Sabtu, Disember 03, 2016

"TUNDUKKAN PANDANGANMU."

Seorang suami mengadukan apa yang dirasakannya kepada seorang Syeikh. Dia berkata:
1. Ketika aku mengagumi calon isteriku, sewaktu itu seolah-olah dalam pandanganku, Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.
2. Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat ramai perempuan seperti dia.
3. Ketika aku sudah menikahinya, aku lihat ramai perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.
4. Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari isteriku.
Syeikh berkata, "Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat daripada itu dan lebih pahit?"
Suami menjawab,"Ya, mahu."
Syeikh: "Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing yang berkeliaran di jalanan itu juga akan nampak lebih cantik di matamu jika dibandingkan dengan mereka semua."
Si suami tersentak, dan bertanya, "Kenapa tuan Syeikh berkata demikian?"
Syeikh: "Kerana masalahnya bukan terletak pada isterimu. Tetapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng, dan kosong dari rasa malu kepada Allah, tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan."
Rasulullah bersabda:
"Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang bisa memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat".
Jadi, masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan Allah.
Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia?"
Suami itu menjawab: "Ya, tentu sekali."
Syeikh: "TUNDUKKAN PANDANGANMU."

LIKU-LIKU PERTUNANGAN.



Fasa Pertunangan ialah fasa dimana ujian cabaran dugaan bakal pengantin perlu hadapi sehinggalah detik ijab kabul lafaz nikah oleh wali dan bakal suami.
Dari permulaan cabaran mencari tarikh pernikahan, faktor kewangan, kengkangan masa, persiapan majlis, gangguan emosi, tekanan daripada pihak-pihak yang bercanggah pendapat, hadirnya bekas kekasih, kejujuran, kesetiaan, keimanan, kesabaran diuji satu persatu oleh bakal pengantin.
Air mata fasa pertunangan adalah perkara biasa. Mengadulah kepadaNya. Mintalah ketenangan, kekuatan, jalan penyelesaian, kelancaran dan keyakinan untuk pernikahan ini.
Berjuanglah untuk jodoh ini. Kerana lelaki itu yang berjuang untuk membahagiakan, berkorban macam perkara untuk sampai ke gerbang perkahwinan demi menemani sang isteri sehingga akhir hayat.
Berjuang dan selebihnya tawakal kepada Allah SWT. Betulkan niat pernikahan ini, janji Allah SWT itu pasti. Semua urusan diperlancarkan dan akan dipermudahkan sehingga lafaz ijab dan kabul.

**credit pic from #AinulZehraaCollection

JODOH itu.......?



terbaca satu kisah yang menceritakan tentang bagaimana pertemuan dengan belahan jiwanya sejak dari zaman persekolahan menengah..maksud aku,kebanyakan orang tak pernah tahu macam mana cara dia bertemu dengan jodohnya..ada yang dulu waktu sekolah selalu bergaduh mulut..asal berjumpa je mesti nak bercakar..tapi alih2 bila masing2 dah besar,bila terjumpa sesama sendiri,ehh terus jatuh hati pandang pertama..same like dalam cerita tu,dia x pernah sangka budak perempuan kelas sebelah yang selalu menyapu sampah tu la yang jadi isteri dia..see?..takde siapa yang dapat sangka jodoh dia tu siapa....

pada aku jodoh tu adalah takdir Allah...jodoh tu satu suprise...sebabnya,kita tak tahu dengan siapa kita akan berpasangan suatu hari nanti.sentiasa tertanya-tanya siapa orangnya..dan kadang-kadang kita fikir bila kita dah bercinta,orang tu la jodoh kita sampai mati..tapi sebenarnya salah apa yang kita fikir tu..sama sekali salah..kadang-kadang Allah pertemukan kita dengan seseorang tu sebagai pasangan kita hanya untuk sementara waktu..cuba kita renung,berapa ramai wanita yang kehilangan pasangan mereka pada usia yang muda?..berkahwin hanya setahun dan tiba-tiba kita dapat tahu suaminya meninggal dunia?..ada yang berkahwin baru beberapa minggu tiba-tiba dikejutkan dengan berita kemalangan yang meragut nyawa insan tersayang...apa yang aku nak tekankan kat sini,tak semestinya kita dah berkahwin,pasangan kita itu lah jodoh kita sampai mati..kadang2 ada yang baru berkahwin tak sampai setahun,kehilangan suaminya akibat bercerai hidup ataupun mati,dan selepas hampir setahun hatinya terbuka untuk menerima insan lain sebagai suaminya yang sah...

dan kadang-kadang manusia tu diberikan ujian dari segi kehilangan orang yang tersayang..Ujian Allah itu bukan tanda Allah nak melihat hambanya itu sama ada mampu bersabar atau tak,kerana Allah itu maha Mengetahui segalanya.ujian Allah berikan itu adalah kerana nak menzahirkan (menampakkan) apa yang telah Allah takdirkan.umpamanya siapa hambaNya yang sabar,siapa yang tidak..siapa hambaNya yang beriman,siapa yang tidak....takdir Allah tak pernah salah.kerana Allah maha Mengetahui apa yang terbaik utk hambaNya..Allah dah tetapkan rezeki,jodoh,hidup dan mati seorang manusia tu sejak dari sebelum lahir lagi..

Khamis, November 17, 2016

REDHA SEORANG PENDIDIK.


aku pernah dengar tentang betapa pentingnya kita beradab dengan guru.dan ianya termasuklah juga menjaga hatinya agar tidak terasa hati dengan pelajarnya..jika seorang guru tu terasa hati atau tidak redha akan ilmunya itu,kau jumpalah dengan berapa banyak wali Allah sekalipun,sia2 melainkan kau meminta maaf dan redha seorang guru itu...aku tak ingat kat mana aku dengar perumpamaan ni,tapi aku nak highlight kan kat dalam post ni,betapa pentingnya nilai redha seorang guru tu dalam hidup kita.guru @ pendidik ni adalah ibu bapa kedua kita bila kita di sekolah/kat mana2 pun tempat belajar..jadi adab terhadap ibu bapa tu pun sepatutnya kita perlu aplikasikan terhadap pendidik/guru kita..

Teringat masa zaman diploma,ada seorang ustaz ni mengajar aku subjek Ulum Quran.Ustaz tau aku jenis yang lambat untuk tangkap apa yang diajarkan..yelah,pada aku yang tak ada asas agama yang kuat sebelum masuk kolej tu,memang susah untuk aku kejar..nak pulak la subjek tu kena banyak mengingat.tapi ustaz x pernah pinggirkan aku,sabar betul dia explain dan terangkan satu persatu..bila aku jadi bahan usikan dalam kelas,ustaz jugak la yang jadi back up aku..cara dia persis seorang ayah yang sabar melayan anaknya..buatkan aku percaya untuk luahkan masalah dan minta nasihat padanya..tutur kata dan senyumannya yang macam ayah2,buatkan hati yang ada masalah pun jadi lapang..sampai la aku konvo dan tamat belajar,dia tak lupa aku sebagai salah sorang student dia..budak cengeng la katakan..

tapi tu semua kenangan zaman diploma..bila dah beralih ke zaman degree ni,aku jumpa seorang pendidik yang ada karakter yang samaaa macam ustaz tu..tutur kata dia bukan kosong,tapi penuh dengan hikmah.baik dan tak pernah tinggi suara pada student..tapi sampailah satu ketika,ada pelajar yang ambil kesempatan atas kelembutan dan kebaikan dia.separuh gila dia cari dan contact pelajar tu,pelajar ni semata-mata untuk minta pelajar tu hantar assigment sebab markah x boleh keluar selagi markah tugasan x lengkap.lagi bertambah stress bila pelajar2 yang dididik jawab paper final dengan jawapan yang merepek ibaratnya seperti dia tak pernah mengajar langsung sepanjang 1 sem.

Naik sem selepasnya,Lecture ni mula menukar rentaknya dalam mengajar.dan juga lebih serius.aku tahu,kata beliau,rasa terkilan sebab pelajar jawab paper subjeknya seperti dia tidak pernah mengajar langsung.jawapan yang merepek.sampai jatuh sakit dan beliau menanda kertas soalan tu di hospital..kami semua la puncanya..sungguh,waktu aku dengar luahannya dalam kelas pertama semester baru tu,aku sedar ianya berpunca dari kami,pelajar-pelajarnya..rasa bersalah sangat dalam hati ni..nak rapat macam sem lepas pun rasa macam awkward..bila dalam kelasnya aku mula pasif,sebab aku rasa kerdil dan x layak sangat nak mengadap dengannya selepas apa yang berlaku sem lalu..

Betullah kata orang,hati mak ayah ni boleh perasan kalau ada yang tak kena pada anaknya.sama lah seperti guru-guru..dan,yup! aku juga seorang guru sebelum sambung belajar,jadi aku tau perasaan tu...Lecture tu rupanya lama dah perasan rupanya..katanya aku semakin jauh dengannya,tak seperti sem lalu.maka bermulalah sesi meluah rasa hati..bukan bercinta ea,..cuma aku rasa lebih dekat dan selesa untuk luahkan apa yang aku rasa tak kena mcm sem lepas..dan Alhamdulillah semuanya dah dijernihkan semula..rasa lapang je hati ni..bukan nak kata lecture tu tak redha dgn apa yang jadi sebelum ni sebab dia banyak kali kaitkan kami dengan pelajar kohort lain..tapi aku rasa ia lebih kepada luahan hatinya je,bukan sebab masih marah lagi ,,,

Maka benarlah,dalam Kitab Tuhfatul Murid ada tekankan betapa pentingnya adab terhadap guru..menerangkan dari sekecil-kecil adab sehinggalah ke sebesar-besar nya adab terhadap guru tu sendiri..

Khamis, Oktober 13, 2016

Rohani Juga Perlukan Makanan..

...
Keimanan diri kita yg sebenar akan dapat kita lihat bila waktu kita bersendirian..jangan pernah putus zikir dalam hati.ajar hati untuk terus lafazkan zikir walau x dizahirkan dgn mulut..
...
Perkara misteri @ mistik tu Kat mana2 pun kita x dapat lari..even Kat sekeliling kita pun ade je yang bersama kita,cuma kita ke x nampak sebab hijab yang menutup mata kita..
...
Apa pun, Alhamdulillah dapat ilmu baru hari ni..jangan ingatkan duduk2 saja gitu semuanya melalaikan..terima kasih sebab ajarkan aku sesuatu yg baru untuk aku belajar dan amalkan..
...
(Rabu , 12/10/16)

Isnin, Oktober 10, 2016

Mencipta memori manis zaman study...

...
Siapa sangka semudah ini membina jambatan persahabatan.. Daripada masuk ke kampus tanpa kenal seorang teman pun,hinggalah sekarang,sahabat2 mereka pun aku kenal baik.. Bukan mudah untuk aku baik dengan orang yang baru aku kenal,tapi mengenali mereka buatkan aku tak janggal nak zahirkan perangai aku yg sebenar.,malah aku rasa rapat dgn mereka..belajar,berjalan,makan2,ketawa dan melawak bersama..saling meminta maaf jika merasa bersalah,risau bila salah seorang dari kami sakit @ ditimpa masalah,sedih bila ada antara mereka yg ditimpa musibah,saling menegur jika ada yg buat kesilapan,concern bila ada yang stress dengan masalah sendiri, berkongsi hobi yg sama,saling membantu saat ada yg memerlukan bantuan....ibarat adik beradik dalam sebuah keluarga..
...
Namun, 
...
Akan ada suatu ketika kita pasti berpisah membawa haluan kehidupan masing2...mungkin ada yang meneruskan pelajaran lagi,mungkin ada juga yang telah mendirikan baitul muslim,malah pasti akan ada yang pergi x kembali,pulang ke dunia yang abadi...semoga silaturrahim yg terbina ni berkekalan walaupun suatu hari nt kita masing2 dah bergelar 'atuk' & 'nenek' ...
...
InsyaAllah... 

Khamis, September 08, 2016

Lumrah kehidupan.


Kadangkala bila mana kita rasa dah boleh untuk lupakan kenangan pahit hidup kita tapi setelah beberapa ketika,keadaan seperti itu kembali menujah dan menikam hati dan perasaan kita dengan torehan yang paling dalam sehingga luka yang lalu kembali membarah.........

saat itu kau seperti lumpuh.terasa betapa x mampunya untuk kau hadapi seorang diri,menahan sakitnya torehan luka lama yang berdarah kembali....

Kata orang, sekali kita jatuh tersungkur, bangkitlah kembali. Kutiplah sisa-sisa hati yang berderai itu lalu cantumlah ia semula agar ia dapat kembali bertaut...walau betapa banyaknya keretakan yang terlihat pada sisa hati yang sedang sakit itu, tetaplah engkau terus kuat..bangkit,dan bina kembali agar kukuh dan lebih utuh dari sebelumnya..


Selasa, Ogos 02, 2016

Road To Final Exam~!



Alhamdulillah berlabuh sudah tirai untuk hari ini.Selesai menjawab final exam untuk first paper semester ni.serius,semester kali ni x rasa macam nak exam langsung.mungkin terasa sekejap sangat sebab kami ambil semester pendek kali ni.masing-masing jadi malas dan x kisah langsung nak baca buku untuk exam.mana tidaknya,hari ni exam,malam semalam baru mengadap segala mak nenek punya nota.itu pun ade je  macam-macam yang jadi sebelum kitorang betul-betul dapat mulakan study group bersama.

ceritanya macam ni,kami plan nak turun makan di cafe je sebelum berkumpul untuk buat study group.yela,perut perlu di isi dulu nanti x bleh nak fokus study pulak kan~ hahaa :P ...lepas isyak,turun ler berkumpul kat depan pondok Guard hostel siswi tu.tiba-tiba bebudak bertuah ni dok mengajak makan kat luar pulak.teringin nak makan sup tulang kata dia.yela kan,sebagai  kakak yang baik,comel dan memahami,aku layankan jer.lagi pun Sem kali ni jarang dapat lepak sama-sama dengan dorang sebab terpisah kelas.

Haa,pi makan je pun,sampai hostel semula dah pukul 10 malam.entah bile nye nak mula study nye??..dalam jarak masa pukul 10  sampai 11 tu habis dengan menunggu masing-masing balik hostel nak ambik barang dan nota2 untuk di bawa ke masjid kampus sebab kitorang decide nak stay back dekat masjid je,study gamaknya..sebab masing-masing mengaku dengan jujurnya tak boleh nak study kalau ada kat hostel..banyak benda yang mengganggu perhatian,lebih-lebih lagi katil,dan movie yang ade dalam laptop tu...huh! godaan berat tau x...

pukul 11.30 selamat dah kitorang bawak keluar barang2 dan nota2 lepak dalam masjid.sementara tunggu yang lain-lain datang,ade la aku berbual hal personal dengan salah sorang teman aku ni..dan tak semena-mena keluar pulak topik nikah-kahwin ni...dah macam forum pulak kitorang dalam masjid tu bila sorang demi sorang join venture sekali berbual pasal topik tu..dan aku sure punya,kalau orang lain dengar mesti dia akan salah tafsir dengar kawan-2 aku ni dok bercakap pasal hiasan pelaminla,goodies,baju pengantin la,macam mana nak pilih warna bagi nampak seri pengantin,bla..bla..bla tu udah macam serupa wedding planner kott! (masa tu baru terasa banyaknya perkara yang perlu difikir dan dibuat segala persediaan untuk merealisasikan sesuatu urusan perkahwinan tu..dan aku hanya semakin bertambah blurr,risau,cuak pun ada..)...ade yang dah tidur,sampai terjaga dua,tiga kali pun x habis2 lagi topiknye...dan yang paling tak menahan tu,bercakap tentang topik tu je dalam x sedar masa bergerak laju daripada 11.30 sampai ke pukul 3 lebih...Ok,STOP!...masa untuk study..jam 5 pagi selesai cover bab2 penting yang lecture spot kan..lepas solat subuh kitorang balik ke hostel masing2 untuk bersiap sebelum mula menjawab exam pagi ni..
Dia punya mengantuk tu jangan cakap la kan..nak rabak mata ni rasanya..kalau ikutkan sempat je tidur kejap pukul 7 tu sebab janji nak gerak ke dewan exam pukul 8 lebih..tapi risau pulak kalau dah terlelap nanti terlajak sedar..gigih la menahan mata ni dari terlelap masa menjawab exam pagi tadi..kena pulak kertas soalan sikit punya tebal,1 halaman 2 soalan..50 soalan objektif siap dwi-bahasa lagi tu,memang mata ni rasa macam di dodoikan jer untuk lelap..tu belum jawab lagi soalan struktur..hahaa mohon bertabah ye Prof kalau tanda paper saya tu..>_< ...Tapi apa pun,alhamdulillah dapat jawab walaupun x tau jawapannye tu betul atau merepek...konvoi 3 kereta pi makan tengahari kat kampung sebelah..seronok bila dapat berkumpul ramai2,makan sama2...meriah dan rasa ukhuwah tu bertambah erat...
Dan yang paling penting,balik hostel tengahari tu qada' semula tidur semalam punya..^_^' ...harap paper terakhir rabu ni berjalan lancar dan dapat jawab dengan baik..lepas tu dah boleh la balik ;) ^_^ ...

Sabtu, Julai 30, 2016

Khayalan atau Realiti ?



          Minggu terakhir kuliah,pensyarah sibuk mengaturkan kelas terakhir untuk habiskan presentation,test dan tips soalan spot untuk final exam..dan dalam waktu orang tengah sibuk presentation,aku perasan ada seorang student ni muka dia saling tak tumpah dengan muka anak Mak Sal,arwah Iera..seriously,lama aku renung that girl mana la tau kot aku salah orang..tapi pada mata aku,memang muka budak perempuan tu ada iras arwah..dengan kecil molek badannya,bentuk hidungnya,senyum dia,..cuma matanya x sepet macam arwah...dalam diam2 aku snap picture dia sambil buat2 fokus pada presentation group dia..

         Dan antara percaya atau tak,group selepasnya pun ada seorang lagi student perempuan yang ada iras muka anak bongsu perempuan Mak Sal,Izzah...serius,aku ingatkan mungkin sebab aku ni kuat berkhayal dalam kelas sampai tengok muka orang lain pun aku boleh kata muka dia tu sama..pun sama,aku buat2 fokus konon2 dengar presentation dorang tapi sebenarnya aku snap picture budak perempuan tu..nampak seiras bila budak tu senyum..cumanya that girl lebih berisi sikit daripada Izzah anak Mak Sal..

         Entahlah,kenapa waktu tu aku boleh spontan tangkap gambar 2 orang student tu..ke sebab aku dah lama x ziarah Mak Sal sekeluarga sampai budak perempuan tu pun aku boleh terbayangkan ada rupa anak2 Mak Sal?..rasa macam nak bagi Mak Sal tengok gambar tu tapi risau pulak kalau Mak Sal jadi sedih bila terbayangkan arwah nanti...

**Patut tunjuk gambar tu ke tak eh?..aduii serba salah pulak rasa...

Sabtu, Mei 21, 2016

TIKA RINDU BERTAMU.


Makin di ingat,semakin rindu pada kenangan sewaktu belajar di marsah.saat aku mengenali siapa diri aku.mengenali sahabat2 1 kolej,keluarga besar kpij,belajar asas2 kefasilitatoran,belajar mengendalikan program dgn pelajar2 sekolah,belajar cara bercakap di khalayak audiens,mengenali keluarga THJ,belajar mengenal kitab2 muktabar secara bertalaqqi,dan macam2 lagi.

Jujurnya,aku sangat berterima kasih pada keluarga besar kpij yang banyak mendidik aku untuk tampil lebih berani dan yakin pada diri untuk bercakap dgn audiens,dan juga kreatif dalam mengendalikan program walaupun tidak lah sehebat mereka yg lebih senior.macam2 yang abang2 dan akak2 ni perkenalkan aku dengan style kpij.budaya 5S,jambori dan PMG,kenangan2 bersama adik2 marsah dalam berprogram,perkenalkan aku dengan keluarga angkat mereka,Mak Sal Dan Pak Hussin.sangat bersyukur,meskipun aku sering timbul dan tenggelam jauh dari mereka.

Tapi,semuanya berubah seiring dengan berlalunya waktu.aku semakin jauh dengan mereka,.dan semakin lama aku terasa segala ilmu2 kefasilitatoran yang aku pelajari daripada mereka semakin luntur dan luput dari ingatan.mungkin kerana aku sudah jarang mengaplikasikannya,aku jadi lupa.itu silap aku.tapi apa sebabnya?..biarlah cuma aku sahaja yang tahu jawapannya..mungkin kita ditakdirkan untuk mengenali dan menjalin ukhwah tapi bukan seperti dulu,kerana setiap orang ada pendapat dan pendirian hidup masing2.tapi tak bermakna kita bermusuhan kerana aku masih menghormati dan menyayangi kalian sebagai abang dan kakak yg selalu caring dan banyak memberi aku tunjuk ajar.mustahil aku x merindui kalian.

Aku selalu berharap semoga 1 hari nanti kita dapat bertemu dan berkumpul semula seperti saat pertama kali kita berkenalan.bertemu bukan atas nama jemaah,namun atas dasar 'ukhwah fillah'  yang selalu disebut2 saat kita sering bersama suatu ketika dahulu...Bila?..entahlah..bila sampai masanya kot..mungkin pada hari bahagia aku atau pun pada hari pemergian aku,siapa tahu kan?..

KEM KEDISIPLINAN MURID @BTN BENUT,PONTIAN


Nak pergi pun memang dah mcm survival hidup dah..sampai je larkin,udah mcm jejak kasih dah kitorang berpeluk sbb rindu sgt lama x jumpa,kan..then kak fika ajak pergi kedai kak kina di Masai.kebetulan kak uyul nk ke sana,so dia tunggu kami skali utk ke sana saing.memang langkah kanan sgt la kan,sebab aku pun berhajat jugak ler nak ke kedai kak kina tp sbb kan tambang nk ke sana mcm mahal,aku terpaksa tangguhkan dulu..dan memang rezeki aku sbb kebetulan kak uyul ada bawa sikit makanan,ketam masak sambal yang menjadi kegilaan budak2 dlm Familia THJ.so mcm biasa,sakan berjemah,makan dan bergambar berjemaah,sempat jugaklah aku capai sekotak Kopi Pak Belalang sbb lama dah x minum kan,..ok.selesai smuanye,kak uyul drop kan aku dan kak fika kt pondok bas terdekat sbb kami akn balik ke hotel larkin naik bas je,..
ni la kedai kak kina yang sempat aku,kak fika dan kak Uyul sekeluarga serbu.
Lain pulak citer nyer bila dah ade dalam bas.seat depan aku ade la sorang lelaki ni duduk dengan beg camping dia tu.aku syak mungkin dia ni orang luar dari johor sbb terdengan dia bercakap dlm phone dgn bahasa yang pelik.dia nampak mcm risau dan brp kali jugak dia pandang kami,.at last dia tegur kami,macam mana nak ke larkin.kak fika pun jawab kena salin bas selepas bas ni berhenti sbb bas yg dia naik ni x kan sampai ke larkin.musykil jugak kami sbb dia kata kawan dia cuma drop kan dia kt bas stand masai,bukan larkin.perbualan demi perbualan,baru kami tahu kenapa dia mcm x biasa dengan tempat ni..rupanya dia asal daripada Acheh,dan menetap di KL selama 6 tahun tapi baru 1st time datang ke johor sendirian.sbb kan kesian,kami ajak dia ikut kami memandangkan kami juga nak ke larkin.Alhamdulillah akhirnya sampai juga di larkin dan kawan dia pun dah ready tunggu dia.dia balik je,kami pun naik ke hotel yang kak fika dah check in.naik,rehat sekejap melepaskan penat,then turun balik utk cari makanan sbb lapar.menyanyah la kitorang pi 7E cari stok makanan.bedal jela ape2 pun,asalkan kenyang utk malam tu...tamat utk hari pertama aku di JB.....

Rezeki jugak la kan,bila ayah kak fika yg drive kan utk bawa kami ke BTN pontian tu.tempat dia gila jauh masuk ke dalam,bak hang!...tempat dia nyaman je,..dikelilingi dengan hutan,udara segar dan tumbuhan yang segar di sekitarnya..terima kasih kt kak fika sbb dia guna duit dia utk bayar tambang teksi kt ayah dia...adududuhh segan rasa..>_<...sampai je,kami terus ke dewan since dalam tu dah mula dengar suara ust Sufi bercakap melalui mic..Allah,cuak gila rasa sbb lama sgt dah aku x berprogram sejak tamat studi diploma 2 tahun lepas..Alhamdulillah,rasa mcm hidup semula bila dapat join program2 motivasi mcm ni..tetiba rasa mcm nak terlibat semula dgn aktiviti kefasilitatoran mcm dulu..
bersama trainer&faci yang awesome




Daripada slot indoor membawak ke aktiviti outdoor,semuanya awesome!..seronok aku tengok budak2 ni kena denda hahaha jahat gila aku ni..ekceli bukan ler aku ni dengki sgt suka tengok org kena denda bagai nih..aku suka bila tengok budak2 ni di training untuk jd lebih berdisiplin..part yang paling aku suka tengok bila dorang di dewan makan,ketuanya akan lead anak2 buah yang lain untuk baca doa makan sama2.dan lepas tu dia akan cakap,"jemput makan tuan,jemput makan puan,jemput makan cikgu,jemput makan kawan2,jemput makan semua"...setiap kali waktu makan dorang perlu buat mcm tu..pada aku,adik2 ni semuanya comel sgt walaupun ramai yang ada masalah kenakalan dan disiplin.tu baru bab makan,..

Aktiviti indoor yang aku paling seronok tengok bila dorang diperkenalkan permainan saham dan duit2 yang digunakan adalah daripada duit dari permainan Jutaria.memang kecoh la kan masing2 kumpulan berbincang dan bertekak dalam menetapkan berapa banyak jumlah yang mereka nak melabur saham.ada jugak yang berhutang hingga berjuta ringgit pada bank negara kerana menanggung kerugian dan x cukup duit untuk melabur duit lagi..selain permainan saham,ada juga slot 'Senam Penguin'.pertandingan sesama kumpulan utk melihat kreativiti mereka mencipta gerak gaya sendiri dlm melakukan senam penguin tu.kumpulan tersebut akan dinilai oleh guru2 mereka.serius kelakar tengok gelagat masing2.untuk aktiviti outdoor pulak,adik2 ni masuk ke hutan diringi oleh Pak Aduka,dari pihak BTN.kak fika x benarkan aku ikut serta sekali since keadaan tulang dan saraf aku yang x berapa nak ok,takut jadi apa2 yang lebih teruk..so aku hanya tengok dari jauh je perjalanan dorang masuk ke dalam hutan.so pagi hari kedua tu aku habiskan waktu dalam rumah je.langsaikan hutang tidur dan letih yang terlampau..jadilah,dapat lelap 2 jam..entah apa yang penat sgt pun aku x tau..mungkin side effect dari tulang dan saraf belakang aku agaknya punca aku terlalu cepat letih...tapi betul la,masin mulut kak fika.kak fika ckp nasib baik aku x ikut skali sbb aktiviti dalam hutan tu mmg lasak,dan mmg x sesuai dgn keadaan aku.dia pun mencungap kepenatan bila sampai rumah.

sebelum mula jungle tracking
Alhamdulillah,aku buat keputusan yg tepat utk join kem anjuran S4E ni..banyak yg aku dapat sepanjang 3 hari 2 malam tu.aku dapat ilmu mcm mana nak jd trainer,dapat jumpa dan kenal dengan penggerak S4E,Bro Shafiz,Bro Mizan..dan aku dapat jumpa dengan Awad yang selama ni hanya kenal dalam fb je sejak dia sekolah lg and at last dia jd salah seorang junior aku kt marsah..mmg rezeki betul..Alhamdulillah.

Isnin, Mei 02, 2016

KEM FARDHU AIN TEAMHIJRAH JOHOR 5.0

still remember about Group THJ (TeamHijrah Johor) pada entri yang lepas?..haa meh sini meh,nak habaq sat kat ampa...ni,THJ kali ni kembali semula dengan program terbaru...sriyes rugi kalau korang dah tau tapi x ada inisiatif untuk join sekali..
Jangan sombong jangan bongkak, ini kem untuk semua bukan cuma untuk budak..

Orang tua banyak main, sampai terabai ilmu fardhu 'ain..

Kalau anak tanya soalan agama yang paling asas masih terkapai-kapai, ajak kawan saudara anak isteri semua hadir ramai-ramai..

================

KEM FARDHU AIN TEAMHIJRAH JOHOR 5.0📚

Lokasi program:
•Universiti Teknologi Malaysia Johor
🗓Tarikh program :
•27-29 Mei 2016
👬Penyertaan:
•Terbuka kepada muslimin/muslimat sekitar Johor dan luar dari Johor.
💰Pembayaran :
•RM30.00
(HANYA BAYAR UNTUK MAKANAN/MINUMAN)-Lain-lain ditanggung.

📞 Untuk Pendaftaran Boleh hubungi:
+60 11 2751 9201 ( muslimin )
+60 12 762 8272 (muslimat )


Haa,ape tunggu lagi,? jommm mendaftar sekarang...jangan lewat2,sebab tarikh tutup pendaftaran hingga 20 Mei ni je...jangan salah sangka ea,Kem ni bukan hanya untuk budak2 sekolah je tau..ianya untuk semua had umur...Fardhu Ain ni benda wajib yang perlu kita belajar...masa ni lah nak serap ilmu daripada ustaz-ustaz yang hebat ilmunya..dan oh ye,...Kem ni bukan hanya untuk Anak-anak johor je...terbuka untuk seluruh negeri..kami yang dari Selangor pun insyaAllah akan turun ke johor...^_^

ok,malas nak membebel panjang,bukan korang nak baca pun hehe...jumpa korang kat Kem nanti ok..;) 

Ahad, Mei 01, 2016

selangkah ke alam kedewasaan



dalam kehidupan kita ni memang x boleh nak mengelak bila ianya berkaitan dengan jodoh dan kematian..
tiap hari akan ada berita 'si polan' tu meninggal dunia,orang tu jatuh sakit,..macam tu jugak dengan jodoh..terkilan juga sebenarnya bila banyak kali aku x punya peluang untuk hadir ke walimah sahabat2 yang menjemput..lain tau rasanya bila kita attend sendiri walimah kawan2 kita berbanding hanya wish dan tengok gambar2 kahwin di fb...

mcm baru2 ni straight betul tarikh yang dorang pilih,dah la tengah exam..ahahaha gerammm jek tengok kawan2 yang pergi siap bergambar lg dengan pengantin,kita kt sini struggle dgn exam..23 april,2 orang sahabat yg selamat mnjadi suami dan isteri orang..30 april,seorang lg sahabat Diploma selamat brgelar suami orang..makin meriah la Family Class 1 bila masing2 dah ramai yang kahwin ni...im such a happier person bila tengok gambar2 perkahwinan korang...uhuhuhu sedih tau x,bila kita semua masing2 dah mula membina keluarga sendiri.terasa rindu sangat segala kenangan2 manis kita wktu Dip dulu..zaman masing2 kepala masuk air,iftar sama2,konvoi bercuti sama2,konvoi beraya pun bersama..

sahabat se'praktikal pun nak deliver baby kedua,...cepatnye masa brjalan,...eh boleh x kalau nak ulang balik masa mula2 kenal dulu?...rindu sangat waktu tu...tunggu dalam beberapa tahun lagi then kita kena buat reunion member2 Dip nih...time tu masing2 mesti dah ada anak2,keluarga yang meriah dgn ragam anak2...ahh...x sabarnya <3

bila lagi dapat kita smua berkumpul lg mcm dulu?...T_T

Sabtu, April 16, 2016

Tanggal 15 April 2016

Alhamdulillah,jika teringat pada setahun yang lalu,pada ketika ini aku berada dalam keadaan dilema untuk membuat satu keputusan yang besar di dalam hidup aku buat kali pertamanya.Dan Alhamdulillah,berkat adik2 housemate yang pandai betul psiko aku untuk berfikir semula tentang suatu hal,maka dengan lafaz basmalah aku beranikan diri untuk memberikan jawapan muktamad,tanda positif...kini,genap setahun peristiwa tu..

ulang tahun kali ini aku tak mengharapkan apa2 selain doa2 yang ikhlas daripada mak abah,kluarga dn kwn2 untuk hidup aku supaya aku jadi anak yang boleh dibanggakan...ade jer makcik2 yang dah biasa dengan cara modennya dengan selamba bertanya,

''hepi befday kak lang...orang tu x bagi kek ke?..'' ...

so  aku ambil langkah selamat dgn berdiam diri,sbb nasib baik di tanya dalam group wasap family..sebenarnya nak je aku balas,''tanpa kek pun hari lahir kak lang tetap di ingati'..tapi atas rasa hormat pada orang yang lebih tua,aku diamkan je..hadiah utk hari lahir ni sebenarnya dah lama aku terima darinya,sejak 8 febuari lagi...pada aku,selagi tak di halalkan lagi,selagi tu masih ada tembok besar yang membataskan perhubungan...apa lah sangat setakat kek hari lahir kalau nak di bandingkan dengan nilai maruah mak abah yang tak ternilai harganya...tak dapat aku bayangkan kalau aku meraikan hari lahir ini dalam situasi yg makcik2 ni harapkan,mungkin mak dan abah adalah orang yang paling kecewa saat itu...

terasa usia kali ni rasa mcm tak seseronok seperti sebelum ni..usia kini kebiasaannya dah perlu fikirkan life goals masing2..x ada masa dah nak feeling2 bahagia mcm dalam fairy tale...realitinya selalunya x seindah fantasi..maka,berpijaklah di bumi nyata..semoga sempat untuk aku capai segala impian dan hasrat sebelum aku pergi buat selamanya..insyaAllah..

Ahad, Februari 21, 2016

Mudahkan,bukan Susahkan...

 
 
https://www.youtube.com/watch?v=j9EWpZqLf08 
 
 
lain orang,lainlah pandangannya kan?..dan kalau mengikut pandangan sendiri,for sure la seboleh-bolehnya nak buat dalam keadaan sederhana je tapi meriah...ramai yang kata,kalau nk buat majlis kahwin mesti kena ada pelamin,sesi menepung tawar,karouke,silat,geng2 kompang,acara bayaran tol,dsb....actually mostly nya adalah adat orang melayu..dan tak semestinya kita perlu ikut dan buat di majlis kita..bukan ke pengantin selalunya digelar dgn gelaran 'Raja Sehari'? maka biarlah Raja Sehariyang menetapkan apa yang mereka mahukan dan apa yang mereka tak nak ada semasa majlis berlangsung...siapa cakap majlis x akan meriah kalau tak ada bersanding,tepung tawar,karouke,silat,dll tu?.kan lagi molek kalau karouke tu digantikan dengan alunan lagu2 nasyid,selawat dan qasidah..sesi bersanding digantikan dengan sesi bergambar bersama keluarga dan teman2,tidak perlu pelamin yang serba mewah,bling-bling dan lip-lap,lip-lap bagai..sekarang pun dah ada pelamin DIY (do it yourself) yang jauh lebih murah,kreatif dan hasilnya yang sangat superb!...doorgift pun cukuplah sekadar bg manisan2 or telur rebus..bagi lawa2 pun sudahnya terbuang juga nanti..

sebenarnya kalau kita tengok balik la sesuatu majlis perkahwinan ni,banyak yang boleh kita potong dari list keperluan dan jimatkan budget..sebab tu perlu ada senarai keperluan sebelum tibanya majlis perkahwinan supaya ianya x jadi 1 pembaziran..contohnya macam link web site ni..dia siap list kan lagi apa yang perlu buat sepanjang dalam tempoh bertunang dan persiapan2 yg boleh dibuat sementara menanti hari perkahwinan..mana2 yg rasanya macam x perlu tu suka hati korang la nak ikut atau x..hehe..

http://sharifahluckiest.blogspot.my/2015/01/persediaan-perkahwinan-yang-simple-dan.html

conclusion nya,bijak lah dalam merancang majlis anda kelak...kalau nak yang grand2,terpulang..tapi jangan sampai menyusahkan diri..kehidupan selepas majlis tu la nanti yang memerlukan penggunaan duit yg lebih kalau nak di bandingkan dengan persediaan buat majlis yang gilang-gemilang tapi hanya untuk sehari jer..

***so,selamat ber'blog-walking' :)

Jumaat, Februari 19, 2016

......TanpaTajuk......

 
 
 
Seorang lelaki yang benar2 bersungguh 
untuk menyunting wanita sebagai suri di hatinya itu lebih baik 
daripada lelaki yang hanya bercinta bertahun-tahun 
dengan alasan untuk mengenali hati budi pasangannya.

Seorang lelaki yang berhasrat menikahi wanita itu 
kerana ingin melengkapkan sebahagian lagi agamanya itu 
tidak akan pernah mempersoalkan kekurangan yang ada pada diri wanita itu.
 malahan menerima dengan seadanya dan semampunya.

Seorang lelaki yang benar2 bersungguh untuk menghalalkan hubungannya 
tidak akan pernah cuba untuk mengambil kesempatan terhadap diri wanita itu 
kerna baginya maruah seorang wanita itu 
seharusnya dijaga dan dilindungi,bukan sebaliknya.


wanita itu....
Tercipta ia dari rusuk lelaki,
bukan dari kaki untuk di alasi…
bukan dari kepala untuk dijunjung…
tetapi dekat di bahu untuk dilindung….
dekat jua di hati untuk dikasihi….
engkaulah wanita hiasan Firdausi