Jumaat, Disember 28, 2012

Pengenalan Radio Internet Terbaru!..

 
 
Bismillahirrahmannirrahim...
 
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih lagi dipinjamkan nafas buat kita,hamba yang alpa..moga hati-hati kita kekal bertaut dengan ukhwah yang erat hanya kerana Allah Taala..
 
entri kali ini ingin saya war-warkan kepada sahabat-sahabat yang sudi mengikuti perkembangan blog ini berkenaan dengan stesen radio internet terbaru..
 
baru-baru ini dalam sekitar tahun ini juga,(2012) saya telah diperkenalkan dengan sebuah radio internet baru oleh salah seorang rakan sekelas di kolej..sekitar sem 3 yg lepas..budak2 kelas dok sebok buat permintaan lagu kat radio tu..so sy agak jeles sebab lappy ku ini x dapat nak dengar radio tu..so bermulalah perkenalan ringkas dengan tuan tanah kedaung,boss kepada radio internet tersebut,Fuiyoo Fm..hampir seminggu lebih diperlukan untuk beliau meng'skodeng ape yang silapnya pada lappy laggend saya nih..akhirnya,Alhamdulillah dapat juga dengar siaran radionya.
 
okey,sedikit pengenalan berkenaan Radio Fuiyoo nie,...dibangunkan oleh saudara Aliff yang juga bekas pelajar kolej kami,Kolej pengajian islam johor MARSAH..beliau lebih dikenali dengan nama DJ Zulfan Zulhair..menurutnya,ditubuhkan radio internet ni pada mulanya hanya sekadar suka-suka,namun apabila ia mula dikenali,maka beliau tetap meneruskan semula siaran radionya
 
selain beliau,dibantu juga oleh rakannya,DJ Azlan..beliau ni pun femes jugak waktu di kolej dulu..haa nak tau lebih lagi,boleh tengok di group fb radio Fuiyoo..:-)..

walau macam mana pun,radio Fuiyoo ini masih baru lagi.menurutnya,pihak mereka kekurangan DJ untuk mengendalikan radio.so pada anda yang berminat nak jadi Dj,boleh la roger2..nanti saya rekemenkan..:-P :-)
radio Fuiyoo fm ini hanya bersiaran pada waktu malam sahaja,bermula jam 10 sehingga jam 2 pagi..lagu-lagu yang mereka mainkan pun best dan menarik..kalao mung dop caye,mung pi dengor sndiri..;-)

link group Radio Fuiyoo Fm..

http://radiofuiyoofm.blogspot.com/
 
http://myradiostream.com/fuiyofm 
 
selamat mendengar :-D

Sabtu, Disember 22, 2012

Street Dakwah-Kempen Menutup Aurat



Bismillahirrahmanirrahim...
 
hari ini,genaplah 2 minggu lebih berlalunya Kempen Menutup Aurat-Street dakwah daripada Team Hijrah Johor ( THJ)..rasa bersyukur sangat-sangat sebab dapat sertai kempen berunsur dakwah sperti ini.sebelum ni hanya buat di masjid As-Syakirin,KLCC.tetapi akhirnya atas permintaan sahabat-sahabat Team Hijrah yang mahukan kempen seperti ini berterusan,maka terhasillah street dakwah ini di seluruh negeri.
 
8 Disember 2012,tarikh dimana bermulanya street dakwah-kempen menutup zon negeri johor dengan sokongan ABIM dan PEKIDA.dibuat disekitar terminal bas Larkin,johor bahru..betullah kata orang,ukhwah yang terbina itu amat manis jika betul-betul kita hargai..saat tu lah aku baru berkenalan dengan AJK-AJK kempen..huu teruk right?..even diri sndiri ajk tapi hari kempen tu la baru nampak muka.even terikat dengan program sendiri,tapi tetap rasa bersalah kerna x dapat membantu secara total.ohhh segann amatt dengan mereka..=_=...
 
aktiviti pagi dimulakan dengan pendaftaran muslimin dan muslimat,minum pagi dan ice breaking sebentar dan ceramah berkenaan dengan 'Hijrah diri'..
 
kempen diserikan lagi dengan kedatangan sahabat sedaerah denganku,Annur Jannah yang baru tiba diiringi dengan salah seorang adik AJK,Nur Nadhirah..ohmaiiiii.....terkejut sangat sebab terjumpa anak dara bertuah tu..coz lame sudah x berkesempatan berjumpa,last2 berjumpa di larkin.selepas itu dikejutkan juga dengan kedatangan kak haida homari..sebelum ni hanya bertemu di FB je,tapi hari tu dapat pula bersua muka dengannya...erm..perancangan Allah memang kita x dapat jangka..memang sangat ohsemm..^_^
 
lagi meriah pada aku,bila kakak kesayangan aku juga turut hadir bersama family terchenta..hohoiii,,happy betul mak,uollss...tapi since sibuk ngn kempen,aku x punya banyak masa untuk berborak sakan dengannya..uhuhuhh dah ler rindu,tapi jumpe pun kejap jer..its ok kak Kina.nanti jumpe,kita borak puas-puas ye..=)
 
selepas zuhur,kempen street dakwah bermula..sekitar jam 3 petang,kami berkumpul mengikut kumpulan dan berpecah ke tempat yang ditentukan untuk mengedar flyers pada orang awam disekitar situ..kumpulan aku berada di tingkat 2,terminal larkin..aku bergerak bersama-sama kak kina dan mael,anak sulungnya..kami bergerak bertiga sama-sama mengedarkan risalah berkenaan aurat..
 
macam-macam ragam yang dapat aku lihat.ada yang mengelak bila aku berikan risalah,ade buat dekk jer bila kami terangkan serba sedikit tentang aurat,ada juga yang menerima dengan senang hati,dan yang paling aku x dapat lupa,bila mael,anak sulung kak kina bersemangat habis nak tolong edarkan risalah.so aku pun meraikan semangatnye dengan berikan dia beberapa helai flyers dan aku pesan padanya,supaya berikan pada pakcik2/abang/makcik2/dan akak2 yang ada..kak kina pesan sebelum tegur orang,beri salam dulu..kami lihat jer bagaimana cara dia berusaha mendekati golongan dewasa untuk berikan flyers tu..terpancar kesungguhan dia dari matanya..pakcik2 yang ditegur tersenyum bila dapat flyers dari mael..makcik2 yang ditegur sopan oleh mael pun x sampai hati untuk tolak..walaupun x melayan,dicapai jugak flyers tu dan terus simpan..bijak sungguh dia cari orang terakhir,siapa yang bakal memiliki flyers terakhir daripdanya..hehe..mael pilih wanita muda yang agak ranggi pakaiannya..wajahnya berubah tapi mungkin x sampai hati nak marah kanak-kanak sekecil mael,diambil juga flyers tu dan terus simpan...aku kagum sungguh dengan semangatnya..semoga dewasa nanti mael jadi da'ie yang berjaya..dan pastilah,umminya juga sangat bangga melihat kesungguhan anaknya yang turut serta untuk cuba berdakwah..its sooo sweet...:-)..
 
selesai mengedar flyers,kami naik semula ke tingkat atas,surau An-nur larkin..berkumpul untuk acara penutup,dengan sesi taaruf AJK kepada sahabat2 peserta yang hadir,sedikit ucapan dan diakhiri dengan tasbih kifarah serta surah Al-'Asr...tamat sesi bergambar,masing-masing mula bergerak beransur pulang..begitu juga dengan AJK,kami tamat sesi post mortem pada jam 6.30 petang.Alhamdulillah,tamat sudah program sulung Team Hijrah Johor (T.H.J)..

Selasa, Disember 11, 2012

Pertemuan Pertama.....~

 
 
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus bernafas sehingga kini..hampir 2 minggu lebih tak mengadap blog ni..rase macam kesal pulak sebab x dapat nak update selalu lantaran dah mula sibuk dengan semester baru..tapi x kisah laa..walaupun lambat,aku tetap nak share..
 
tarikh keramat 25/11/12...hari yang ditunggu-tunggu my first date with my lovely sista dalam alam maya,kak Kina..berdebar juga rasa hati ni memikiorkan ape yang bakal aku buat bila berjumpa face-to-face dengannya..hehe cuak kott..turun jer dari asrama,dah ternampak 3 orang kanak2 tengah duduk2 di pondok depan surau..heee mesti anak2 kak kina..n tepat jangkaan aku..ternampak kak kina dibelakang sana..kami bersalaman dan berpelukan mesra.anak2 kak kina,ismail dan hanis pun sopan bersalam denganku..buat aku teruja tengok dorang..comel2 semuaanya..nak2 lagi bila si kecik akil hulur tangan untuk bersalam sama..ku cubit pipinya.geram sebab comel sangatt..>_< hehehh...aku x sangka sebab ismail nampak mesra dengan ku macam dah lama berkenalan je...rupanya kak kina selalu bercerita dengan anak-anaknya tentang aku..tterharu sangat....hehe comel je mulut si kecil tu berceloteh,riuh menyebut ''kak mar,kak mar'' denganku...
kereta bergerak,aku diam membisu..heee macam x caye jer aku boleh jadi pendiam jap..hihi,,,segan deyh dengan zauj kak kina yang memacu kereta.kesian pulak aku biarkan kak kina je yang banyak berceloteh..heee asiff jiddan sayang,kak kina...~_~..
tapi part yang aku tak boleh tahan nak gelak tu bila ismail,anak sulung kak kina duduk rapat denganku dan berbisik,''ummi ade hadiah untuk kak mar''...aku pandang wajahnya yang ceria tu sambil tanya dia smula,''iye jer abang ni..''..''iyer kak mar.x caye,cuba tengok ni.'' sambil tunjukkan kotak hadiah yang comel kepadaku..serentak dengan tu kak kina riuh suruh mael simpan balik hadiah tu sambil tergelak..aku x mampu nak cakap ape lagi dah..gelak jer dari tadi...hehehe geli hati betul dengan si mael tu...^_^
destinasi kami yang pertama : galeria kotaraya..
 
hari ke-3 ekspo buku di sana..ekceli semalamnya aku dah pergi dengan kak rathiah dan 'sepupu' dia sebab dia ajak teman dan balik pada malamnya..dan pergi lagi hari ahad esoknya dengan kak kina pulak..hehe tersangatlah lepak badan ni..tapi happy nak dating untuk kali pertama dengan kak kina punye pasal,terus hilang x terasa dah penatnya..hehehe...
seriously aku rase aku xde modal nak bercakap dengan kak kina..kelu lidah dibuatnya..mungkin kali pertama berjumpa agaknya,jadi aku rasa sedikit kekok..huhu..2 jam berjalan sekitar gerai buku yang ada,berbual dan membeli buku bersama..terasa singkat masa berjalan..macam-macam benda yang jadi dan buatkan aku sering tergelak geli hati..salah level nak ke ekspo,akil jeles tengok aku jalan berdua dengan kak kina,ismail dan hanis yang aktif berlari sini sana,..terhibur sangat hati ni bila tengok kak kina 1 keluarga..bahagia dan ceria dengan kasih sayang..:-D
tamat aktiviti meronda sekitar ekspo buku,kami ke kedai makan pula.ke warung yang femes dengan sate wak rado katanyer..hehe aku ikut je sebab aku masih x tahu jalan2 sekitar jb ni...singgah maghrib di masjid berdekatan..dan tibalah waktu  dimana aku dibuli oleh 3 orang budak tecikk ni sementara kak kina dan zaujnya,abang nain solat maghrib berjemaah dengan jemaah lain..wahh...tersangatlah hyper budak-budak bertiga tu..nak2 lagi si kecik akil,berlari sana sini..nak didukung,x mau..last2 aku la yang jadi pengejar setia..hohoho...
aktiviti kemuncak,berehat di sekitar danga bay sambil makan satey..haa x pernah dibuat orang kn?..tapi kitorang buat..hehe...sempat la jugak kami bergambar berdua sebagai kenangan bersama..=)...sementara zauj kak kina bawak budak2 naik train,aku dan kak kina jalan2 sekitar situ sambil berborak-borak ditemani peneman setia,si kecik akil...haha...jeles betul dia bila tengok aku rapat dengan umminye...ish3...

jam 10.30 : kami selamat sampai di marsah..rasa x puas lagi bersama,berbual mesra..yang paling buat aku terharu,bila kak kina serahkan sendiri hadiah berupa niqab padaku...(walaupun dah x suprise sebab mael dah kantoikan dulu) hehe..kami bersalaman dan berpelukan sebelum berpisah..bila naik hostel dan bukak hadiah kak kina bagi tu,sriyes rase nak menangis bila tengok niqab yang cantik dalam kotak yang comel tu..:)...
::bersyukur sangat sebab Allah temukan aku dengan kak kina.dan benarkan aku menjalin ukhwah dengan kak kina..terubat rinduku pada akak nun jauh di mesir...Allah gantikan akak yang baru dari pasir gudang..terima kasih sangat-sangat kakakku sayang.:-D <3 <3
 
 
Antara gambar sebagai kenangan..;-)