Isnin, September 30, 2013

setiap KESULITAN pasti ada HIKMAHnya...

 
sedar tak sedar hampir seminggu lebih juga asrama dikejutkan dengan kes gangguan jin pada beberapa orang pelajar.sudah semestinya para ajk & ketua asrama menjadi orang paling sibuk membantu dan berusaha mengawal keadaan asrama agar tidak kecoh dan huru hara.
 
Alhamdulillah kini kami sudah mampu menarik nafas lega seketika lantaran berkurangnya gangguan2 tersebut.bila diingat,selama hampir 2 minggu di sepanjang gangguan berlaku kami x dapat tidur dengan lena,untuk memantau dan memastikan pelajar tersebut tidak diganggu pada waktu malam.
 
masih segar dalam ingatan malam 1st seorang pelajar mula terkena gangguan tu,aku  terlalu risau dan takut hinggakan aku x mampu untuk lelapkan mata.aku risau takut2 pelajar tu diganggu lagi waktu tengah2 malam.sebabkan terlalu takut,aku ambil keputusan untuk berselubung je dalam selimut pura2 tidur sambil dengar ayat2- Al-Quran yg dibuka menggunakan speaker dgn kadar yang perlahan.baru je mata aku Berjaya lelap,tiba2 selimut aku direntap.Allahuakbar...aku ingatkan pelajar tu yang rentap selimut aku,kot2 marah sebab aku pasang ayat suci Al-Quran..rupanya sahabat yg tidur sebelah aku yg tarik selimut aku.dia risau tengok pelajar tu dah mula duduk kat lantai sambil bersandar pada almari.aku rasa jantung aku waktu tu berdegup laju sangat2..serta merta badan aku menggigil,gigi bergetap dan terus menangis..aku x pernah rasa takut sampai tahap macam tu.dan waktu aku menangis tu aku x sedar dan x boleh kawal diri aku walau aku cuba untuk tenangkan diri aku.Allahu,terasa luruh semangat aku waktu tu..
 
malam2 berikutan gangguan terus berlaku.dan sudah beberapa kali kami panggilkan pelajar2 tahfiz yang menjadi perawat di Terapi Bil Quran (ustaz Arif & the geng) untuk membantu pulihkan pelajar tu tp masih sama..benda tu betul2 degil untuk keluar dari badan adik tu..
sampailah pada hari selasa malam rabu,adik tu diganggu lagi..kali ni bukan jin yang sedia ada dalam badannya,tapi jin yang datangnya dari sekitar pandan.jin yang aku kira minatkan perempuan cantik.aku balik je dari event kelas pukul 11 lebih tu,bilik aku dah riuh dengan suara jeritannya dan ust2 yang sedang berdialog dengan jin tersebut.sudahnya beberapa orang pelajar perempuan yang turut sama membantu,memakai niqab untuk mengelakkan jin tersebut Nampak wajah mereka (sebab jin tu suka pada wajah perempuan yang cantik)..hamper pukul 12 pelajar tu mula tenang dan sedar sepenuhnya.
 
hari rabu malam khamis kami panggil lagi ustaz arif & azfar untuk membantu..dan kali ni ada respon yang baik,..apabila Arif Tanya elok2 pada jin tu kenapa ganggu adik ni,akhirnya jin itu menjawab,dia masuk dan ganggu adik tu sebab adik tu lemah sangat,dia nak sampaikan niat adik tu..
 
cukuplah tu bercerita tentang ni..kalau nak cerita memang panjang,..tetibe rasa malas nak taip panjang2..belum tentu ade yang nak baca kn?..huhuhh...
 
apa motif aku tulis entri kali ni nak cakap tentang HIKMAH disebalik UJIAN yang berlaku.yup,memang banyak hikmahnya..
antaranya :
 
ukhwah antara ahli bilik bertambah erat,erat bilamana ahli bilik sama2 ambil berat dan saling risau-merisaui keadaan adik tu..selain tu aku nampak bila berlakunya kes ni,baru aku kenal apa itu SAHABAT..siapa sangka,orang yang selama ni riang tersenyum berkawan dengan kita tiba-tiba mula menjauhkan diri bila sesuatu yang buruk berlaku.itulah tandanya dia bukan orang yang sesuai untuk dijadikan sahabat.hanya mahu bersama bila waktu senang,tapi meninggalkan kita diwaktu kita dilanda kesusahan..sungguh,aku rasa sedih bila lihat rakan2 adik tu ada yang mula menjauhi diri hanya kerana kes dia diganggu oleh 'benda' tu.aku sedih sebab aku juga pernah alami situasi ditinggalkan sahabat bila tiba waktu aku dalam kesusahan..sangat perit,...semoga engkau kuat tempuhi ujian ini,adikku...hikmah yang lain yang aku dapat rasa,aku semakin mengenali dirinya berbeza berbanding awal-awal sem sebelum ni..aku hanya sekadar berbalas senyum dan bertegur sapa sedikit je dengan adik tu..almaklumlah baru2 lagi masa tu..aku agak kekok..dan sekarang ni bila berlaku kes ni aku tiba2 rasa yang aku juga perlu lindungi dia,menjaga dia..aku dah anggap dia macam adik dah..mungkin sebab tu la kot..
 
dan kini,
setelah 3 hari adik tu pulang ke rumah untuk berubat dengan ustaz kenalan ayahnya dari Darul Syifa',dia kembali sihat,dengan izin Allah..Alhamdulillah...sangat bersyukur bila lihat wajahnya yang ceria dan keadaan dirinya yang sudah semakin pulih...Alhamdulillah....terubat sudah rindu kami padanya sepanjang 3 hari ketiadaannya..
 
Alhamdulillah..semoga apa yang berlaku dapat dijadikan iktibar buat diriku dan semua yang membaca..
 
*sentiasa ingat 1 perkara, " kalau jin pun tahu dan bencikan perkara maksiat,xkan lah kita manusia yang lebih mulia dari jin ni xada apa2 rasa @ kesedaran langsung?.."
Wallahu 'alam....
 
#segala salah dan silap sepanjang pembacaan anda didalam entri ini ampun dan maaf dipinta...aku bukan orang yang mahir berkarya..apa yang aku tulis datangnya dari benak fikiran aku sendiri..sekiranya ada terasa hati,maaf sekali lagi dipinta..:)

Isnin, September 02, 2013

hanya coretan yang mampu diluah....

 
 
salam di keheningan malam...
tiba-tiba terasa nak coretkan sesuatu di sini..kata-kata yang tak terluah di mulut namun hanya terbias di dalam hati..
 
wahai,
aku hanya insan biasa.
tidak sehebat Khaulah Al-Azwar,
tidak setabah Sumayyah,
tidak sekuat Maryam..
 
namun,
aku berharap agar dapat menjadi seperti mereka.
yang tidak mudah jatuh tika diuji...
yang sentiasa teguh imannya..
dan
yang sentiasa berusaha sehabis daya mendamba cinta suci dari ilahi..
 
 
 
tika diri sudah selesa tenggelam dari tumpuan dan perhatian dari khalayak umum,
namun tetap juga masih ada yang berusaha menarik aku agar kembali ditumpui dan diberi perhatian..
maaf,
aku sudah sebati dengan cara aku..
berdiam diri itu lebih baik bagiku..
x perlu kembali menarik aku ke dalam kenangan yang lalu
kerana ianya amat menyakitkan..

Isnin, Ogos 26, 2013

Syawal datang lagi!!



Alhamdulillah,kita kini berada di bulan syawal..bulan yang penuh kemuliaan..dan rasanya belum terlewat lagi untuk aku ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada siapa2 yang rajin menyinggah blog ni..

pada kebiasaannya bila kita sebut 'cuti' je,pasti akan kedengaran ura2 jemputan perkahwinan dari teman2/ahli keluarga/jiran2..dan memang betul,...sempena hari raya puasa ni,kolej di tempat aku belajar mengambil cuti selama 2 minggu utk setiap para pelajarnya juga staf2 dan pensyarah..maka berseronoklah aku melewati hari2 cuti dengan seronok tanpa menghiraukan assignment yang berlambak dan presentation beberapa subjek yg setia menunggu..huhu..tp yang paling2 best bila dapat tahu 2 orang teman aku bakal melangsungkan walimah mereka dalam tempoh 2 minggu tu..seorang di mersing (3 syawal) dan seorang lagi di tangkak (10 syawal)..tp aku hanya berpeluang utk hadir di walimah sahabat yang berada di tangkak je.(jadilahh,drpd x dpt datang langsung kan..)

Masya Allah,excited tengok senyuman bahagia yang terukir d wajah mereka di hari walimah masing2..cemburu??..HARUS LAHH...bukan cemburu pada orangnya,tapi cemburu sebab jodoh diorang sampai cepat..Alhamdulillah,aku tumpang gembira dengan mereka..tapi,serius cakap...masa duduk berbual dengan pengantin perempuan yg merangkap sahabat aku tu,memang terdetik dalam hati ni,"agaknya bila tiba giliran aku?"..tapi cepat2 naturalkan balik rasa tu..pada aku,mungkin belum waktunya lagi untuk aku fikirkan tentang jodoh..dengan keadaan diri yg masih kosong,x berilmu..

tapi walau apa pun,tahniah pada kalian...semoga ikatan suci kekal selamanya,di berkati dan di redhai Allah semestinya..:)

walimah sahabat di ledang,muar...(jannah & suami)

walimah rakan sekuliah & sekelas.di mersing,johor..(kak hamizah & suami)


Isnin, April 15, 2013

Warkah Ulangtahun Kelahiran...


Sanah helwah ya Maryam,
sanah helwah ya Maryam,
sanah helwah ya Maryam.
sanah helwah ya Maryam..

*(x ade orang sudi nak nyanyikan untuk kiter...nyanyi utk diri sendiri pun jadi lahh)..hehehehe gedik lah pulak rasenye... :-P )
Alhamdulillah,
terlalu tinggi rasa syukur ku ini ku panjatkan kepadaMu ya Rabbi..
syukur yang teramat kerana Engkau sudi memberi aku merasai nikmat hidup di dunia sehingga hari ini.
semoga setiap nafas yang ku hirup saban hari mendapat keredhaan daripada-Mu,insyaAllah..
juga,
semestinya se'infiniti' ucapan terima kasih kepada emak dan abah (En.Abdullah Abd Latib & Pn Suzanah Ahmad) kerana,tanpa mereka berdua maka tidak akan lahirlah aku ke dunia..:')
*tajuk entri tersangatlah over..*sila jangan menyampah dengan saya selepas ni ~...hihihihikk ^_^

15 April 2013..

tarikh keramat yang sering ku tunggu-tunggu saban tahun.*kebiasaannya orang sekarang kalau boleh xnak ingat hari lahir mereka kerana sedar umur mereka semakin meningkat menuju kedewasaan..konon nak muda sentiasa la tuh..tapi tidak diri ini...

teringat semasa bertaaruf bersama para sahabat yang lepas,aku tersangat excited untuk menunggu kedatangan 15 April,secara tidak langsung menggenapkan umurku kepada 20 tahun..rasa pelik??...hehe x pelik pun sebenarnya..entah,aku pun xtahu kenapa aku terlalu seronok menanti umurku genap 20 tahun.
*(konon-konon bajet diri dah mula nak dewasa la kot..huhu)...
ehehe aku memang pelik,so what?...:P

menyedari umurku sudah pun menginjak 20 tahun,aku kian sedar betapa hidup ini terlalu singkat sebenarnya..terlalu singkat...kerana kita sendiri tidak tahu berapa lama lagi Allah sudi pinjamkan nikmat hidup di dunia ini.dan berapa banyak amalan dan ibadat yang telah kita lakukan sepanjang kita hidup di dunia,dan berapa banyak pula dosa-dosa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita?...Allahu Allah....
semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa yang pernah aku lakukan sepanjang kehidupan aku berjalan selama 20 tahun ini.

umur dah makin dewasa,maka aku berharap tahap kematangan diri juga bertambah..biar semakin positif,positif,dan positif,,insyaAllah...

tersangat-sangat berterima kasih dan bersyukur kepada Allah kerana telah mengurniakan sahabat-sahabat yang penyayang dan sangat baik,yang mukminah dan solehah,insyaAllah...ya,itulah hadiah yang amat bermakna kepadaku..semoga ukhuwah yang terjalin akan sentiasa kekal mekar abadi,harum subur di hati.insyaAllah..(aicehh,,dah macam lagu BPR pulak rasenya...Harum Subur Dihati..hohoho... :P


juga tersangat terima kasih pada ucapan-ucapan hari lahir baik melalui sms,mahupun facebook..*yang paling best bila ramai yang wish siap doakan cepat dapat jodoh lagi tu..hahahaaa semputt ~ ..but i like!..haha *terserlah ke'miang'an di situ.. :-P..

apa-apa pun,

terima kasih,daun keladi..tahun depan,wish dan doakan la lagi...hihihihikk ^_^
~ JAZAKALLAHU KHAIRAN KATSIRAN ~ :-D

Selasa, Mac 19, 2013

Gathering Group "ALL ABOUT PURDAH,NIQAB & BURQA'

 
 
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah akhirnya saat paling manis yang ditunggu-tunggu menjelma dan sudah pun berlalu saat-saat manis itu..Betapa eksaited nye hati untuk bertemu dengan 3 orang kakak yang selama ini hanya bertemu di muka buku...*bukan cinta muka buku eak..: - P
 
Trip 3 hari 2 malam di Kuala Lumpur nyata memang amat seronok..kalau nak diceritakan semua yang aku dan mereka lalui bersama komfem la panjang berjela entri ni..tapi seperti biasser,- AAK - (Ade Aku Kesah??)..hehe..xde3...x kira,nak citer semuanya jugakk..xde orang nak bace pun xpe..hehe *syok sendiri pulakss...