Sabtu, Oktober 27, 2012

Selami Jiwa,Hiasi Peribadi...

 
 
Alhamdulillah..rasanya belum terlewat untuk ku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA untuk smua sahabat yang singgah membaca entri ku yang tidak seberapa ni..hope smuanya sihat2 belaka.jaga lah kesihatan kita walau nafsu membuak2 untuk melantak daging korban yg siap dimasak enak..hihi..biar kita makan daging korban,jangan sampai kita yang terkorban..:)
 
Okey,sebenarnya petang ni aku nak share something yang insyaAllah boleh kita manfaatkan untuk diri sendiri..tadi ada tengok rancangan 'Selami Jiwa' ,Astro Oasis yang dikendalikan oleh Dato Dr Hj Fadzilah Kamsah..(bukan fadzilah kam to me yer..:P )..tajuk yang dikupas ialah Bahana Laman Sosial...lebih kurang gitu lah tajuknya..dan aku tertarik bila Prof Fadzilah Kamsah ni berkongsi sedikit info tentang 5 jenis syaitan yang mengganggu manusia..so terdetik pula nak share di blog..semoga bermanfaat...
daripada 5 jenis syaitan yang telah disebutkn oleh Dato Dr Hj Fadzilah Kamsah,aku tambah lagi sedikit..hasil daripada web yang aku search dari pakcik google...antaranya :
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :


1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahar
i
 
 
 
Wallahu'alam bissawab..:)

Tiada ulasan: