Isnin, November 21, 2011

Bola oh Bola~~~



21-11-11
isnin....

rase nyer rmai org yg mmg x sabar menanti tarikh keramat ni...err keramat laa sgt...hmm x perlu nk panjang sgt mukadimah ni,,sng citer,,tarikh 21-11-11 ni la negara kita bertempur dengan indonesia dlm p'lawanan bola,sukan SEA..tipu la kalau korang xtau ttg ni..kn?..

ok,,mmg x dinafikan sehari sebelum tarikh ni lg org da sebok b'cakap ttg mende ni..org2 kita kemain la semangat menyokong pemain2 bola negara kita utk perlawanan sengit hari ni..smpai kn stiap ape yg berlaku dlm perlawanan tu di post dlm facebook...ye,,baguss,,,,sy hargai n kagum ngn semangat dorang..tp disebalik rasa kagum tu,,terselit perasaan kesal dgn sikap org2 kita....mana tidaknya,,dalam pada mereka menonton dgn penuh semangat,,pasti diselitkn dengan sumpah seranah,,,,yg mereka tujukn khas utk pihak lawan (indonesia)..dan yg paling2 menyedihkan,,penyanyi nasyid tanah air kita juga turut serta meluahkan rasa geramnya dengan sumpah seranah...MasyaAllah!...bagaimana mahu berdakwah sedangkan dirinya juga x menunjukkn contoh yang baik pada mad'uu nya.....itu belum lagi dicampur dengan pertaruhan yg mereka buat,,dengan mnjadikan duit sbg habuan jika pasukan yg disokong menang..Astaghfirullah,,,tidak sedarkah kita,bahawa tiap bait kata sumpah seranah itu menjadi dosa yang semakin bertambah,dan bertambah dlm diri kita?.rasional la sikit,,,itu hanya perlawanan...jangan sebab bola,kita sanggup gadaikan diri dengan dosa....

jika kita bersungguh-sungguh mahukan team malaysia menang,,kan lebih elok kalau kita mendoakan kejayaan mereka...mohon semoga mereka lebih bersemangat untuk mengharumkn nama negara..kn??...

entri ni sy coretkn bukan untuk memenangkan indonesia,,ataupun meng'aib'kn org2 kita,,sekadar meluahkan rasa dihati,melihatkan sikap segelintir masyarakat kita...mudah-mudahan hati2 mereka dipancarkan hidayah dan petunjuk drpd Allah...AMINN...

apa pun,,sekalung penghargaan pada pasukan harimau muda kerana berjaya menggapai kemenangan mlm ni...TAHNIAH HARIMAU MUDA.......

Rabu, September 21, 2011

Hilangnya Sebutir Permata MARSAH.....



pagi ni nyata amat lain....sepi tnpa keriuhan dak2 aspuri...suasana pun b'beza ngn hari2 lain.....rupanya ada puncanya knp b'lakunya suasana ni....

tgh2 duduk ngn member smentara tnggu lecture msok,,sowang member aku ni dpt sms dr abang dia @ ust syafie...mengatakan ust salleh disahkan meninggal dunia...msih bru lg.,,,sekitar jam 8 pg..mmg x sangka,,,,budak2 klas pun mcm t'gamam jap...hmm ajal & maut DIA yg tntukn,,,bila2 masa n d mana2 je ...tetibe rasa insaf n takut....bila tiba ajal aku nt?...cukup ke x amalan ni nk bwk mngadap Allah?...huhu siyes takut kot...

hmm nk citer gak la serba serbi ttg pristiwa pg td....aku rasa Allah dah tunjukkn kuasa DIA pd smua hambanya...bukti??...haa spanjang pg td memey redup,suasana tenang tp muram....n aku rasa spt ade awan yg menaungi rumah arwah ust salleh....kwsn laen dah abis basah kne hujan sderhana lebat...tp kt rumah arwah,,sikit2 jer...mcm renyai2....n klau ade yg perasan,,,rmai sgt yg dtg mnziarah jenazah...dak2 kolej je da 2 bas,,,cmpur ngn lecture2 yg b'kereta,,,separuh drpd dak2 tahfiz ade yg naik transport sndri,,,,org2 atasan pun ade....komfem la rmai n mustahil bleh muat nk msuk dlm rumah tu an?...tp alhamdulillah,,,smuanya ok,,even rmai,,ttp muat...mungkin Allah bg kemudahan pd arwah....wallahualam...

bru je jumpa ngn arwah 2 mnggu lps,,,mse konvoi raya....teringat mse ktorang da nk gerak balik,,ustzah Dzakiah ade tanye,,''awak xnk tnggu ust salleh balik ke?...''...dan2 tu gak ktowang kluar balik dari kereta n sambut kpulangan ust salleh....smpat bergambar lg....tu la kenangan terakhir yg smpat diabadikan bersama...moga rohnya dicucur rahmat Allah dan dijauhi azab kubur........Al-Fatihah........

Jumaat, September 09, 2011

Ancaman Terhadap Islam....apakah tindakan kita???


  • Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

    Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

    korang sumer tau x apa yang mereka minta kat PM?... dorang mintak send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia Antaranya:

     1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

     2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada' kan .

     3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

     4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

     5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

     6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

    7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

     8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

     9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

     10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

     11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

     12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.

     Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

     Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

    Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Selasa, Mei 10, 2011

Tinggal Kenangan.......




aku still ingat lg,selasa lepas waktu petang,sekitar dlm pukul 5,,ujan lebat turun mencurah membasahi pekan jementah..tiba2 aq terdengar bunyi kucing mengiau nyaring..bila aq jenguk melalui tingkap,aq tgok kucing aq,si cicik namanya..mengiau-ngiau panggil 2 ekor ank nya yg msih kcik lg..baru pandai nak berlari..aq risau..dlm keadaan ujan lebat yang menggila ni,amat2 bahaya utk ank2 kucing tu.aku kuar umah ikut pntu blakang.dari jauh aku nmpk slh seekor drpd anak si cicik menyorok kt tepi ampai lama..cpt2 aku selamatkn dia,aku letakkan dekat dgn ibunya..tp cicik msih mengiau x tntu arah...dah mcm kucing gila dah aku tgok..ya,,aku tau..msih ada sekor lg anak dia..puas aku cari...rupanya dia mnyorok kt lorong smpit blkang umah..aku cuba hulur tgn utk capai dia tp dia plak yg lari...jauh,,msuk ke tgh2 lorong smpit,,,berhadapan dgn tingkp dapur..mak suruh aku msuk lorong tu dari arah sbelah kanan coz mak x muat nk msuk,,plus,lorong tu mmg smpit..5 mnit lps tu,aku dpt kluarkn dia dr lorong tu...ksian aku tgok dia..menggigil kesejukan..da la si cicik tu x reti nk slamatkan anak dia sndiri..tp x leh nk salahkan dia..yela,,haiwan kn?..mne ade akal...sbb anak dia pun ye gak..gemuk sgt..x larat si cicik nk angkt..hehehe...hurm..habis bju aku basah kuyup kne ujan...xpelah,,skali skala kn..lg pun aku syg sgt kucing tu..ape salahnya berkorban kn?...lega hati aku bila tgok kucing2 ni slamat..sempat aq tngkap gambar kucing2 ni...

ni gmbar mse bulunya msih belum kering sepenuhnya...





cicik tengah bersihkan bulu anak2 dia...cuba tgok tangan dia...siap peluk lagi anak dia..hehe

Tapi,,hidup anak kucing ni x panjang...aku balik kampung pada hari jumaat,minggu yang sama..dan balik pada petang esokmya...smpai je rumah,,aku terus cari anak kucing ni..bukak je pintu belakang,,aku nampak dia dah terbaring kt depan pintu..badan dia pun keras..sedih hati aku..bru sehari aku tinggalkan dia,,dah jadi mcm ni...malamtu,aq bungkus bangkai anak kucing ni ngn surat khabar...tp ntah sper yg p letak kt luar,,esoknya,,pagi2 lg mak riuh kejutkan aku,,kata mak bangkai anak kucing tu kene makan separuh..hanya tinggal bhagian badan dan kepala je..bahagian punggung,,habis kene makan..Ya Allah,,,memang aku x sanggup nak tengok..sedih sangat...sepanjang keluarga aku bela kucing,belumm ada lagi kucing yang mati dgn ngeri mcm ni......lebihan bangkai yg tinggal,,abang tanam kt bawah pokok mangga..hmm dah ajal kan,,datang x diduga...


rindunya pada si comel nie...:(

Selasa, April 19, 2011

Seindah Perhiasan Adalah Wanita SOLEHAH..

    

Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya. Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. 

    Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya. Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa? Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

     Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat. Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".
  
     Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketara seseorang yang memakai tudung masih lagi tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT. Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga....














Isnin, Mac 21, 2011

Tiket Perjalanan Percuma..................(satu perjalanan yang pasti)

 


Lama sudah blog ni x di'update'.kalau msuk cni pun just dengar lagu je..huhu ape punyer prangai laa...sbenarnyer ade hal personal yg mmbuatkan blog ni tergendala dr sebarang entri..so,harap org2 yg sudi baca entri ni enjoy ngn entri yg x seberapa dr aku..


Nama Sebenar  : Hamba Allah

Gelaran            : Insan
Asal                  : Tanah
Alamat             : Plenet Bumi


MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN
-Tempat berlepas        : Kehidupan dunia
-Tempoh perjalanan  : cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi
-Destinasi                   : Akhirat
-Masa berlepas           : ketika didatangi malaikat
-masa hadir                : ketika dan selepas nyawa dicabut
-bentuk tempahan     : tetap.pasti.dan tidak akan berubah

SYARAT-SYARAT PERJALANAN
Ditujukan kpd semua penumpang.Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan didunia dan menuju ke akhirat.sila perhatikan ketua anda semua (pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut.bagi penumpang yang msih belum jelas,sila dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah serta menurutinya dengan berhati-hati.sebarang masalah hendaklah dirujuk kpd para ulamak dan para cendikiawan

BARANG MUATAN YANG DIBENARKAN.
-5 @ 7 METER KAIN KAPAN PUTIH
-KAPAS PUTIH YANG SECUKUPNYA
-MUATAN LAIN YANG DIPERTIMPBANGKAN:-
      *AMAL SOLEH
      *SEDEKAH JARIAH
      *ANAK2 SOLEH YANG MENDOAKAN IBU BAPANYA
      *DAN ILMU YANG BERMANFAAT

Khamis, Februari 24, 2011

Dunia Kian Nazak...baca,fikir,renungkan dan mula bertindak...

 


(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"

(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"

(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"

(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"

(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"

(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"

(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"

(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"

(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"

(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"

Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!

Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..


22 Tanda Kiamat Semakin Hampir


1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dunia Di Penghujung Nyawa

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.


Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah


~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...


4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah...


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......



6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon & kat Malaysiapun ada....


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...


10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok....


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...


"Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi."

Selasa, Februari 22, 2011

Kisah di Satu Petang...

   


....hurm,,hari ni ade story nk kongsi ngn smua org kt sini...tentang mak dan abah aku.walau bertahun melayari rumahtangga,kemesraan tetap kukuh hingga sekarang.ikuti kisah ini,,,

         ..  hari ni,mak aku yang hantar adik bongsuku ke sekolah petang.tidak seperti hari-hari yg lepas,ayahku yang menghantar sebelum dia bersiap utk ke tempat kerja semula.tapi hari ni,mak yang hantar coz abah ada hal kt UITM.

    mak pun mula masuk gear,bersedia untuk keluarkan kereta dari garaj umah.dan x semena-mena,terdengar bunyi yg kuat.seperti bunyi geselan.aku,yang bru sahaja selesai solat,cepat2 keluar ke ruang tamu dlm keadaan berkain telekung..huhu..abah pun nampak terkejut.dia bertanya padaku,''bunyi ape tu kak lang?..bkn maen kuat lg,,mak ko langgar ape2 ke td?..''..''ntah,,tp td dgr mcm bunyi benda bergesel.''..haa..ni msti mak ko terlanggar ape2 mse nk kluar td..abis la gen 2...abis,abis...'' abah bersungut smbil buat muka tensionnya...
      mne abah x tension,2 minggu lepas pintu kereta dpn,di bahagian pemandu tu bru je di baik-pulih dan dicat semula lantaran kemik serta calar teruk akibat tergesel tiang garaj kereta..tp bukan mak yg buat,tp satu-satunya abg aku tuh..oleh krna trlalu excited dpt lesen kereta,dia buat sndiri tnpa pedulikn nasihat mak..mse nk msukkan gen 2 ke dlm garaj,time tu la pintu depan bergesel dgn tiang garaj..pucat muka dia..hehe..nsib baik abah x ngamuk..cuma bising skit jer..berbalik pada crita mak aku td,,abah tnggu mak balik di muka pintu..bila mak smpai di rumah,,abah dah bersuara,''hai,,langgar ape lak kli ni,su...''..smbil membelek kesan calar pada bhgian dpn kereta.mak mnjelaskn,yg scara tidak sgaja tergesel ngn tiang garaj coz kereta rapat sgt..abah hnya menggeleng kpala..,''ape nk dikata,,bini punya psl..''aku hnya tersengih melihat kedua-duanya.

suka sangat melihat telatah mereka berdua..tetap mesra...smua benda boleh dibawa bergurau..walaupun abah nmpak garang,tp jika diselami dirinya,ianya nyata berbeza.luaran nmpak garang,ttpi dlmn,penuh dgn kasih sayang... semoaga berkekalan kasih mereka hingga ke akhir hayat...:-)

Ahad, Januari 30, 2011

Azan Dan Kebijaksanaan Allah (S.W.T)



Allahu Akbar!!

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya
Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa
Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik
Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah
Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan
Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib
Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu
Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan
Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan
Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita
Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang
Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'
semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah,
dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah
penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan
Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan
Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta,
tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutn ya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir
di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa
ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik
adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan
bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu akbar!!

sebar-sebarkanlah meskipun hanya sebaris ayat...



=>sumber daripada:scripters.ning

Jumaat, Januari 28, 2011

Wahai Insan Bernama Lelaki...



Wahai insan bernama lelaki
maaf andai ku melukai hatimu
bukan niatku mempermainkan cintamu
bukan pintaku mempersiakan
kasih dan sayang yang telah kau curahkan
tetapi ketahuilah

Wahai insan bernama lelaki
cinta yang terbina ini
tidak membawa sebarang makna
kerna
hubungan yang terbina ini
tidak akan diberkati
selagi kita tidak mampu
mencintai DIA yang Maha Esa

Wahai insan bernama lelaki
aku mohon padamu,
agar mengejar cinta yang lebih hakiki
kerna cintaNya tidak akan
mengecewakanmu
malah,
ianya amat manis bila dikecapi

wahai insan bernama lelaki
jauhilah hubungan sebelum
mempunyai ikatan yang sah
sesungguhnya ia dapat melindungimu
dari perkara-perkara lagha

Malu......

                    


Memandangkan ini post pertama saya,saya nk mulakannya dengan 1 cerita ataupun kisah benar yang saya lalui sendiri mengenai malu..Perasaan malu itu adalah fitrah bagi setiap manusia.Tetapi tidak semuanya mempunyai rasa malu yang menebal.Seperti mana dunia hari ini,dimana-mana sahaja,pasti kita akan dapat melihat pasangan-pasangan kekasih yang duduk berdua-duan di pantai,shopping mall,taman bunga,pantai dan ditempat-tempat sunyi yang bisa mendatangkan syak wasangka.dan hampir kesemuanya yang saya katakan ini adalah remaja.Manusia kini hilang rasa malu bila melakukan kemungkaran atau maksiat.Malah,mereka merasa bangga dan seronok melakukannya...Oleh sebab itu,saya kongsikan bersama kisah dibawah.Moga kita sama-sama mendapat pengajaran...


                       Sabtu lepas,aku dan family keluar jalan-jalan..biasa la,time ni la dapat luangkan masa dengan keluarga.bukan senang dapat berkumpul dn keluar bersama.yelah,pekerjaan ayah yang perlukan komitmen yang tinggi membuatkan kami jarang dapat meluangkan masa bersama.berbalik pada cerita tadi,.kami singgah ke pusat beli-belah JUSCO di melaka.biasa lah,shopiing time!..setengah jam berlalu,kami masih disitu,membeli keperluan rumah..sempat aku singgah tempat kegemaranku,kadai buku..disana,aku serta adik beradikku yg lain sibuk mencari buku-buku menarik utk dibeli..aku? novel la...dn beberapa buah buku2 motivasi.selesai urusan pembayaran,kami mndapatkan abah dan emak yg setia menunggu di luar kedai..cewah,setia ek..hehe...

                      Kami beriringan kaluar dari kedai.tiba-tiba aku terlihat sepasang kekasih,duduk berdua-duaan di satu sudut yang agak tersorok.hnya kalimah istigfar ssahaja yg mampu aku ucapkan lantaran trlalu terkejut dengan adegan pasangan itu..hati aku terdetik untuk menegur kesalahan mereka tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakannya..xkan lah main serang je kn?..aku cuit lengan abah dan ceritakan apa yg aku nampak.
  ''abah,nanti jap..tadi kak lang nampak ade perempuan ngan lelaki duduk berdua-duaan kt tmpat sunyi..abah tolong la tegurkan dorang..x elok kalau orang tengok''....abah terus pergi kearah mereka berdua..waktu itu baru aku perasan,ade sorang guard tgh berkawal kt kawasan itu..aku pelik,kenapa pakcik tu langsung xnak menegah pasangan tu..

                     Dari jauh aq dn keluarga memerhati tindakan berani abah menegur dan memarahi pasangan kekasih tersebut.aku dapat dengar dengan jelas apa yg abah cakapkan.''awk ni dah kawen ker? dok sronok peluk2 anak dara org!.''aku jadi geram dengan mereka berdua yang dengan selambanya membalas pertanyaan abah dengan sinis,''ek eleh pakcik ni,suka hati kitorang la nak wat ape pun.bukannya kitorang kacau hidup pakcik.kitorang blum kawen.kenapa sibuk2 nk tau?.''ni korang duduk2 cmni mak ayah korang tau ke x ni?..nama je pakai tudung,tp peluk2 lelaki.awak x malu ke orang lalu lalang,tengok awk berdua mcm ni? atau korang nk pakcik panggil polis? abah cuba mengugut dengan suara mendatar.pasangan itu nmpk terkejut dan reaksi wajahnya nampak cemas bila melihat abah sudah mengeluarkan handset.pasangan tersebut yang menyangka abah betul-betul serius untuk telefon polis,terus meninggalkan kawasan tersebut dengan cemas dan  muka yg merah..''tahu pula takut'',desis hatiku..rasa nak tergelak pun ade gak sebab perkara yang sebenarnya,abah keluarkan handset dari dalam poket sebab ada terima mesej.bukannya nak telefon polis.tapi bagus gak tu..sekurang-kurangnya masih ada lg perasaan takut dan malu dalam diri mereka....

             Aku lihat,abah sempat bercakap-cakap dengan pakcik guard tu tentang pasangan tadi.abah juga bertanya padanya,kenapa tidak menegur kemungkaran yang berlaku depan mata sebentar tadi..pakcik tu menjawab,dia sudah menasihatkan berkali-kali,malah pernah mengugut untuk melaporkan pada pihak polis tentang perkara ini namun pasangan2 remaja itu tidak pernah ambil peduli.sebelum beredar,abah sempat berpesan,jika berlaku lagi kejadian seperti ini,terus report pada pihak berkuasa.aku memandang emak yang kebetulan berdiri disebelah aku.sempat mak berbisik sesuatu,''kalau la kau yang buat hal macam tadi tu,memang nak kene la.''..


              Sepanjang perjalanan pulang,aku muhasabah diri.bila teringat tentang pasangan tadi,aku rasa malu sangat dan rasa berdosa sebab aku x berani nk menegur kemungkaran itu...hari ni aku belajar sesuatu..kita mesti berani menegakkan kebenaran.tidak perlu takut,kerana yang hak akan tetap menang manakala yang batil akan tumpas akhirnya.Walau dimana sahaja kita berada,jagalah nama baik serta maruah keluarga dan diri sendiri...