Sabtu, Mac 22, 2014

Hitam Itu Menawan....~



fuhh tajuk entry je dah gempak..(kononnye la..:-P...)..hurm actually nak cakap tentang something yang aku dok perati je orang2 kita ni dok berleteaq laa ni..ape dia??..haa satgi laa citer...ni nak share citer sikit kat korang..(bajet2 jela ade orang baca post ni..prasan sendiri..>_<..)

malam semalam tengok drama di astro prima..tajuk nye Jubah Hitam...mengisahkan tentang seorang anak yang pergi belajar luar negara dan balik ke tanah air mengamalkan ajaran yang menyimpang daripada Islam..setiap hari berpakaian serba hitam,amalkan ritual yang pelik2,berzikir sambil menari,and so on..

haa ni la yang aku nak citer sebenarnya...*ok sambung...

then aku terfikir,orang2 macam ni lah yang menjadikan berpakaian serba hitam tu adalah SESAT semuanya.sedangkan muslimah yang memakai serba hitam tu tujuannya untuk melindungi diri dia daripada pandangan liar lelaki2 di luar sana..tapi tetap dituduh membawa ajaran sesat...aduhaii...sebabkan nila setitik,rosak susu sebelanga...sebabkan mereka2 yang wujudkan dan amalkan ajaran sesat,masyarakat pandang serong terhadap wanita yang berpakaian hitam daripada jubah,tudung dan niqab..mentaliti orang sekarang,asal nampak perempuan yang berpakaian serba hitam (lengkap berniqab) je,mula lah tuduh2,cakap terlibat dengan ajaran sesat bagai..

aishh!..pada aku muslimah yang berpakaian serba hitam beginilah yang paling bagus...berusaha melindungi diri mereka sebaik yang boleh,hanya untuk tatapan suami dan keluarga sendiri je..jangan la buat tuduhan melulu je..bukti pun xda,sesedap oren je menuduh orang terlibat dengan ajaran sesat..dan kalau betul pun,selidik dulu supaya jelas...kalau tersalah tuduh,x pasal2 kita pulak yang berdosa nanti...
so,buat muslimah2 di luar sana,..x perlu risau kalau nak mengenakan pakaian serba hitam..malah sangat digalakkan..jangan takut,jangan risau...bukan berdosa pun kalau kita berpakaian serba hitam...dan belum pernah dengar lagi setakat ni negara kita mengharamkan muslimah berpakaian serba hitam,kan?..so,gunakanlah tanpa was-was..^_^...

*Hitam itu menawan,okeyy...~..


Gambar Hiasan :
via
 Ukhti Asy-Syaqqi

Tiada ulasan: