Jumaat, Mei 02, 2014

Seminggu yang bermakna...~~

        Alhamdulillah..'ala kulli hal...rasmi sudah bergelar umur 21 tahun..semoga umur yang bertambah ni bergerak seiringan dengan ilmu yang dipelajari.semoga semakin bertambah,bertambah dan bertambah..
dihujani dengan kata2 ucapan dan doa dari rakan2 baik di alam maya mahu pun di inbox phone sememangnya menggembirakan..tapi tidak sehebat tatkala aku dihujani dengan kata2 ucapan ''selamat hari jadi,cikgu !.."..serta usaha mereka melakukan kejutan untukku...itu ternyata membuatkan aku sangat terharu...sebak,gembira,terkejut menjadi satu...tak terungkap di bibir...

*THROWBACK . . . . . . . .

       seperti biasa,jam 4 petang aku akan masuk ke kelas tahun 5 untuk mengajar..mata pelajaran ibadat,pada hari ini..agak aneh bila melihat kelas mereka dari depan bilik guru,agak senyap..tidak riuh seperti selalu..aku melangkah masuk ke kelas,dan melihat beberapa orang pelajar aku sudah berada di hadapan,dan mempersembahkan hasil kreatif lakaran mereka di papan hitam..tertera kata-kata :

'' SELAMAT HARI JADI CIKGU MARYAM & NADIRA.....DARIPADA 5 BUKHARI...KEPADA CIKGU MARYAM & NADIRA.."

     berserta corak2 dan tanda tangan murid2 lain..kemudiannya mereka menyanyikan lagu 'SELAMAT HARI JADI" & "ALLAH SELAMATKAN KAMU"...beramai2...ada juga yang memberikan hadiah dan kad ucapan..

Allah..Allah..Allah..

     tak terucap rasanya kata-kata daripada mulut ini..hanya senyuman yang mampu aku ukirkan kepada mereka..ralit aku menatap hasil lakaran kreatif mereka di papan hitam,bersama senyuman yang tergaris di bibir..untuk menggambarkan betapa aku menghargai usaha mereka untuk menceriakan dan menggembirakan aku...

       minggu itu boleh dikatakan agak sibuk disekolah..sibuk menyiapkan folio dan buku persediaan,..melatih murid untuk pertandngan syarahan bahasa melayu tahap 1,..tapi sedaya upaya ku cuba luangkan masa untuk murid2 tersayang..
      pada hari khamis di minggu yang sama,aku menjamu murid2ku dengan kek coklat hasil buatan tangan aku sendiri,..(sanggup buat daripada pagi,sampai pukul 11 lebih baru selesai semuanya..memang terasa penatnya..sayang murid punya pasal,..huhu..>_<...)..
      kek ni sebagai tanda terima kasih dan juga hadiah untuk mereka yang pernah aku janjikan sebelum ni..hadiah kerana menang dlm kuiz berkumpulan,merangkap hadiah kerana telah berkelakuan baik dan sangat2 membantu aku sewaktu aku di selia kali terakhir beberapa minggu yang lalu...juga merangkap hadiah hari lahir untuk murid2 yang telah berlalu dan akan datang..(nak bagi hadiah selalu,x mampu..jadi ini sahaja lah yang mampu aku berikan untuk mereka...)..
lagi terharu bila salah seorang murid datang kearahku dan menyuapkan kek ke mulutku dengan tangannya sendiri..(sampai cemburu murid2 ku yang melihatnya..hehe..)...sungguh,...aku rasa sangat tersentuh saat itu... :')

       seronok melihat mereka makan dengan penuh berselera...ceria je muka masing2...wajah2 yang ceria itulah yang aku renung satu persatu tanpa rasa jemu..rasa sedih menjentik hati...mungkin selepas ini aku akan merindui wajah2 ceria mereka..gelak tawa dan kenakalan mereka...
terima kasih murid-murid,cikgu..terima kasih untuk seminggu yang penuh bermakna ini...<3
sayang 5 Bukhari...<3 <3


                                                                                                                                                                                                                                                                                                   

Sabtu, Mac 22, 2014

Hitam Itu Menawan....~



fuhh tajuk entry je dah gempak..(kononnye la..:-P...)..hurm actually nak cakap tentang something yang aku dok perati je orang2 kita ni dok berleteaq laa ni..ape dia??..haa satgi laa citer...ni nak share citer sikit kat korang..(bajet2 jela ade orang baca post ni..prasan sendiri..>_<..)

malam semalam tengok drama di astro prima..tajuk nye Jubah Hitam...mengisahkan tentang seorang anak yang pergi belajar luar negara dan balik ke tanah air mengamalkan ajaran yang menyimpang daripada Islam..setiap hari berpakaian serba hitam,amalkan ritual yang pelik2,berzikir sambil menari,and so on..

haa ni la yang aku nak citer sebenarnya...*ok sambung...

then aku terfikir,orang2 macam ni lah yang menjadikan berpakaian serba hitam tu adalah SESAT semuanya.sedangkan muslimah yang memakai serba hitam tu tujuannya untuk melindungi diri dia daripada pandangan liar lelaki2 di luar sana..tapi tetap dituduh membawa ajaran sesat...aduhaii...sebabkan nila setitik,rosak susu sebelanga...sebabkan mereka2 yang wujudkan dan amalkan ajaran sesat,masyarakat pandang serong terhadap wanita yang berpakaian hitam daripada jubah,tudung dan niqab..mentaliti orang sekarang,asal nampak perempuan yang berpakaian serba hitam (lengkap berniqab) je,mula lah tuduh2,cakap terlibat dengan ajaran sesat bagai..

aishh!..pada aku muslimah yang berpakaian serba hitam beginilah yang paling bagus...berusaha melindungi diri mereka sebaik yang boleh,hanya untuk tatapan suami dan keluarga sendiri je..jangan la buat tuduhan melulu je..bukti pun xda,sesedap oren je menuduh orang terlibat dengan ajaran sesat..dan kalau betul pun,selidik dulu supaya jelas...kalau tersalah tuduh,x pasal2 kita pulak yang berdosa nanti...
so,buat muslimah2 di luar sana,..x perlu risau kalau nak mengenakan pakaian serba hitam..malah sangat digalakkan..jangan takut,jangan risau...bukan berdosa pun kalau kita berpakaian serba hitam...dan belum pernah dengar lagi setakat ni negara kita mengharamkan muslimah berpakaian serba hitam,kan?..so,gunakanlah tanpa was-was..^_^...

*Hitam itu menawan,okeyy...~..


Gambar Hiasan :
via
 Ukhti Asy-Syaqqi

Bebas dari seliaan terahir..! ^_____^

Alhamdulillah...dengan berakhirnya minggu ini,..maka berakhirlah penyeliaan kali ke-3 a.k.a yang terakhir...selasa lepas tuan hj mohd noh datang ke sekolah untuk menyelia aku mengajar,dan memberi final mark pada aku..rasa nervous sangat,sangat,sangat!...risau sebenarnya kalau2 peristiwa masa aku diselia pada minggu ke-7 yang lalu bakal berulang lagi...
~ ::: throwback 3 minggu yang lepas ::: ~
  • nervous + kelam-kabut menunggu kehadiran pensyarah sambil2 tu tangan ni lincah menggunting kertas2 yang dah di print, untuk dijadikan ABM semasa mengajar nanti..sambil2 tu juga lah beberapa kali aku berlari dari belakang (tempat guru) ke hadapan pintu bilik guru untuk melihat sama ada pensyarahnya sudah sampai atau belum..sebab kami (aku,husna & guru besar) perlu menyambutnya apabila dia sampai ke sekolah.serba tak kena dibuatnya..punyalah cemas sampai x boleh berfikir dengan baik..huhu...
  • sampai je lect kt bilik guru,bermula lah sesi perbincangan antara aku,husna dan Hj Mohd Noh tu,berkaitan tentang RPH aku..tujuannya untuk dia beri bimbingan,apa yg boleh aku buat semasa sesi P&P nanti...mana2 step mengajar yg aku tulis tu if dia rasa x sesuai untuk digunakan,dia akan tegur dan beri bimbingan untuk betulkan semula...perbincangan selama hampir 45 minit tu berakhir pada jam 3.50 petang...baki 10 minit tu dia beri aku masa untuk bersiap sedia sebelum memulakan sesi P&P..guess what,ABM aku yang aku dok kelam kabut gunting2 tu still belum siap lg sepenuhnya...haaa x sempattt!...aku potong2 jela mcm mana pun rupe nye..then masukkan dlm 1 sampul surat utk diberikan pada murid pada waktu penilaian nanti....
  • Hj Mohd Noh masuk teruihh je daripada pintu belakang pada waktu aku tengah kelam kabut untuk cuba bersedia menenangkan diri aku sendiri...tapi TAK DAPAT NAK RELAKS COOL lagi dahh...pendahuluan aku suam2 kuku,set induksi hancuq berterabuq,langkah2 pengajaran aku pun agak laju,dan yang paling serabut,bila murid2 aku semuanya pakat dok senyap belaka....udah ler deme diam jaa,pahtu deme dok pandang muka ceq ni x berkelip macam dok tengok benda pelik jaa...ohoiii,time tu aku rasa macam nak lari kluaq dari kelaih ni dan pi cari mana2 sungai,then terjun...ermmpphh @_@!...

    masa buat penilaian/aktiviti untuk murid2 pun sama...x berjalan lancar macam apa yang dah aku rancangkan sebelum ni...haaiihh...sedih betui rasa...tapi aku kene control emosi bila waktu aku berhadapan dengan murid2....jadi aku cer try test untuk tenang,cool,dan positifkn diri....aku habaq kt diri sendiri,

    '' xpe mar...benda dah separuh jalan pun...teruskan je..lantak pi la nak jadi ape pun..yang penting,cepat2 habis waktu P&P ni,.."..

    .tapi aku perasan,ada 2 orang murid aku yang mungkin memahami apa yang aku rasa waktu tu..dia mula nampak aktif pada 15 minit terakhir sebelum P&P berakhir..aku saaaangat berterima kasih sebenarnya,sebab Allah permudahkan urusan aku dengan menjadikan 2 orang murid aku tu sebagai penyelamat keadaan...dan nyata,sebelum Hj mohd Noh keluar dari kelas aku,dia sempat cakap dengan semua murid2 dlm kelas,
    ''bagus anak2...pakcik suka dengan 2 orang tadi tu...bagus sangat..contohilah 2 orang ni,.."

    ..sambil mempamerkan ekspresi muka yang sangat kagum kepada murid2 aku...lalu terus keluar dan menunggu aku di bilik guru untuk mengulas sesi P&P aku tadi...
  • waktu aku mengemas buku2 dan barang2 aku yang ada atas meja,murid2 pun ramai yang datang mengerumuni aku di sekeliling meja untuk bertanyakan bagaimana kelakuan mereka hari ni,adakah mereka memberikan kerjasama yang baik atau pun tidak semasa menerima kehadiran tetamu sebentar tadi..sengaja aku mempamerkan wajah yang sedikit sedih sambil bersiap sedia untuk keluar dari kelas..sebahagian murid2 perempuan yang agak rapat denganku mula meminta maaf sambil mengikut aku sehingga aku turun tangga dan menuju ke bilik guru.(ehehe saje je berlakon sat,nak bagi depa cuak..)
  • bila lect nampak je aku duduk di hadapannya,terus dia bertanya , "macam mana?..apa awak rasa maryam?.."...laju je aku jawab , " saya rasa teruk sangat la ust...rasa macam nak menyorok bawah meja je tadi.." berserta dengan muka yang sugul, Tn hj gelak je dengan jawapan aku..kami bebincang,dan analisis semula di mana kesilapan yang kerap aku lakukan semasa mengajar tadi..memang banyak kot silap yang aku buat tadi..jadi dalam hati time tu memang aku dah agak,mesti markah seliaan pertama aku kali ni teruk..tapi aku terkejut sebab Hj Mohd Noh beri aku markah (A-)...A malap (kata dia)..kata dia,aku perlu perbaiki lagi skill mengajar aku..be a creative teacher,kuasai keadaan kelas dengan lebih professional,jangan terlalu nervous.dan dia pun faham kenapa aku terlalu cemas sepanjang mengendalikan P&P tadi....

    1st,aku memang gementar sebab ni kali pertama lect tengok aku mengajar..2nd,sebab hari tu laa murid2 aku ni semuanya diam x berkutik..respon pun kurang..selalunya depa laa yang paling riuhh sekali..dan itu lah yang menyebabkan aku bertambah-tambah-tambah-tambah cemas sampaikan aku lupa semua step mengajar yang dah pun Tn hj perbetulkan...apa pun,memang x jangka langsung yang aku still dapat A untuk 1st seliaan...
Alhamdulillah,untuk seliaan terakhir ni,aku rasa markah yang aku dapat lebih baik daripada seliaan pertama tu..(banyak dpt 5 dan 4)..tn hj kata,aku dah semakin cool bila mengendalikan murid2 bila mereka kelihatan pasif..dan kali ni murid2 aku pun memberi kerjasama yang osemss!.terima kasih sayang2 cikgu semua..<3...Alhamdulillah,dia punya rasa lega tu,memang x dapat nak gambarkan la kot dengan kata2...
walaupun dah selesai aku lalui kesemua penyeliaan daripada pensyarah,terselit rasa sedih dalam hati bila mengenangkan hanya tinggal 3 minggu je lagi tempoh praktikum (tolak 1 minggu cuti sekolah)..Allah..sebak pulak hati ni..dan semestinya aku akan merindui telatah nakal murid2 aku,sifat manja mereka,gelak tawa dan jerit pekik mereka..

semoga minggu2 yang masih berbaki lagi ni,dapat aku manfaatkan dan menikmati hari2 yang masih ada dengan senyuman serta mencipta moment terindah bersama murid2..=)

Sabtu, Mac 15, 2014

Oh My Praktikum~


Alhamdulillah,sedar tidak sedar tempoh praktikum mengajar sudahpun masuk trimister yang terakhir...(dah macam tempoh orang mengandung la pulak yer..:-P..)..masih berbaki 4 minggu lagi untuk dihabiskan..teringat awal2 mula praktikum (minggu pertama) bulan 1 yang lepas..fuhh sampai x tidur 3@4 hari tu menyiapkan kerja2 yang baru bermula..

mesti orang akan pelik,ape la yang aku buat beria-ia sampai x tidur kan?..haa bukan korang yang baca ni je yang pelik..mak abah and adik beradik aku pun pelik..huhu..sebenarnya minggu pertama tu aku kelam kabut sediakan folio,ditambah dengan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang opkoz nye kene buat tiap hari berserta ABM...aku ni jenis yang lambat sikit,jadi memang kelam kabut la dok perah otak nak buat RPH and cari idea untuk buat ABM (pun hari2)..haa giler stress dibuatnya...kadang2 tu sedih jugak sebab family x faham kesibukan yang aku alami,jadi bila aku mengadu penat pada dorang (mintak simpati la konon nye..),dorang sound aku balik..huhu sampai hati betul..mujur ada kawan sekelas yang faham..sebabnye dia berpartner dengan aku kt sekolah utk praktikum ni..jadi kami saling berkongsi rasa dan masalah bersama..(sebab dia pun rasa perkara yg sama macam aku..hihi..
Alhamdulillah,bersyukur sangat sebenarnya sebab aku dapat sama2 praktikal dengan kawan sekelas aku,kak Husna...dia nampak releks jer hehe mungkin sebab dia dah ada pengalaman mengajar sebelum ni..jadi dia mungkin dah terbiasa..so,aku banyak belajar dengan dia,dan jadikan dia sebagai tempat rujukan aku kalau ada yang aku x faham..(selain guru besar & guru pembimbing)..dan memandangkan kami masing2 punyai perangai yang gila2,sekali gus buatkan aku rasa seronok dan selesa bersama dia..nak2 lagi,kitorang berkongsi meja guru yang sama...haa ape lagi,ber'jemah' sakan la kitorang..even jumpa hari2,pasti ade je cerita yang nak di bualkan..hehe..
tu belum lagi sentuh cerita tentang gelagat murid2 yang kami berdua ajar....macam-macam perangai..kadangkala gelagat mereka yang comel tu la mampu hilangkan stress dan rasa sedih dalam hati..dan kadangkala jugak,perangai mereka yang comel tu laa buatkan aku x sampai hati nak marah mereka lama2...cepat je sejuk hati ni melihat telatah mereka..=)..

memilih yang Mencintai atau Dicintai?..



orang selalu kata kalau nak pilih teman hidup,pilihlah lelaki yg mencintai dan menyayangi kita..dan bukan pula orang yang kita cintai dan sayangi...sebab apa,haa mane la aku tau..aku bukan dokter cinta pun..:-P..

tapi bila difikirkan semula,kedua-duanya betul je..x kisah la siapa pun pilihan hati kita,asalkan orang tu mampu menerima kekurangan dan kelebihan yang ada pada pasangan masing2..tapi bila aku tengok balik,lebih baik memilih teman hidup yg mencintai dan menyayangi kita,walaupun kita belum kenal lagi hati budi dia..halalkan dulu,then baru la bermula proses perkenalan ..ala-ala bercinta lepas nikah la gituu...lebih barokah dan nak buat apa pun xpe sebab dah halal..

berbanding dengan memilih teman hidup yang kita sendiri sayang dan cinta,....aku x nafikan apa2..tapi pada aku,bila dah bercinta dulu takut nanti kalau dah beberapa tahun kahwin,perkahwinan akan jadi hambar..mula bosan sebab segala-gala kenangan dan kemanisan hubungan tu dah dikongsi sewaktu belum berkahwin...
tapi bukanlah semua pasangan yg bercinta dulu sebelum kahwin akan jadi begitu...ni hanya pandangan aku je,berdasarkan apa yang aku lihat..hehe jangan lepas ni ade yang takut nak kahwin sebab baca entri aku ni dah ler...^_^

ape-ape pun,nak bercinta tu boleh je..tapi berlandaskan syariat la..ade batas-batas yang perlu di jaga..tapi kan lebih elok kalau halalkan terus hubungan tu,ye tak?..Allah redha,hubungan pun diberkati..syaitan pun meraung tengok anak keturunan nabi Adam mendirikan rumah tangga...
perkahwinan itu sunnah..,remember that..=)