Rabu, November 21, 2012

sambungan~sambungan~sambungan.....

 
 
okey,,laa ni,cek nak sambung lagi citer tentang penerimaan sedare mara cek tentang perubahan imej cek nih.sekitar bulan 7,keluarga besar aku merancang nak bercuti ke Janda Baik,Pahang..nak rehat-rehat katanya..jadi,bila hari itu semakin hampir,aku jadi risau.risau,bagaimana penerimaan mereka terhadap aku nanti?... 
 
sehari sebelum pulang ke kampung,dan bergerak ke destinasi percutian secara konvoi,aku berSMS dengan salah seorang sepupuku..anak pada mak ngah aku,yang aku panggil 'kak ina'..aku tanya la,apa pandangan dia kalau salah seorang dari ahli keluarga aku pakai purdah?..
 
dia : baguslah kalau macam tu..korang adik beradik pun belajar dalam bidang agama,kan?..ok la tu...
aku : erm..kak,,kalau kak lang nak tanye sikit boleh x?
dia : tanya la,,ape yang kak ina bleh jawab,kak ina jawab..
aku : kalau kak lang pakai pudah,okey x agak2?
dia : kak lang pakai purdah dah ke?..
aku : erm..haah..tapi sekarang ni kak lang tengah risau tentang family kita..takut dorang x dapat nak terima.:(
dia : alhamdulillah,,baguslah..erm..masa kak lang pakai tu,mak ngn abah macam mane?..
aku : mak ngn abah dah ok dah..dorang xde halangan pun..cuma ni la,,org risau laa takut2 mak ngah n semua adik beradik abah x dapat nak terima..

dia : kak ina rasa xde masalah kot..yang penting,restu dan persetujuan mak ngn abah..rasanya semua boleh terima..lagipun sebelum ni pun kak lang memang dah pakai tudung labuh kan?,,..so kak ina rase dorang bleh accept..

aku : risau la kak ina...dada ni dah berdebor-debor dah ni..

dia : x yah nak risau2 la kak lang..yang penting kak lang tau niat sebenar,kenapa kak lang nak pakai purdah..ingat,pakaian kita mencerminkan diri kita...

aku : insyaAllah kak ina..thanks ea kak sebab bagi sokongan..

dia : hehe..sebenarnya kak ina dah lama syak someting..sebab tengok DP facebook kak lang,gambar org pakai purdah..so kak ina agak kak lang mesti dah lama pakai..cuma x bagitau kat family kita jer..

(sebenornya x la lame sangat..aku baru pakai kott..mungkin sebab DP FB aku kot,yang buat dia anggap aku ni dah lama berpurdah..so aku diamkan jer..hehe jahat betul aku..:P )

so keesokan harinya bermulalah hari yang penuh debaran buat aku..dada ni dah tak teratur berdetak dengan kencang..(ceewahh,,da macam lagu dewa 19 plak rase..haha..*berdetak dgn lebih kencang spt genderang yg mau pulang~ ~..) ..okey smbung...so hari tu bertolak balik ke kampung..and selamat sampai pada waktu petang..esoknya,pagi2 lagi kitorang berkumpul di rumah mak ngah untuk taklimat ringkas tentang jalan mana yang patut diikut dan cepat sampai..heee prasaan aku mase turun dari kereta dan bersalam dengan makcik2 pakcik2 ku time tu memang cuak yang amat..memang aku x nafikan,semua yang memandangku terkejut dan penuh rasa pelik..tapi aku cuba buat2 biase jer dan terus duduk hampir dengan kak ina.fuhhh degupan jantung ni betul-betul bikin orang sakit jantung kott..berdegup laju dan kencang,sekencang-kencangnya..maksu aku tegur,

''kak lang,sejak bile pakai purdah ni?..makcu mase buat umrah hari tu pakai jugak..tapi yang 2 layer punye.sebab kat sana habuk dengan pasir banyak.''

aku pun balas sambil tersenyum,

''hehe lame dah makcu..dah dekat 4 bulan jugak la..''

perjalanan dimulakan,dan alhamdulillah selamat sampai di chalet di sekitar Janda Baik,Pahang..masa makan tengahari,paksu aku tegur jugak tentang pemakaian purdahku..

''x payah pakailah kak lang..kang susah nak makan nanti.''

mak yang kebetulan duduk makan disebelahku menyampuk,

''biarkan dia..nak sangat pakai,pakailah..''

aku xtau lah daripada percakapan mak tu sama ada nak membela aku ataupun berada di side pakcu..huhu tapi aku ambil yang positif,yang mak akan tetap menyokong aku..alhamdulillah,,penerimaan daripada mak dan abah yang paling aku utamakan..aku x kisah kalau family yg lain x suka..tapi bila tengok reaksi sedara mara aku,dorang boleh terima aku seadanya..walaupun mase mula2 tengok aku berpurdah,semua jadi senyap.nak gurau2 n gelak2 macam sebelum ni pun jadi kekok,,tapi sekarang,tak lagi.segalanya kembali normal..aku tetap aku..perangai gila-gila selamba yang ada padaku tetap xkan hilang dibawa pergi dek arus penghijrahan ini.hehe..yang penting,pekak kan lah telingaku ini pada mereka2 yang berkata buruk tentang niatku dalam penghijrahanku..heee...=)

Ahad, November 11, 2012

Ana Uhibbuka Fillah . . . . .

 
 

Melihat air yang mengalir di sungai ini, hatiku bertambah syahdu. Air yang mengalir, deru yang mengelus, bagai menemani sedihku akan sebuah kehilangan. Aku akan terus disini menantimu sahabatku, aku kini akan memenuhi impianmu...

"Luqman, apa yang kau buat?" Luqman tersenyum padaku. Air matanya tiba-tiba bergenang sayu, "aku isi permohonan sambung belajar di Mesir." Aku tersentak mendengar jawapannya. "Kau serius?" Luqman tidak menjawab persoalanku, aku bagaikan disimbah kehangatan pilu.

"Iqbal, ana uhibbuka fillah," 

Luqman menatap mataku, tangannya berhenti menulis.
Kalimah agung itu diucap lagi. Aku sahaja yang masih belum mampu menuturkannya. Aku tidak berani bertanya lagi, aku takut diriku pilu, aku takut hatiku tidak mampu untuk menerimanya.
Tiga hari aku tidak hadir ke sekolah, suhu badanku mendadak naik, mengangkat tangan pun aku tidak larat, apatah lagi mahu melangkah keluar dari bilik. Luqman juga tidak kuhubungi. Sengaja! Aku tahu, sakitku ini berpunca dari berita yang kudengar. Aduh, hatiku belum mampu menerimanya, pilu apabila memikirkan Luqman akan meninggalkanku. Air mataku menitis tiap kali aku memikirkannya.

Pagi itu apabila aku membuka mata, aku lihat Luqman terlena disisi katilku. Dia duduk di atas kerusi sambil kepalanya terlentok di birai katil, jemarinya memaut erat lenganku. Dinihari tadi, aku ada tersedar, aku lihat ada orang sedang sujud di hujung katilku, tetapi kepalaku terasa terlalu berat untuk ambil tahu siapakah dia. Lama dia bersujud, hingga aku terlena kembali. Luqman rupanya... aku cuba menggerakkan tanganku dan Luqman segera terjaga.

Tersenyum dia ke arahku, matanya bengkak, sungguh dia tidak mampu menyembunyikan tangisannya sepanjang malam. Mahalnya aku tika itu untuk membalas senyumannya.Dalam beberapa jam sahaja, suhu badanku semakin meninggi. Akhirnya aku masuk ke wad ICU kerana demam panas. Luqman langsung tidak meninggalkanku. Seminggu aku dirawat, seminggu itulah dia sanggup terlepas pelajarannya. Sungguh! Syahdunya saat itu.

Aku berlari keriangan, dalam genggamanku ada sepucuk surat. Sampulnya biru. Dari tulisan tangan di muka depan sampul surat itu, aku tahu siapa pengirimnya, aku tahu suratku berbalas, aku tahu dia membalas kirimanku. Aku hanya ingin mencari Luqman
.
Luqman kehairanan melihatku, " kenapa ni?" Aku lantas memeluknya. Lantas ku suakan surat itu kepadanya, "surat apa ni?" berkerut dahi Luqman. "Asiah Maisara balas surat aku," senyumku sampai ketelinga, tersengeh macam kerang busuk. "kau tak cakap pun pada aku yang kau bagi surat untuk Asiah Maisara?" aku menjawab soalan Luqman dengan hanya senyuman.Luqman sudah tahu tentang perasaan hatiku pada Maisara, tentu dia dapat mengagak apa isi suratku. Luqman menarikku ketaman, jauh dari orang. Aku masih diselubungi bahagia.

Luqman duduk di atas rumput, aku ikut serta, senyuman aku tiba-tiba hilang apabila aku melihat raut wajah Luqman yang sedikit tegang. Namun masih kelihatan tenang, sejuk hatiku.

"Iqbal, sahabat yang Luqman sayang, ketahuilah sayang Luqman kepada Iqbal hanya kerana Allah. Lama sudah aku ingin menegur isi hatimu, namun kupendam jua, mencari waktu yang sesuai. Sebelum kau buka sampul surat itu, dengarlah luahan hatiku.
Iqbal, yang kucintai, tidak salah menyayangi seorang perempuan kerana itu fitrah. Namun pabila fitrah disalah guna, jadilah ia fitnah. Fitnah itu ada bermacam-macam jenis, salah satunya adalah zina.
Zina itu dilaknat Allah. Zina pula ada bermacam-macam jenis. Zina hati, apabila kita merindui dan berkhayal orang yang kita rasa kita cintai, dan ajnabi bagi kita. Zina tangan, apabila kita telah memegang ajnabi, menulis kata-kata cinta untuk si dia juga dianggap zina tangan. Zina mata, apabila kita selalu memandangnya, bahkan menjelingnya. Nauzubillah.
Iqbal, sahabat yang kukasihi. Cinta yang benar-benar sejati adalah cinta Allah, kemudian cinta Rasul. Aku ingin mengajak kau bercinta bersama-sama denganku. Cinta Allah tidak pernah mengecewakan, cinta Allah selama-lamanya abadi."
Aku menitiskan air mata mendengar madah bicaramu, hatiku basah dengan linangan syahdumu. Dan bermula saat itu, kau mengajar aku mengenal cintanya Robbi. Aku membuka lipatan surat ditanganku. Kertas itu hanya dihiasi serangkap madah;

"Cinta yang kucari adalah cinta Ilahi. Hati ini masih belum benar-benar mencintai Ilahi, aku tidak rela meretakkan cinta yang kusulam dengan cinta ajnabi. Carilah cintaNya yang hakiki, nescaya kau tidak kecewa dengan duniawi."
–Asiah Maisara-

Menitik air mataku disetiap sujudku. Saban ketika aku terbayang gadis solehah bertudung labuh itu, yang menemaniku, sesalan khilafku.
Suatu hari, Luqman menghadiakanku Quran terjemahan sedangkan Luqman tahu aku sudah punya satu.
"Ambillah, ini pemberian dari orang yang kau cinta."
Aku anggap itu pemberian darimu, lantas kupeluk dan kucium, ku bawa kemana sahaja.
Saat itu, cintaku pada Asiah Maisara telah kucampakkan kepinggir hati agar dia tidak mencuri cintanya Robbi.

Tamat sahaja kertas terakhir SPM, Luqman menghulurkan satu borang kepadaku. Tersenyum dia menatapku, "Ini borang kursus dakwah dan tarbiah, dua tahun di Madarasah As-salasussoleh." Pakcik aku yang anjurkan. Tempat aku dan kau dah tersedia. Setujulah?!"
Dua tahun? Sempatkah Luqman menghabiskannya bersama denganku. Tawaran ke Mesir akan sampai sebelum itu. Tegakah?

Namun aku tidak berani bertanya, takut ke ICU lagi. Sejak peristiwa dahulu, Luqman tidak lagi membuka kisah ini, mengerti barangkali. Kami teruskan jua perjuangan di As-salafussoleh.
Luqman banyak membantu. Tika aku masih belum mampu bangun tahajjud, sabarnya dia mengejutkanku. Kadang-kala, tanpa sedar aku membentaknya. Aku jua tahu, dia memberi bermacam-macam alasan kepada pelatih, agar dia mampu membimbingku sendiri tanpa paksaan.

Menghafal al-Quran juga begitu. Kami sama-sama, tetapi dia lagi mudah menghafal dariku. Malah aku tahu sesetengah surah telah dihafalnya, namun dia sengaja mengulangnya berkali-kali dan tidak beralih kesurah lain, melainkan aku telah menghafalnya dengan fasih.

Luqman, betapa sabarnya kau membimbingku. Keputusan SPM keluar, tika kita masih dalam perjuangan. Keputusan Luqman cukup cemerlang. Aku tahu dia akan layak meninggalkanku untuk memenuhi impiannya ke Bumi Anbiya. Diam-diam aku mengisi borang permohonan ke sana. Aku ingin menyusulmu, walaupun bukan hari yang sama denganmu.

Suatu hari, tika Luqman tiada di biliknya, aku perasan akan surat itu dalam timbunan segala kitab. Seolah-olah Luqman mahu menyembunyikannya dari sesiapa sahaja.

-Surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar, Mesir-

Tersentak jantungku, apa yang aku bayangkan Luqman akan pergi meninggalkanku dibumi ini sendirian lagi. Namun ku lihat tarikh surat itu, 3 bulan yang lalu, dan tarikh yang sepatutnya dia bertolak ke Mesir adalah...KELMARIN.Terduduk aku disitu, lantas kusujud. Allah, Kau mengerti akan deritanya hatiku seandainya Luqman jadi pergi. Allah, aku tahu Luqman berkorban demiku, mengorbankan cita-citanya demi sahabat tercinta.

Aku kembali meletakkan surat itu di tempat asalnya. Aku tidak mahu Luqman tahu, aku tahu akan kisahnya. Aku tidak mahu Luqman tahu aku berkongsi derita sebuah impian yang tidak kesampaian.Ingin sekali aku bertanya mengapa dia melepaskan peluang ini. Tetapi, entah kenapa, aku tidak sanggup. Kupendamkan jua.
Sampailah suatu hari..
.
Selesai solat subuh Luqman menyalamiku, matanya sembap, aku tidak tahu mengapa, tangannya terasa beku. Luqman mendakapku.
Aku merasakan dakapannya memaut bahuku. Debar! Semakin berat dan semakin berat.
"Luqman?"
Kau tidak menjawab teguranku, badan Luqman seolah-olah menggelongsor dari pelukkanku.
"Luqman,"
Allahhu Akbar, saat itu jantungku, hanya Robbi yang mengerti.
 Aku sempat memautnya, aku terduduk, memangku Luqman, ku paut lengannya, aku biarkan dia baring di ribaanku. Luqman sempat tersenyum padaku sebelum matanya kian terpejam dan terus terpejam. Wajahnya pucat, bibirnya biru, namun raut tenangnya seolah-olah memujuk hatiku.
"Luqman, 
 bibirku bergetar, aku menggoncang tubuhnya, namun tubuh itu terus beku. Menitis airmataku, Luqman dikejarkan ke hospital.
Hancur luluh hatiku melihat derita Luqman. Sepanjang hari aku menemani Luqman, tidak sejenak pun aku tinggalkan. Solat pun di situ, makan sudah aku lupakan. Apa yang ada dihatiku, fikiranku, mataku, sentuhanku hanyalah Luqman. Sepanjang hari Luqman tidak sedarkan diri.
Pucat lesi wajahnya merenggut jantungku. Malam itu aku bertahajjud lama. Sepanjang doa yang kurintihkan, airmata yang menemaninya. Sepenuh pengharapan kuserahkan pada Ilahi, mohon agar dikembalikan Luqman kepadaku.
Esoknya Luqman mulai sedar, namun dia belum mampu berbicara. Apa yang dilakukan padaku hanyalah tersenyum. Aku tahu dia mahu aku tabah, tabah harungi ujian ini. Senyuman itu juga menunjukkan dia kuat mengharungi ujian ini.
Seminggu berlalu, Luqman kelihatan semakin pulih. Orang yang paling gembira adalah aku. Mulanya Luqman solat, hanya dengan gerakan mata, kini dia sudah boleh mengiring menghadap kiblat.
Saban malam aku sujud syukur pada Ilahi, ku mohon agar Luqman diberikan kesembuhan sepenuhnya.
"Iqbal!"
Aku tersentak, rintihanku disela teguran Luqman. Aku cepat menghapuskan air mataku. Segeraku hampiri Luqman. Tanganku spontan mengusap ubun-ubun Luqman. Allah, rambutnya gugur. Aku cuba mengawal reaksiku, kerana aku tahu Luqman sedang menatapku.
"ana uhibbuka fillah," 
 sayu suara Luqman menyapa pendengaranku, air mataku lantas mengalir deras di pipi Luqman tersenyum sambil air matanya turut mengalir. Aku lantas memeluk Luqman erat-erat, "ana uhibbuka fillah, Luqman."
Aku terasa Luqman membalas pelukkanku. "Itu yang pertama, kau ucapkan? Sudah lama aku menanti, bertahun rasa dan akhirnya..." ayat itu diakhiri esakkan. Aku menangis dan dia juga. Esakkannya semakin perlahan, "kau tahu..." katanya memulakan bicara. Aku melepaskan pelukan sedikit demi sedikit. "Aku dapat tawaran ke mesir," diam sejenak. "Dan aku tahu kau sudah tahu," airmataku menitis lagi. Aku tidak berani bersuara. 

"Tetapi apabila aku istiqharah, dalam sujudku, aku hanya nampak bayangan wajahmu, Iqbal. Kadang kau menangis, kadang kau ketawa. Setiap kali istiqharahku, bayangan kau yang menemani, aku jadi keliru, mengapa begini?"
 "Suatu malam aku bermimpi, kau dan aku di sungai yang selalu kita kunjungi. Kau kata, Allah tidak mahu aku ke Mesir, Allah mahu aku disisi kau, menemaniku. Kerana itulah aku menolak tawaranku ke sana. Aku tahu mimpiku petunjuk yang esa. Takku sangka begini akhirnya."

Air mata Luqman menitis, aku pantas memeluk Luqman kembali, dengan tangisan. Luqman berbisik padaku, 

 "esok bawakan aku ke sungai itu. Aku ingin bersamamu buat kali terakhir." 

Aku mengangguk lesu. Moga itu bukan kali terakhir.

"Aku punya satu permintaan lagi."
"Apa, Luqman?"
"temani aku dengan alunan al-Quran dan zikir dari suaramu, Iqbal."

 Akan ku tunaikan permintaanmu, Luqman.
Setelah mendapat kelulusan daripada pihak hospital dan memberi jaminan membawa Luqman kembali ke sini, aku dan Luqman akhirnya sampai jua ke kawasan air terjun ini. "kau tahu kenapa aku suka sangat kawasan air terjun ini?" Aku memandang Luqman, dia tersenyum menatap aliran air sungai yang mengalir. Ya Allah, betapa Luqman menyembunyikan derita sakitnya. Aku menahan air mataku dari terus mengalir, aku mahu Luqman lihat aku kuat.

"kau pernah beritahu aku, saban ketika kita berkunjung kesini. Kau kata kau suka dengar alunan zikir di sini. Kau suka dengar suara sungai dan air terjun ini mengucap tahmid kepada Allah, angin menderu mengalun tasbih kepada 'yang Satu' dan unggas yang bersama-sama denganmu melafazkan takbir." 

 Luqman senyum lagi, betapa senyumannya menyejukkan hatiku.

"Iqbal!"
"ya!"
"ana uhibbuka fillah"
"ana uhibbuka fillah aidhan."

Aku sudah kuat untuk membalas kata-kata itu dan aku kuatkan diri, supaya air mata ini tidak menitik ke pipi.

"Kau tahu, setelah Allah dan Rasul, kedua-dua arwah ibu dan ayahku...kau hadir saatnya aku kehilangan mereka...insan yang kucintai, setelah mereka, sepenuh hatiku, adalah engkau Iqbal!"

Menitis jua airmataku, tidak mampu kutahan lagi. Kupeluk Luqman seerat-eratnya.

"kerana kau jua kucintai sepenuh hati, Luqman"

Pulang dari air terjun, Luqman meminta untuk berehat, lantas Luqman tidur. Dua hari Luqman tidak sedarkan diri. Tapi doktor cakap keadaan Luqman stabil, Luqman sudah melepasi saat-saat kritikal. Itu sudah cukup membuatkan aku tenang.Aku sentiasa di sisinya, menunaikan janjiku, mengalun al-Quran. Kadang-kadang apabila aku penat, aku alunkan zikrullah. Sekali-sekala aku melihat Luqman tersenyum dalam lenanya. Penatku hilang, lantas ku sambung bacaanku.

Petang itu adikku datang, membawa surat yang sampai di rumah. Rupa-rupanya surat tawaran ke Mesir. Jadual penerbangannya lebih kurang 4 bulan lagi. Aku ingin memberitahumu, Luqman.
Apakah aku jua akan bekorban seperti mana pengorbanan yang pernah Luqman relakan?
Pagi esoknya Luqman membuka mata. Gembiraku bukan kepalang. Nampak sahaja diriku, Luqman tersenyum, dan perkataan yang pertama keluar adalah, "ana uhibbuka fillah, Iqbal."
Menitis airmataku. Luqman nampak segar, tiada kesakitan di wajahnya. Serasanya ada cahaya yang bersinar menyuluh harapan.Ku genggam surat tawaranku.

"Balaslah, katakan untuk kali terakhir."

Aku tersedu. "Luqman, ana uhibbuka fillah sepenuh hatiku."

Luqman tersenyum. "moga Allah mempertemukan kita di syurga."

Aku mengangkat surat tawaranku. Belum sempat aku bicara, Luqman sudah mula berkata, "bisikkan padaku syahadah." Aku tersentak, jantungku direnggut. Namun ku sembunyikan. Aku menurut, ku dekatkan wajahku ketelinganya.

"Terima kasih kerana menjadi sahabatku Iqbal. Yang aku cintai semata-mata kerana Allah." Menitis jua airmata Luqman di pipinya.
"Terima kasih buatmu jua sahabatku."

Luqman diam, matanya terpejam, aku mengalunkan syahadah di sisi telinganya, aku mendengar halus suara Luqman mengikut. Aku teresak.

"Asyhadu anla ilaha illallah waasyhadu anna muhammadar-rasulullah."

Kemudian suasana menjadi sunyi. Aku kembali berdiri. Entah bagaimana sinar mentari dhuha bisa mencelah masuk, menyinari ubun-ubun Luqman. Dan hembusan nafas terakhir kalinya meninggalkan aku. Aku terduduk. Semacam kudengar bisikan Luqman,

"kerana Allah bersama denganku, Allah jua di sisimu Iqbal. Pasrahlah."

Aku terima pemergian dia, insan yang kucinta. Sebentar lagi aku akan terbang menunaikan impian Luqman. Terbang untuk mendengar tasbih, tahmid dan takbir sungai Nil. Kupeluk erat Quran terjemahan yang Luqman hadiahkan.

"Masih erat ya, nta peluk Quran pemberian ana."

Aku tersentak, ku dongak, seorang gadis berpurdah berdiri di hadapanku ditemani seorang lelaki. Aku kenal lelaki disisinya, tentu gadis berniqab ini kakaknya, "Asiah Maisara?"

Aku nampak bening matanya mengecil, barangkali dia sedang tersenyum. "Boleh ana pegang Quran itu sebentar?"

Dalam kekagetan, aku menyerahkan Quran ditanganku kepada Maisara. Betul-betul didepan mataku, Asiah Maisara menyelitkan sepucuk surat dalam helaian al-Quran itu. Aku terkesima. Dia kembali memberikan Quran itu padaku.

 "Ana minta diri dulu," 

 dan dia berlalu. Aku membuka Quranku dan melihat tulisan pada sampul surat yang diberikan 'balasan surat ini adalah untuk surat yang nta beri waktu sekolah dahulu'.

Aku tersenyum, teringat kembali kata-kata Luqman, "ambillah, ini pemberian dari orang yang kau cinta." Aku memeluk dan mencium Quranku.

-Seperti yang nta tahu, ana adalah mahasiswi universiti yang akan nta jejaki. Telah ana ceritakan tentang nta pada Abi ana. Dua bulan lagi, kami sekeluarga akan mengerjakan umrah. Selesai umrah, abi ana akan menikahkan ana dengan lelaki pilihan ana. Dan lelaki pilihan ana adalah nta Iqbal. Semoga nta sedia menunggu ana disana, kerana ana yakin ana masih dihati nta. 
 -Asiah Maisara-

Ihsan daripada : Qalam Shauqah I luv islam . com

Khamis, November 08, 2012

cuti hujung minggu yang luar biasa...!

 
 
entri kali ni adalah rentetan daripada kisah di entri yang lepas...macam same??...macam jer,tapi x serupa..hehe..entri kali ni lebih kepada waktu cuti sem aku selama 2 bulan..macam boring ek citer aku ni..tapi aku tetap nak share..mana la tau berguna pada 1 hari nnti..:)
 
cuti hujung minggu yang luar biasa...!
sangat2 membuatkan aku rasa bersyukur.
kenapa??
erm masa hari khamis minggu lepas (10 mei 12) tu,aku diserang keracunan makanan yang teruk..paling teruk yang pernah aku kena.abah pulak  tak ada sebab pagi nye tu dia b'tolak ke penang,berkursus di sane.so abah dapat tau drpd mak la yg aku kena keracunan makanan.memang dah x larat nk bangun.makan pucuk jambu dan minum teh pekat pun x jalan...keluar balik...berdating lah aku dalam toilet sampai pukul 2 pagi.kesian sebenarnya kat abang yang susah payah keluar cari ubat malam2 buta kat 7E,pukul 12.00 tgh mlm pulak tu.sekitar jam 4 pagi,alhamdulillah ubat pun dah mula beri tindak balas yg baik.tak perlu lagi berulang-alik ke toilet lagi.cuma masih terasa lagi sakit di bahagian perut.so,pagi jumaat tu aku dah boleh buat kerja2 rumah seperti biasa.hampir tengahari,abah balik dari penang..! abah tanya aku dah elok ke belum..dari cara abah bertanya,penuh dengan nada risau dan terserlah sifat penyayangnya..Allahu Akbar..! gaya abah buat aku terpana sebentar.Allah..,sesungguhnya aku rindukan abahku yang seperti itu...Alhamdulillah..

petangnya,mak suruh kemas barang siap2,,nak balik kampung.
Ahh...aku mula risau..takut abah bersikap mcm sebelum ni...tapi aku buat mcm biasa je,,,so far,sepanjang perjalanan aku boleh b'interaksi dengan abah macam tak ade apa2 yg berlaku.abah semakin boleh menerima agaknya,aku berpurdah..sampai lah ke kampung,,dan kami 1 family berhenti makan malam di warung.abah xada pun perli2 macam sebelum ni..rileks je..betapa leganya hati aku...

memandangkan kami semua baru je sampai di rumah nenek waktu pun dah malam,,so kami masing2 mengambil peluang untuk merehatkn badan yg letih dek kerana  mengharungi perjalanan yg jauh..dalam sedang merehatkan diri tu,sempat juga aku dan emak berbual-bual memecahkan suasana yg suram dalam bilik tidur.

tiba-tiba mak cakap,''kak lang,abah kau tanya,,kau nak tak kalau lepas ni kau masuk tahfiz?.''..sambil melihat tepat ke wajahku..aku tergamam sebenarnya..mana mungkin aku mampu untuk menghafaz 30 juzuk?..tambahan aku bukanlah pelajar yg mengambil aliran agama semasa bersekolah dahulu.aku juga menghadapi masalah 'kuat lupa' sejak kecil hinggalah sekarang.perkara mudah,juga yg penting boleh membuatkan aku lupa semuanya..

lalu aku menjawab pertanyaan mak,,''bukan tak nak mak..teringin jugak nak melanjutkan pelajaran di bumi ambiya' macam akak.tapi kak lang x yakin dapat bawak aliran tu.ingatan ni x kuat untuk menghafaz''..
terus mak mencadangkan agar aku makan produk 'memo plus gold' untuk menguatkan kembali ingatan disamping usaha yang berterusan..aku hanya mendengar.meraikan..

petang sabtu tu,abah hantar mak ke kg.baru..so tinggal la kami 4 beradik kt umah nenek.aku dgn amin,adik aku on9 dalam bilik,,tiba2 dengar org bagi salam...kak ila rupanyer..baru nak keluar salam dengan dia,ternampak pulak suaminya,abg khir baru masuk..aisehh,,acaner nim?..nak keluar ke x ni?..nak pakai purdah ke x lau nak keluar bersalam dengan kak ila?..hati aku b'bolak balik huhu..aku tnggu lame sikit,bila tengok abg khir dduk kt luar,borak2 dgn acu...aku pun sarung tudung labuh n keluar salam dengan kak ila tanpa memakai purdah sebab aku sangka abang khir memang xkan masuk dalam rumah sebab dia tengah berbual dengan paksu aku di luar rumah,,,borak2 sikit Tanya khabar kak ila n main dengan nazihah wasilah,anak buah ku yang ke-2 yg semakin membesar...tiba2 abg khir masuk pulak...aku dah la x pakai purdah nk tutup muka ni...so sambil2 aku dukung nazihah,aku tundukkan muka aku nak bagi elak abg khir nmpak muka aku.aku pergi ke arah abangku yg tengah duduk2 bermain dengan muhammad,,anak buahku yg sulung,,sebelum lahirnya nazihah..erm,,rasa selamat la skit sbb abg khir duduk kt ruang tamu smbil tgok tv..smpai la kak ila n abg khir dah nak balik,aku tetap berusaha lindungi muka aku daripada terlihat abg khir..untuk pengetahuan,sedara mara aku belum lagi tahu tentang imej baru aku..jadi kerana itu lah aku sedikit cemas dan takut bila berhadapan dengan sepupu aku,kak ila dan suaminya..huhu...ape pun,syukur.Alhamdulillah..

aku menyesal sangat sebab aku masih belum mampu untuk melindungi wajahku dengan sempurna.sepatutnya aku pakai je terus purdah tu sewaktu keluar untuk bersalam dengan kak ila..Ya Allah..!
menyesal betul aku rasa..:'(

pagi ahadnya,dah tiba masa utk berangkat..nk pergi ke kuala pilah sebab abah ada urusan kerja kt sana.smpai sana dah tengahari..so kami singgah makan sebentar.macam biasa,kalau aku nak makan,aku akan tarik purdah kebawah sedikit.dan terus makan sambil menunduk.bila tengok abah rileks je,hati aku betul2 anggap yang abah mungkin dah boleh terima perubahan aku..sama jugak macam masa kitorang singgah R&R,makan di perhentian simpang ampat.aku makan depan2 je kot dengan abah.abah rileks jer....Ya Allah,,kekalkanlah apa yang aku hadapi tika ini...hati aku lapang menerima reaksi abah..lepas ni aku tak perlu lagi merasa sedih kerana mak dan abah merestui hasrat hati aku untuk berpurdah..
syukur Alhamdulillah…^_^

Rabu, November 07, 2012

Moga Perubahan Ini Kekal,Ya Allah...

 
 
setiap niqabis pasti ada kenangan pahit mahupun manis saat kali pertama mereka berniqab kn?..aku juga begitu..dan sangat2 teringin untuk aku abadikan perasaan itu didalam blog ini agar suatu hari nnti dapat menjadi contoh untuk adik-adik atau sedara seagama kelak....x kira la,panjang mana pun entri ni..heee..(syok sendiri je pon..)..:P
 
 aku sememangnya dah lama teringin nak pakai..sejak sekolah rendah lagi dah mula simpan hajat tu..memang x berkelip pandang bila berselisih dengan sape2 yang pakai purdah..mak pun faham sangat dah..ada jugak terlintas nak pakai lepas spm,tapi belum ada kekuatan lagi mase tu..tapi bila dah msuk kolej,sekelas,dan berkawan dengan orang yang pakai purdah nie,aku jadi lagi semangat..lagi tertarik untuk realisasikn impian aku ni..akhir tahun lepas kawan baik aku sendiri dah mula pakai..aku jadi makin x tenang.selagi aku x capai impian aku tu.mula la time tu aku buat kajian tentang purdah ni..pandangan 4 mazhab tentang pemakaian pudah,kenapa nak pakai,faedah & kebaikannya..bila balik rumah,aku banyak test buat purdah sendiri..walaupun banyak yang x jadi..huhu..tapi tu smua aku buat senyap2..mak ayah aku xtau pun mase tu...sepanjang awal bulan 2 tahun ni jugak,aku banyak curik2 mase jahit my first purdah...punya la tanak bagi budak2 bilik nampak,sanggup duduk kat katil tingkat atas dan jahit..time budak2 bilik balik cuti ujung mnggu,aku x balik..siapkn purdah tu..akhirnye,hujung bulan 2 aku nekad nak pkai..hati ni punye dupdap-dupdap,,masyaAllah...Allah je yang tau....
 
 
Akhirnya......:

Tiada apa yg dapat dibicarakan melainkan alunan kalimah 'Alhamdulillah' sebagai tanda syukurku kepada Allah atas perubahan yg kulakukan berdasarkan niat yg dipendam didalam hati selama ini.sudah lama aku inginkan untuk mengenakan niqab tetapi masa tidak pernah mengizinkan dek kerana aku hanyalah orang biasa saja.sekolah pun hanya beraliran sastera,bukanlah aliran agama.ilmuku tidak sehebat orang lain.pada masa tu,persepsiku terhadap niqab ialah hanya orang yang beraliran agama sahaja yg layak dan sesuai berniqab.tapi lama kelamaan persepsi aku berubah apabila bertemu dengan sahabat2 yang berpurdah,even bukanlah daripada aliran agama.
pernah aku luahkan kepada salah seorang sahabatku,Siti Bushra : katanya,
''bukan pelajar aliran agama je yg layak berniqab,malah semua orang yg bergelar muslimah juga boleh..bahkan amat digalakkan untuk seseorang muslimah itu berniqab.kita berhak untuk berniqab kerana itu adalah kehendak hati yang lahir dengan semulajadi.tiada siapa yang berhak untuk mempertikaikan atas perubahan kita...jangan jadikan 'tunggu bila sudah berilmu' baru hendak pakai niqab.ilmu xkan pernah cukup mar.sampai bila-bila pun xkan pernah cukup..cukuplah dengan mengetahui apa tujuan,kepentingan,hukum dan juga hikmah kau berniqab.dari situ kau akan lebih peka dan cuba untuk mencari ilmu dengan lebih giat lagi..''
Alhamdulillah,kata-katanya menyuntik semangat yang membuak dalam hatiku.aku semakin yakin dengan niat aku..
 
aku pakai mase nak balik ke rumah..smpai kat bustand larkin,aku fikir aku bleh la tarik nafas lega sebab xde orang yang kenal aku bila brpurdah..tiba2 kawan sekelas aku cuit bahu dari belakang..punya la t'kejut aku mse tu..dia pun sama..sebab bru kali prtama tengok aku pakai purdah...muka aku mase tu memang pucat dah...hati ni rase nak bukak purdah dan simpan je..tapi aku try rasionalkn diri..untuk apa nak takut,kalau niat kita baik?..kebetulan pulak kawan aku tu 1 daerah ngan aku..so kami naik bas yang sama..seat pun btul2 belakang aku..aku banyak kali pusing hadap dia n pesan kat dia,jangan citer dulu kat orang..sebab aku baru dalam proses blajar pakai lagi..dia cuma gelak jer tegok aku cemas semacam je....smpai kat depan rumah,aku tanggalkn purdah..sebab aku pakai pun senyap2..so aku xnak mak ayah aku nanti t'kejut dengan perubahan aku.tapi biasa la,,aku ni jenis x betah nak rahsia2 ngan mak..sebab aku memang biasa b'cerita dgn mak tentang ape je yang aku buat..aku try slow talk ngan mak..bagi hint skit2,tanya dalam nada berseloroh,,sama ade mak aku ok x kalau aku nk pakai purdah..
 
 mak aku cakap dia x kesah..tapi nak pakai tu jgn hangat2 tahi ayam je...biar istiqamah...tapi apa pun,mak mintak aku bagitau terus terang ngan abah aku...jangan rahsia2..tapi mase tu aku x ready lagi.bila mula cuti sem,aku dah xleh nak elak lagi..aku tunggu abang aku datang amek kat bustand segamat sebab nak terus ke umah pakcik bila smpai umah nanti..abang n adik aku pun terkejut bila tengok aku berpurdah..bila aku masuk je dalam kereta,abang aku tanye,sejak bila aku pakai..aku pun cerita je ngan dia..pastu aku tanya dia,dia x kesah ke kalau aku pakai purdah?..dia cakap,dia lagi suka aku pakai purdah..selamat dari lelaki kata dia..siap komen lagi,dia cakap nape aku pakai tudung purple ngan purdah hitam...x sesuai katanya...huhu...smpai umah,aku nekad nak terus terang pada abah,sebab sejam lepas tu dah nak gerak ke umah pakcik di melaka..xkan lah aku nk bukak purdah ni kn?..dgn takut2 aku pegi bilik tmpat abah akak slalu buat keje,aku mintak izin nk pkai purdah,boleh ke x...abah aku mcm marah..mata dia langsung x pndang aku..cuma tgok sekilas jer..lpas tu dia cakap dgn nada suara yg tinggi,

''kenapa sibuk2 nak pakai..org lain blaja agama jugak xde pun nk pakai purdah2 ni..jgn sibuk nak ikut orang je..kau fikir la sndiri..abah x larang..klau kau rase nak pakai,,,pakai...pandai2 kau la''..
 
pelan2 aku melangkah keluar dari bilik bacaan abah dan terus masuk bilik,menangis teresak-esak..sedih sgt2 sebab abah ckp mcm tu...aku sangka aku dah cukup sedia untuk berterus terang dengan abah,aku call kwn baik aku yg pakai purdah tu..dgn menangis tersedu-sedu aku citer kt dia..dia la yg bg semangat pd aku utk terus kuat..jgn mengalah..hmpir 2 mnggu abah aku diam..buat aku mcm xde je kt umah tu..mse tu mmg aku sedih sgt...aku banyak berkurung dlm bilik..tp keadaan jd berubah...mungkin Allah nk tunjukkan hikmahnya..hujung mnggu tu nk balik ke PD..mase nk kluar umah tu aku rse mcm takut2 je..so aku berdiri,menyorok tepi pintu rumah..sementara tunggu mak bersiap...tiba2 abah akak yg dlm kereta tu masuk dlm umah..dia sergah aku,
''haa kak lang,ape yg kau tercegat kt tepi tu?..kalau dah siap,masuk la cepat dlm kereta''..
huhuhu mcm nk gugur jantung ni kne sergah mcm tu...tp aku rase pelik la jugak,sbb dr cara abah  ckp tu mcm biasa je..xde nada marah @ dingin..mmg x putus2 kalimah Alhamdulillah dlm hati aku...mungkin abah dah mula utk terima agaknya..

sebelum smpai umah nenek,kitorang singgah makan kt warung..aku mse tu risau jugak sebab bru first time kluar mkn ngn family,mst dorang mesti akan tengok cara aku makan mcm mane...aku mintak abang aku dduk berhadapan ngn aku..alhamdulillah dia mcm faham ape yg aku risaukn,,,dia ikut je ape aku suruh..nsib baik dia badan besar,so lg mudah aku nak makan tanpa berpurdah..dia cover masa aku tengah makan,sbb aku tarik purdah ke bwh,smpai dagu utk mudahkan aku makan tnpa kotorkn purdah..Alhamdulillah,smuanya b'jalan lancar..abah aku yg dduk sebelah ngn aku pn rileks je..dah xde perli2 lg dah..Alhamdulillah,syukur padaMu Ya Allah...=)
 
 
insyaAllah entri akan datang aku nak story tentang macam mana penerimaan saudara mara aku pulak...=) 
 
 

Pernah suatu hari Rasulullah SAW pulang dari perjalanan jihad fisabilillah. Beliau pulang diiringi para sahabat. Di depan pintu gerbang kota Madinah nampak Aisyah r.a sudah menunggu dengan penuh kerinduan. Rasa rindu kepada Rasulullah SAW sudah sangat terasa. Akhirnya Rasulullah SAW tiba juga ditengah kota Madinah. Aisyah r.a dengan sukacita menyambut kedatangan suami tercinta. Tiba Rasulullah SAW dirumah dan beristirahat melepas lelah. Aisyah dibelakang rumah sibuk membuat minuman untuk Sang suami. Lalu minuman itupun diberikan kepada Rasulullah SAW. Baginda meminumnya dengan perlahan hingga hampir menghabiskan minuman tersebut.tiba tiba Aisyah berkata “ Ya Rasulullah biasanya engkau memberikan sebagian minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini
tidak kau berikan gelas itu?”. Rasulullah SAW diam dan hendak melanjutkan meminum habis air digelas itu. Dan Aisyah bertanya lagi, Ya Rasulullah biasanya engkau memberikan sebahagian minumanmu kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?”Akhirnya Rasulullah SAW memberikan sebagian air yang tersisa di gelas itu lalu Aisyah r.a meminum air itu dan ia berasa terkejut lalu terus memuntahkan air itu.Ternyata air itu terasa masin bukan manis. Aisyah baru tersedar bahwa minuman yang ia buat dicampur dengan garam bukan gula. Kemudian Aisyah r.a terus meminta maaf kepada Rasulullah.

Itulah sebahagian dari banyaknya kemuliaan akhlak Rasulullah SAW.Baginda memahami kesalahan yang dilakukan oleh isterinya, tetapi tidak memarahinya atau menasihatinya dengan kasar,apatah lagi memukul.. Rasulullah SAW memberi kita teladan bahawa akhlak yang mulia mampu kita mulai dari persekitaran  terdekat dengan kita.Terdapat sebuah hadits menyebutkan, “ Lelaki yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik akhlaknya kepada isterinya”. Semoga kita diberi taufik untuk mencontohi akhlak Rasulullah SAW.
 (kisahislami.com)

Selasa, November 06, 2012

Kisah Seorang Anak Di Dalam Rahim Yang Di Gugurkan ..

 
 
 
hari ni nak share sesuatu..sambil2 check news feed,terjumpa pulak satu status ni.....and buat aku tertarik..semoga bermanfaat pada semua ,terutamanya anak-anak gadis dan para wanita..insyaAllah..=)
 
 

Bulan 1:
 
Bu , panjang adik cuma 2cm , tp adik sudah ada dalam
badan ibu .. Adik syg ibu , bunyi degupan jantung ibu menjadi musik terindah yang mnemani adik di sini ..

Bulan 2:
 
Bu , adik dah boleh merasa jari jemari , disini terasa hangat bu , nanti kalau adik dah keluar , ibu janji nanti kita main sama2 ye ..

Bulan 3:
 
Bu , biar pun adik blm tau jenis jantina adik , tp apapun adik harap ibu & ayah bahagia apabila adik dilahirkan .. Jgn menangis ya bu , kalau ibu mnangis , adik juga ikut menangis ..

Bulan 4:
 
Bu .. rambut adik dah mula tumbuh , adik dah boleh menggerakan kepala ke kiri dan kanan ..

Bulan 5:
 
Bu .. tadi jumpa dokter ya , doktor cakap apa ..? Αpa benda D&E tu bu .? Αdik tak kan di apa-apa kan ya bu ..?

Bulan 6:
 
Ibu jumpa dokter tu lagi ya ..? Bu ,tolong bagi tau doktor tu , adik di sini sihat-sihat je ..! Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam ..? Benda tajam tu mula memotong rambut adik , bu tlong adik , adik takutt .. Benda tajam tu pula memotong kaki adik , sakiittt bu .. Walaupun adik dah tiada kaki , adik msih ada tangan yg boleh memeluk ibu .. Bu, kenapa benda itu skrg memotong tangan adik , ibu tolong adik .. Adik janji tak akan nakal-nakal dengan ibu .. Tapi , biarpun adik sudah tiada tangan dan kaki , adik masih ada mata & telinga untuk melihat senyuman ibu , mendengar suara ibu , tapi .. Benda itu skrg sdh mula memotong memutuskan leher adik , ibuuuuuu .. Maaf bu .. Beri lah adik kesempatan hidup , adik syg ibu , adik teringin nak memeluk ibu ..

Bulan 7:
 
Bu , adik di sini sihat-sihat je, adik dah berjumpa dengan Tuhan di Syurga , Tuhan telah mengembalikan semua organ tubuh adik yang dipotong benda tajam itu , Tuhan telah menyuruh bidadari menjaga , memeluk , memegang tangan , menggendong adik dgn lembut , dan lalu Tuhan membisikan memberi tahu apa itu D&E .. Kenapa ibu tetap melakukannya ..? Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik ..? Αpa salah adik bu ..? Ibu bertaubat ya , semoga Tuhan menempatkan ibu di sini , nanti kita main-main disini , dan jangan lupa , ajak ayah juga ya bu .. ♥


 
* terlalu cepatkah seorang bayi yang belum smpat di lahirkan ke dunia ini mendapatkan perlakuan sekeji itu dari ibu bapa kandungnya ..??? 
 
 
manfaatkan akal yang Allah kurniakan untuk berfikir dan menilai antara baik dan buruk,& halal dan haram.. renung semula,dari mana puncanya?..muhasabah kembali,kerana pintu taubat Allah itu senantiasa terbuka untuk hamba-hambanya yang inginkn keampunan daripadaNya..=)
 

Khamis, November 01, 2012

kesana,kesini,,tugas sedia menanti...

 
 
aih,kenapa la hari ni orang-orang seliling aku asyik nak marah2 jer ek?..abang cakap ngn aku pun kejap2 nak marah..padahal aku just gurau je,,macam x biasa pulak..uhuhu tecik ati aku..
 
pastu ade pulak call masuk dari nombor yg x dikenali..bila aku jawab,org tu bercakap mcm kete api..huhuhu laju nyer aih,,blurr sekejap..(bkn kejap,,sbb mmg sentiasa blurr pun)..rupanya dialah YDP Abim cawangan segamat..1 soalan maut telah dilancarkn kepada aku,,''kenapa x lapor diri pada sy bila awak ade di segamat..?"...uhuhuhu nada suara mcm marah..

sepanjang setahun setengah aku berkecimpung dengan persatuan,aku x penah tau pun yang setiap ahli kene lapor diri pada cawangan masing2 bila balik bercuti..huhu akak2 n abang2 ni pun xde pun bagitau..huhuhu mane la aku x blurr..org tu cakap,lepas ni kalau balik bercuti,just inform pada dia supaya kalau ada apa2 program yang memerlukan khidmat aku,aku boleh segera dihubungi...waahhh...terasa mcm orang penting pulak..hohoho...

bila diberitahu ada job menanti,dan program yang dibuat adalah program besar,menggigil aku dibuatnya..peserta dalam 400-500 org tapi fasilitator masih x mencukupi...wahh kacau....aku sendiri x menang tangan dengan tugas yg dah sedia ada ni...pluss,aku kena hadir ke Wisma Ar-Raudhah dengan kadar segera untuk membantu persediaan program tu,jumaat ni hingga ahad..masalahnya aku jenis yang agak payah untuk dapat keizinan keluar drpd parents...Nasib baik dia faham keadaan aku..jadi aku x lah rasa pressure dengan tugas2 ni..apa pun harap aku dapat turun padang sekali untuk berurusan dengan mereka.kalau x mampu pun,bantu dari jauh pun jadi lah...huhu ..

p/s : semoga aku istiqamah dalam setiap tugasan dan jawatan yang disandang dapat dilakukan dengan baik..Allah sedang menguji,maka sentiasalah berbaik sangka..insyaAllah aku mampu..:')