Isnin, Disember 25, 2017

2017



Alhamdulillah sedar tak sedar dah nak sampai ke penghujung tahun 2017 dan boleh dikira berapa ketul je posting aku dalam blog ni untuk tahun ni hahaha...well,terlalu sibuk untuk buat sesi update blog ni.mana nak melayan tugas2 hakiki as a student,nak melayan bisness shampoo santan,chicken deep,nak melayan sakit yang terlalu kerap berkunjung dalam tahun ni.memang tak dan la nak mengadap blog walaupun bukan susah mana pun kalau setakat nak update blog ye tak?..senang cakap,malas dan takde mood jela..haa banyak nau alasannye hahaa..lagi pun bukan ada yang rajin nak singgah baca pun post2 dalam ni kan,..
.
.
Ni kiranya aku buat short review la tentang apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun 2017 ni.
  • Dalam awal tahun ni aku dapat job sebagai guru ganti selama 2 bulan sementara bekas guru pembimbing aku pergi ke mekah sebagai mutawif haji.
  • Daripada pengguna,aku bertatih sebagai dropship selama sebulan dan selepastu aku naik jadi agent yang bernaung di bawah team Kak Iqin dan Team Oasis.pengalaman yang berharga di mana aku belajar semua tentang asas-asas bisnes,malah aku mampu untuk consult masalah rambut customer.
  • Sahabat2 aku yang ramai berkahwin pada tahun ni.dan ada yang tengah pregnant dah pun sekarang.
  • Majlis perkahwinan Abang & kak Farah..Alhamdulillah dapat kak ipar baru
  • Perkenalan dengan mereka yang menghidap sakit yang sama sepertiku.dan kami sedang merangka satu projek bersama pada tahun depan.insyaAllah,doakan ianya berjaya di realisasikandengan jayanya.
  • Semester kali ni yang sangat,sangat,sangat mencabar.dengan hafazannya,timbunan esaimennye,thesis lagi.seriously rasa nak flat badan ni.satu penyesalan yang teramat sebab decide nak amik thesis dalam semester ni sekali dengan 6 subjek yang lain.
  • Perancangan dan perbincangan ringkas tentang majlis next year.penetapan tarikh,hantaran,dll..
.
.
So ni la sedikit sebanyak apa yang aku lalui sepanjang tahun ni.kadangkala rasa memang x kuat untuk hadapi,tapi terpaksa juga tempuhi sebab kita yang pilih jalan ni.untuk next year semestinya dah semakin sibuk dengan semester baru,persiapan kahwin lagi,..hailahh hati..belum pun lagi masuk tahun baru hati ni dah mula cuak bila fikir tentang hari yang bakal tiba nanti.well,sebab dah mula buat countdown from now till that day,tu yang jadi makin cuak agaknya.doakan yang baik2,moga dipermudahkan segala urusan.