah dahulu.aku juga menghadapi masalah 'kuat lupa' sejak kecil hinggalah sekarang.perkara mudah,juga yg penting boleh membuatkan aku lupa semuanya..
lalu aku menjawab pertanyaan mak,,''bukan tak nak mak..teringin jugak nak melanjutkan pelajaran di bumi ambiya' macam akak.tapi kak lang x yakin dapat bawak aliran tu.ingatan ni x kuat untuk menghafaz''..
terus mak mencadangkan agar aku makan produk 'memo plus gold' untuk menguatkan kembali ingatan disamping usaha yang berterusan..aku hanya mendengar.meraikan..
memandangkan kami semua baru je sampai di rumah nenek waktu pun dah malam,,so kami masing2 mengambil peluang untuk merehatkn badan yg letih dek kerana mengharungi perjalanan yg jauh..dalam sedang merehatkan diri tu,sempat juga aku dan emak berbual-bual memecahkan suasana yg suram dalam bilik tidur.
tiba-tiba mak cakap,''kak lang,abah kau tanya,,kau nak tak kalau lepas ni kau masuk tahfiz?.''..sambil melihat tepat ke wajahku..aku tergamam sebenarnya..mana mungkin aku mampu untuk menghafaz 30 juzuk?..tambahan aku bukanlah pelajar yg mengambil aliran agama semasa bersekolah dahulu.aku juga menghadapi masalah 'kuat lupa' sejak kecil hinggalah sekarang.perkara mudah,juga yg penting boleh membuatkan aku lupa semuanya..
lalu aku menjawab pertanyaan mak,,''bukan tak nak mak..teringin jugak nak melanjutkan pelajaran di bumi ambiya' macam akak.tapi kak lang x yakin dapat bawak aliran tu.ingatan ni x kuat untuk menghafaz''..
terus mak mencadangkan agar aku makan produk 'memo plus gold' untuk menguatkan kembali ingatan disamping usaha yang berterusan..aku hanya mendengar.meraikan..
petang
sabtu tu,abah hantar mak ke kg.baru..so tinggal la kami 4 beradik kt
umah nenek.aku dgn amin,adik aku on9 dalam bilik,,tiba2 dengar org bagi
salam...kak ila rupanyer..baru nak keluar salam dengan dia,ternampak
pulak suaminya,abg khir baru masuk..aisehh,,acaner nim?..nak keluar ke x
ni?..nak pakai purdah ke x lau nak keluar bersalam dengan kak
ila?..hati aku b'bolak balik huhu..aku tnggu lame sikit,bila tengok abg
khir dduk kt luar,borak2 dgn acu...aku pun sarung tudung labuh n keluar
salam dengan kak ila tanpa memakai purdah sebab aku sangka abang khir
memang xkan masuk dalam rumah sebab dia tengah berbual dengan paksu aku
di luar rumah,,,borak2 sikit Tanya khabar kak ila n main dengan nazihah
wasilah,anak buah ku yang ke-2 yg semakin membesar...tiba2 abg khir
masuk pulak...aku dah la x pakai purdah nk tutup muka ni...so sambil2
aku dukung nazihah,aku tundukkan muka aku nak bagi elak abg khir nmpak
muka aku.aku pergi ke arah abangku yg tengah duduk2 bermain dengan
muhammad,,anak buahku yg sulung,,sebelum lahirnya nazihah..erm,,rasa
selamat la skit sbb abg khir duduk kt ruang tamu smbil tgok tv..smpai la
kak ila n abg khir dah nak balik,aku tetap berusaha lindungi muka aku
daripada terlihat abg khir..untuk pengetahuan,sedara mara aku belum lagi tahu tentang imej baru aku..jadi kerana itu lah aku sedikit cemas dan takut bila berhadapan dengan sepupu aku,kak ila dan suaminya..huhu...ape pun,syukur.Alhamdulillah..
aku
menyesal sangat sebab aku masih belum mampu untuk melindungi wajahku
dengan sempurna.sepatutnya aku pakai je terus purdah tu sewaktu keluar
untuk bersalam dengan kak ila..Ya Allah..!
menyesal betul aku rasa..:'(
pagi
ahadnya,dah tiba masa utk berangkat..nk pergi ke kuala pilah sebab abah
ada urusan kerja kt sana.smpai sana dah tengahari..so kami singgah
makan sebentar.macam biasa,kalau aku nak makan,aku akan tarik purdah
kebawah sedikit.dan terus makan sambil menunduk.bila tengok abah rileks
je,hati aku betul2 anggap yang abah mungkin dah boleh terima perubahan
aku..sama jugak macam masa kitorang singgah R&R,makan di perhentian
simpang ampat.aku makan depan2 je kot dengan abah.abah rileks jer....Ya
Allah,,kekalkanlah apa yang aku hadapi tika ini...hati aku lapang
menerima reaksi abah..lepas ni aku tak perlu lagi merasa sedih kerana
mak dan abah merestui hasrat hati aku untuk berpurdah..
syukur Alhamdulillah…^_^ Rabu, November 07, 2012
Moga Perubahan Ini Kekal,Ya Allah...
Tiada apa yg dapat dibicarakan
melainkan alunan kalimah 'Alhamdulillah' sebagai tanda syukurku kepada
Allah atas perubahan yg kulakukan berdasarkan niat yg dipendam didalam
hati selama ini.sudah lama aku inginkan untuk mengenakan niqab tetapi
masa tidak pernah mengizinkan dek kerana aku hanyalah orang biasa
saja.sekolah pun hanya beraliran sastera,bukanlah aliran agama.ilmuku
tidak sehebat orang lain.pada masa tu,persepsiku terhadap niqab ialah
hanya orang yang beraliran agama sahaja yg layak dan sesuai
berniqab.tapi lama kelamaan persepsi aku berubah apabila bertemu dengan
sahabat2 yang berpurdah,even bukanlah daripada aliran agama.
pernah aku luahkan kepada salah seorang sahabatku,Siti Bushra : katanya,
''bukan
pelajar aliran agama je yg layak berniqab,malah semua orang yg bergelar
muslimah juga boleh..bahkan amat digalakkan untuk seseorang muslimah
itu berniqab.kita berhak untuk berniqab kerana itu adalah kehendak hati
yang lahir dengan semulajadi.tiada siapa yang berhak untuk
mempertikaikan atas perubahan kita...jangan jadikan 'tunggu bila sudah
berilmu' baru hendak pakai niqab.ilmu xkan pernah cukup mar.sampai
bila-bila pun xkan pernah cukup..cukuplah dengan mengetahui apa
tujuan,kepentingan,hukum dan juga hikmah kau berniqab.dari situ kau akan
lebih peka dan cuba untuk mencari ilmu dengan lebih giat lagi..''
Alhamdulillah,kata-katanya menyuntik semangat yang membuak dalam hatiku.aku semakin yakin dengan niat aku..
''kenapa sibuk2 nak pakai..org lain blaja agama jugak xde pun nk pakai purdah2 ni..jgn sibuk nak ikut orang je..kau fikir la sndiri..abah x larang..klau kau rase nak pakai,,,pakai...pandai2 kau la''..
sebelum smpai umah nenek,kitorang singgah makan kt warung..aku mse tu risau jugak sebab bru first time kluar mkn ngn family,mst dorang mesti akan tengok cara aku makan mcm mane...aku mintak abang aku dduk berhadapan ngn aku..alhamdulillah dia mcm faham ape yg aku risaukn,,,dia ikut je ape aku suruh..nsib baik dia badan besar,so lg mudah aku nak makan tanpa berpurdah..dia cover masa aku tengah makan,sbb aku tarik purdah ke bwh,smpai dagu utk mudahkan aku makan tnpa kotorkn purdah..Alhamdulillah,smuanya b'jalan lancar..abah aku yg dduk sebelah ngn aku pn rileks je..dah xde perli2 lg dah..Alhamdulillah,syukur padaMu Ya Allah...=)
Pernah suatu hari Rasulullah SAW pulang dari perjalanan jihad fisabilillah. Beliau pulang diiringi para sahabat. Di depan pintu gerbang kota Madinah nampak Aisyah r.a sudah menunggu dengan penuh kerinduan. Rasa rindu kepada Rasulullah SAW sudah sangat terasa. Akhirnya Rasulullah SAW tiba juga ditengah kota Madinah. Aisyah r.a dengan sukacita menyambut kedatangan suami tercinta. Tiba Rasulullah SAW dirumah dan beristirahat melepas lelah. Aisyah dibelakang rumah sibuk membuat minuman untuk Sang suami. Lalu minuman itupun diberikan kepada Rasulullah SAW. Baginda meminumnya dengan perlahan hingga hampir menghabiskan minuman tersebut.tiba tiba Aisyah berkata “ Ya Rasulullah biasanya engkau memberikan sebagian minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini
tidak kau berikan gelas itu?”. Rasulullah SAW diam dan hendak
melanjutkan meminum habis air digelas itu. Dan Aisyah bertanya lagi, Ya
Rasulullah biasanya engkau memberikan sebahagian minumanmu kepadaku
tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?”Akhirnya
Rasulullah SAW memberikan sebagian air yang tersisa di gelas itu lalu Aisyah
r.a meminum air itu dan ia berasa terkejut lalu terus memuntahkan air
itu.Ternyata air itu terasa masin bukan manis. Aisyah baru tersedar bahwa
minuman yang ia buat dicampur dengan garam bukan gula. Kemudian Aisyah
r.a terus meminta maaf kepada Rasulullah.
Itulah sebahagian dari banyaknya kemuliaan akhlak Rasulullah SAW.Baginda memahami kesalahan yang dilakukan oleh isterinya, tetapi tidak memarahinya atau menasihatinya dengan kasar,apatah lagi memukul.. Rasulullah SAW memberi kita teladan bahawa akhlak yang mulia mampu kita mulai dari persekitaran terdekat dengan kita.Terdapat sebuah hadits menyebutkan, “ Lelaki yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik akhlaknya kepada isterinya”. Semoga kita diberi taufik untuk mencontohi akhlak Rasulullah SAW.
Itulah sebahagian dari banyaknya kemuliaan akhlak Rasulullah SAW.Baginda memahami kesalahan yang dilakukan oleh isterinya, tetapi tidak memarahinya atau menasihatinya dengan kasar,apatah lagi memukul.. Rasulullah SAW memberi kita teladan bahawa akhlak yang mulia mampu kita mulai dari persekitaran terdekat dengan kita.Terdapat sebuah hadits menyebutkan, “ Lelaki yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik akhlaknya kepada isterinya”. Semoga kita diberi taufik untuk mencontohi akhlak Rasulullah SAW.
(kisahislami.com)
Selasa, November 06, 2012
Kisah Seorang Anak Di Dalam Rahim Yang Di Gugurkan ..
badan ibu .. Adik syg ibu , bunyi degupan jantung ibu menjadi musik terindah yang mnemani adik di sini ..
Bulan 2:
Bulan 3:
Bu , biar pun adik blm tau jenis jantina adik , tp apapun adik
harap ibu & ayah bahagia apabila adik dilahirkan .. Jgn menangis ya
bu , kalau ibu mnangis , adik juga ikut menangis ..
Bulan 4:
Bulan 4:
Bu .. rambut adik dah mula tumbuh , adik dah boleh menggerakan kepala ke kiri dan kanan ..
Bulan 5:
Bulan 5:
Bu .. tadi jumpa dokter ya , doktor cakap apa ..? Αpa benda D&E tu bu .? Αdik tak kan di apa-apa kan ya bu ..?
Bulan 6:
Bulan 6:
Ibu jumpa dokter tu lagi ya ..? Bu ,tolong bagi tau doktor tu ,
adik di sini sihat-sihat je ..! Tapi kenapa doktor tu masukkan benda
tajam ..? Benda tajam tu mula memotong rambut adik , bu tlong adik ,
adik takutt .. Benda tajam tu pula memotong kaki adik , sakiittt bu ..
Walaupun adik dah tiada kaki , adik msih ada tangan yg boleh memeluk ibu
.. Bu, kenapa benda itu skrg memotong tangan adik , ibu tolong adik ..
Adik janji tak akan nakal-nakal dengan ibu .. Tapi , biarpun adik sudah
tiada tangan dan kaki , adik masih ada mata & telinga untuk melihat
senyuman ibu , mendengar suara ibu , tapi .. Benda itu skrg sdh mula
memotong memutuskan leher adik , ibuuuuuu .. Maaf bu .. Beri lah adik
kesempatan hidup , adik syg ibu , adik teringin nak memeluk ibu ..
Bulan 7:
Bulan 7:
Bu , adik di sini sihat-sihat je, adik dah berjumpa dengan
Tuhan di Syurga , Tuhan telah mengembalikan semua organ tubuh adik yang
dipotong benda tajam itu , Tuhan telah menyuruh bidadari menjaga ,
memeluk , memegang tangan , menggendong adik dgn lembut , dan lalu Tuhan
membisikan memberi tahu apa itu D&E .. Kenapa ibu tetap
melakukannya ..? Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik ..? Αpa salah
adik bu ..? Ibu bertaubat ya , semoga Tuhan menempatkan ibu di sini ,
nanti kita main-main disini , dan jangan lupa , ajak ayah juga ya bu .. ♥
* terlalu cepatkah seorang bayi yang belum smpat di lahirkan ke dunia
ini mendapatkan perlakuan sekeji itu dari ibu bapa kandungnya ..???
manfaatkan akal yang Allah kurniakan untuk berfikir dan menilai antara baik dan buruk,& halal dan haram.. renung semula,dari mana puncanya?..muhasabah kembali,kerana pintu taubat Allah itu senantiasa terbuka untuk hamba-hambanya yang inginkn keampunan daripadaNya..=)
Khamis, November 01, 2012
kesana,kesini,,tugas sedia menanti...
bila diberitahu ada job menanti,dan program yang dibuat adalah program besar,menggigil aku dibuatnya..peserta dalam 400-500 org tapi fasilitator masih x mencukupi...wahh kacau....aku sendiri x menang tangan dengan tugas yg dah sedia ada ni...pluss,aku kena hadir ke Wisma Ar-Raudhah dengan kadar segera untuk membantu persediaan program tu,jumaat ni hingga ahad..masalahnya aku jenis yang agak payah untuk dapat keizinan keluar drpd parents...Nasib baik dia faham keadaan aku..jadi aku x lah rasa pressure dengan tugas2 ni..apa pun harap aku dapat turun padang sekali untuk berurusan dengan mereka.kalau x mampu pun,bantu dari jauh pun jadi lah...huhu ..
Isnin, Oktober 29, 2012
Penghijrahan menjanjikan ketenangan,insyaAllah Taala..
Saya mula pakai tudung bila dipaksa oleh zauj saya utk memakai tudung
pada majlis resepsi perkahwinan kami pada tahun 2009. Dengan hati yg
memberontak saya cuba menolak arahan zauj saya tu. Dengan penuh kasih
zauj saya berkata pada saya dgn lembut,"Sayang dah mengheret ayah serta
adik beradik lelaki syg sekali ke neraka sebelum ni.Sayang sedar
tak?Untuk itu saya berasa sgt sedih sbb bapa syg dan adik2 syg tidak
sepatutnya ke neraka atas dosa yg syg lakukan.Jadi saya minta sedikit
perikemanusiaan dari syg utk tidak heret saya juga ke neraka.Bukan ke
kita kawin ni atas dasar kasih dan sayang jugak?" Dengar ja kata2 zauj
saya itu, teruslaa saya terdiam dan mmg tak memberontak lagi
dah...Haha..Betullah apa yg org kata.Dalam keterpaksaan itu akan lahir
perasaan ikhlas jugak....Alhamdulillah,sekuran g2nya
saya dah cover rambut saya. Dan mulai hari tu saya pakai tudung dengan
rela hati tapi still belum menutup aurat dgn sempurna.
Kemudian,pada satu hari sekitar awal tahun ni,saya pulak tersalah beli
tudung.saya terbeli tudung yg besar.sgt besar,cover dada.Bila saya balik
baru la tersedar dah tersalah beli tudung...nak taknak kena laaa pakai
kan.nak pi tukar balik kat kedai mmg dah malas dah.kalau x pakai,rugi
pulak duit kan...Jadi,saya pon try la tudung besaq tu....Pastu,the
moment saya pakai tudung,berasa satu perasaan yg sgt indah.saya rasa
selamat,terpelihara dan sangat tenang.Entah mana datang perasaan
tu,Wallahualam..Saya yakin ini adalah hidayah ALLAH...
Saya
pon pi la dok buat catwalk depan zauj saya,tanya dia lawa dak i pakai
camni?Zauj saya pon senyum tgk saya and ckp mcm ni la lagi
bagus...Alhamdulillah...
Tapi time tu saya x pakai lagi stokin dgn handsock...baju pon banyak lagi yg x menepati kehendak Islam...
Dari tudung,saya mula tukar baju2 dan seluar saya.Mula la saya beli
t-shirt Muslimah dan seluar palazzo tu...seluar yg besaq tu...
Pastu ada satu hari saya keluar dgn zauj saya pi KLCC...Tetiba saya
rasa tak selesa pulak tak pakai stokin...saya pon ajak la Zauj saya pi
beli stokin....time tu xda stokin yg tebal.semuanya stokin nipis yg
nampak kaki jugak tu.saya beli 3 pasang and saya pakai ketiga2 pasang tu
baru la x nampak kaki.saya tanya lagi Zauj saya,"Ok tak u?"
Zauj saya jawab,"Ok sgt syg.u're better like this!"
Saya pon senyum meleret...
Satu hari di tempat kerja,saya dok layan FB...pastu terbuka page
sahabat saya,shikin-Jubah Abaya Sifu...Dia jual jubah, handsock and
stuff...Saya pon terus laju je sms Shikin and order handsock Naruto
tu...Bila dah dpt handsock tu,saya cuba pulak pakai handsock bila
keluar...Dan saya terus istiqomah pakai stokin dan handsock.
Pastu, saya rasa x selesa pulak pakai mcm ni...walaupun time tu saya
dah pakai t-shirt muslimah and seluar besar...saya mula la nak tambah
koleksi jubah saya.yg dah sedia ada dlm almari baju,ada 2 helai jubah
hitam and sehelai jubah warna purple.jubah2 tu pon jarang2 saya
pakai.saya pon start pakai jubah bila keluar dgn tudung...time tu saya
dah beli lagi 2 helai tudung size besar tutup dada. Saya pon ajakla zauj
saya pi cari jubah hitam...kebetulan pulak saya ni mmg suka pakai baju
yg warna gelap2...especially hitam.jadi mudah lah saya nak beli jubah
ni.tapi,banyak jubah yg dijual kat ledai tu bersifat Tabarruj...ada
manik2 colorful yg sgt cantik....tapi,zauj saya ckp, "jgnlah beli jubah
yg mcm ni..menarik perhatian org utk tgk baju u tu...secara tak langsung
tgk u skali...kan dah dpt dosa free tu..." Kebetulan pulak saya
tertengok page fesbuk shikin jubah abaya sifu ada jual jubah abaya plain
yg harganya bagi saya sgt murah...dan menepati kehendak saya.saya pon
beli la few jubah dari shikin. Mulai sari saat tu,tiap kali saya keluar
atau pergi kerja,saya pakai jubah....
Satu pagi di suatu
hari, saya tiba2 tertanya2 kenapa ada setengah org pakai purdah?Apa
hukumnya? Apa rasionalnya? Dan apa impactnya pakai purdah ni kepada
seorang Muslimah?Saya mula tertarik dgn keindahan berpurdah...Saya mula
tertarik dgn kelebihan2 si pemakai purdah...
Saya mula
berfikir2 utk berpurdah.Satu hari,saya main2 kat dlm bilik,saya pakai
tudung and cuba2 letakkan sehelai kain atas muka saya.
Subhanallah.perasaan itu tersangatlah indah....Saya pon buatla catwalk
sekali lagi depan Zauj saya.Saya tanya dia,"Kalau i pakai camni,u nak
jalan dgn i tak?Ke u malu?"
Zauj saya senyum and dia ckp, "nak malu apa.u bukan bogel pon..elok la camtu..."
Pastu zauj saya sambung lagi, "tapi sebelum u nak pakai tu,u kena fikir
jugak mcm2...as in consequences,impact and pandangan org.Also what wid
my parents say about me wearing a niqab.
Saya mula tgk
video2 kat Youtube mengenai niqabis...baca blog2 mengenai niqabis... Dan
baca laaa kisah2 depa ni semua...dan saya tanya jugak kat shikin
pengalaman dia berpurdah.mcm mana dia makan dan mcm2 lagi.
Satu hari tu saya sms mak and tanya kalau saya pakai purdah,mak and ayah
boleh terima dak?Alhamdulillah,depa boleh terima.cuma depa risau kalau2
saya tak boleh tahan dgn dugaan yg mendatang and saya x istiqomah...
Dan pada satu hari yang indah,entah dtg dari mana kekuatan utk
pakai niqab bila saya nak keluar dgn zauj saya,for the first time in my
life,saya pakai niqab pi keluaq dating dgn zauj
saya.....Subhanallah....Such an extraordinary feeling....Rasa sgt tenang
dan sgt dekat dgn ALLAH. Ada satu mlm tu saya pegi rumah shikin nak
ambil jubah,pastu terkejut dia tgk saya pakai niqab.Masa on the way
balik rumah,shikin sms saya said "you look great in that niqab!"
Dan ALLAH pertemukan saya pulak dgn group niqabis kat FB...Dapat
ramai kawan baru dan Alhamdulillah,seronok berkawan dgn sahabat2
semua...sambil kita berkongsi ilmu...
Alhamdulillah...dan kini,saya adalah full time niqabis.... (minus time kerja)
P/S : untuk kak Faten,tengkiu so much coz benarkan mar kongsi citer akak..semoga bermanfaat untuk semua yang membaca..=)
Sabtu, Oktober 27, 2012
Selami Jiwa,Hiasi Peribadi...
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari
Langgan:
Catatan (Atom)