Sabtu, Disember 22, 2012

Street Dakwah-Kempen Menutup Aurat



Bismillahirrahmanirrahim...
 
hari ini,genaplah 2 minggu lebih berlalunya Kempen Menutup Aurat-Street dakwah daripada Team Hijrah Johor ( THJ)..rasa bersyukur sangat-sangat sebab dapat sertai kempen berunsur dakwah sperti ini.sebelum ni hanya buat di masjid As-Syakirin,KLCC.tetapi akhirnya atas permintaan sahabat-sahabat Team Hijrah yang mahukan kempen seperti ini berterusan,maka terhasillah street dakwah ini di seluruh negeri.
 
8 Disember 2012,tarikh dimana bermulanya street dakwah-kempen menutup zon negeri johor dengan sokongan ABIM dan PEKIDA.dibuat disekitar terminal bas Larkin,johor bahru..betullah kata orang,ukhwah yang terbina itu amat manis jika betul-betul kita hargai..saat tu lah aku baru berkenalan dengan AJK-AJK kempen..huu teruk right?..even diri sndiri ajk tapi hari kempen tu la baru nampak muka.even terikat dengan program sendiri,tapi tetap rasa bersalah kerna x dapat membantu secara total.ohhh segann amatt dengan mereka..=_=...
 
aktiviti pagi dimulakan dengan pendaftaran muslimin dan muslimat,minum pagi dan ice breaking sebentar dan ceramah berkenaan dengan 'Hijrah diri'..
 
kempen diserikan lagi dengan kedatangan sahabat sedaerah denganku,Annur Jannah yang baru tiba diiringi dengan salah seorang adik AJK,Nur Nadhirah..ohmaiiiii.....terkejut sangat sebab terjumpa anak dara bertuah tu..coz lame sudah x berkesempatan berjumpa,last2 berjumpa di larkin.selepas itu dikejutkan juga dengan kedatangan kak haida homari..sebelum ni hanya bertemu di FB je,tapi hari tu dapat pula bersua muka dengannya...erm..perancangan Allah memang kita x dapat jangka..memang sangat ohsemm..^_^
 
lagi meriah pada aku,bila kakak kesayangan aku juga turut hadir bersama family terchenta..hohoiii,,happy betul mak,uollss...tapi since sibuk ngn kempen,aku x punya banyak masa untuk berborak sakan dengannya..uhuhuhh dah ler rindu,tapi jumpe pun kejap jer..its ok kak Kina.nanti jumpe,kita borak puas-puas ye..=)
 
selepas zuhur,kempen street dakwah bermula..sekitar jam 3 petang,kami berkumpul mengikut kumpulan dan berpecah ke tempat yang ditentukan untuk mengedar flyers pada orang awam disekitar situ..kumpulan aku berada di tingkat 2,terminal larkin..aku bergerak bersama-sama kak kina dan mael,anak sulungnya..kami bergerak bertiga sama-sama mengedarkan risalah berkenaan aurat..
 
macam-macam ragam yang dapat aku lihat.ada yang mengelak bila aku berikan risalah,ade buat dekk jer bila kami terangkan serba sedikit tentang aurat,ada juga yang menerima dengan senang hati,dan yang paling aku x dapat lupa,bila mael,anak sulung kak kina bersemangat habis nak tolong edarkan risalah.so aku pun meraikan semangatnye dengan berikan dia beberapa helai flyers dan aku pesan padanya,supaya berikan pada pakcik2/abang/makcik2/dan akak2 yang ada..kak kina pesan sebelum tegur orang,beri salam dulu..kami lihat jer bagaimana cara dia berusaha mendekati golongan dewasa untuk berikan flyers tu..terpancar kesungguhan dia dari matanya..pakcik2 yang ditegur tersenyum bila dapat flyers dari mael..makcik2 yang ditegur sopan oleh mael pun x sampai hati untuk tolak..walaupun x melayan,dicapai jugak flyers tu dan terus simpan..bijak sungguh dia cari orang terakhir,siapa yang bakal memiliki flyers terakhir daripdanya..hehe..mael pilih wanita muda yang agak ranggi pakaiannya..wajahnya berubah tapi mungkin x sampai hati nak marah kanak-kanak sekecil mael,diambil juga flyers tu dan terus simpan...aku kagum sungguh dengan semangatnya..semoga dewasa nanti mael jadi da'ie yang berjaya..dan pastilah,umminya juga sangat bangga melihat kesungguhan anaknya yang turut serta untuk cuba berdakwah..its sooo sweet...:-)..
 
selesai mengedar flyers,kami naik semula ke tingkat atas,surau An-nur larkin..berkumpul untuk acara penutup,dengan sesi taaruf AJK kepada sahabat2 peserta yang hadir,sedikit ucapan dan diakhiri dengan tasbih kifarah serta surah Al-'Asr...tamat sesi bergambar,masing-masing mula bergerak beransur pulang..begitu juga dengan AJK,kami tamat sesi post mortem pada jam 6.30 petang.Alhamdulillah,tamat sudah program sulung Team Hijrah Johor (T.H.J)..
 
sedikit gambar untuk tatapan..:-D
 

barisan AJK para akhowat...


bergambar kenangan bersama Ukhti Haida Homari ^_^


3 dara pinggitan ^_^  (dari kiri :kak Asilah,kak Zafira & kak Nolly)

bergambar bersama salah seorang sukarelawan kempen..




teman-teman KPIJ MARSAH juga turut hadir memberi sokongan ;-)



kunjungan kakak-kakakku daripada ABIM :-)


si manis Fasha dan Nadhirah,AJK Street Dakwah-Kempen Menutup Aurat


taklimat ringkas sebelum bermula kempen


haaa this is my lovely n cool sister..wif her sons,ismail@mael (yg nampak separuh tu) dan dalam dukungan tu si kecil,Akil...

sesi berkempen..


barisan-barisan AJK para ikhwan.. :-)


dari kanan : akhi Amir Hamzah,akhi Firdaus,dan lain2 akhi yg x dikenal pasti nama nye..huhuhh

 

beberapa orang lagi ikhwan yg turut menjadi AJK dalam program..


 gambar kenangan bersama sukarelawan-sukarelawan street dakwah-kempen menutup aurat



sedikit kata-kata sebelum mengakhiri post ini,,jutaan terima kasih pada sahabat2 yang bertungkus lumus menjayakan program ini terutamanya akhi firdaus,Amir Hamzah,saiful,hendra,kak shafika,kak nolly,kak zaf,kak asilah,kak nurul,kak nira,fasha dan nadhira..moga dilain waktu kita dapat bekerjasama lagi untuk program-program seterusnya..
dan,
ingatlah,jadikan program pertama kita sebagai penaik semangat untuk kita terus memperbaiki ketidaksempurnaan itu agar menjadi lebih baik dan sempurna,insyaAllah..moga Allah redha akan usaha kita..
Amiinn...






 







1 ulasan:

Azrul Naim berkata...

assalamualaikum ana nak tnya ni kempen menutup aurat yg anti buat tu perlukan modal ke apa ke x ?
Naim 017 5142870
mohon anti wasap saya yer saya perlukan pencerahan