Isnin, Oktober 29, 2012

Penghijrahan menjanjikan ketenangan,insyaAllah Taala..

 
 
Sejak group niqabis yang aku join bertambah ceria dan riuh dengan kakak2,adik2 dan sahabat2 lain,tautan ukhwah antara kami juga bertambah erat.terutama nya dengan 3 orang kakak yang paling ngam dan senget,sama macam aku jugak..hahaha..kak faten,kak kina & kak faizah a.k.a iz squidwood..ade je idea n kata-kata mereka yang mencuit hati..geli hati,usus,buah pinggang n pancrease dibuatnye..Dok sengih dan gelak sorang2 depan lappy baca komen dorang,,terasa macam diri dah x brape nak betol pun ade..wahahaha...
Tapi aku tanak citer tentang dorang..mungkin di entri lain yang akan datang,akan aku perkenalkan mereka seorang demi seorang...hari ni aku nak share tentang kronologi penghijrahan salah seorang dari 3 orang kakak-kakak ku yang tersayangssss tu...nama dia kak Faten..aku dah mintak izin awal2 lagi kat kak Faten untuk share kisah dia..niat aku just nak share dengan sahabat2 yang mana masih lagi mencari-cari cara bagaimana untuk melakukan perubahan dalam penghijrahan diri...so,this is it..!..=)
 
 
 
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
 
 
 Saya mula pakai tudung bila dipaksa oleh zauj saya utk memakai tudung pada majlis resepsi perkahwinan kami pada tahun 2009. Dengan hati yg memberontak saya cuba menolak arahan zauj saya tu. Dengan penuh kasih zauj saya berkata pada saya dgn lembut,"Sayang dah mengheret ayah serta adik beradik lelaki syg sekali ke neraka sebelum ni.Sayang sedar tak?Untuk itu saya berasa sgt sedih sbb bapa syg dan adik2 syg tidak sepatutnya ke neraka atas dosa yg syg lakukan.Jadi saya minta sedikit perikemanusiaan dari syg utk tidak heret saya juga ke neraka.Bukan ke kita kawin ni atas dasar kasih dan sayang jugak?" Dengar ja kata2 zauj saya itu, teruslaa saya terdiam dan mmg tak memberontak lagi dah...Haha..Betullah apa yg org kata.Dalam keterpaksaan itu akan lahir perasaan ikhlas jugak....Alhamdulillah,sekurang2nya saya dah cover rambut saya. Dan mulai hari tu saya pakai tudung dengan rela hati tapi still belum menutup aurat dgn sempurna.

  Kemudian,pada satu hari sekitar awal tahun ni,saya pulak tersalah beli tudung.saya terbeli tudung yg besar.sgt besar,cover dada.Bila saya balik baru la tersedar dah tersalah beli tudung...nak taknak kena laaa pakai kan.nak pi tukar balik kat kedai mmg dah malas dah.kalau x pakai,rugi pulak duit kan...Jadi,saya pon try la tudung besaq tu....Pastu,the moment saya pakai tudung,berasa satu perasaan yg sgt indah.saya rasa selamat,terpelihara dan sangat tenang.Entah mana datang perasaan tu,Wallahualam..Saya yakin ini adalah hidayah ALLAH...

  Saya pon pi la dok buat catwalk depan zauj saya,tanya dia lawa dak i pakai camni?Zauj saya pon senyum tgk saya and ckp mcm ni la lagi bagus...Alhamdulillah...
Tapi time tu saya x pakai lagi stokin dgn handsock...baju pon banyak lagi yg x menepati kehendak Islam...

  Dari tudung,saya mula tukar baju2 dan seluar saya.Mula la saya beli t-shirt Muslimah dan seluar palazzo tu...seluar yg besaq tu...

  Pastu ada satu hari saya keluar dgn zauj saya pi KLCC...Tetiba saya rasa tak selesa pulak tak pakai stokin...saya pon ajak la Zauj saya pi beli stokin....time tu xda stokin yg tebal.semuanya stokin nipis yg nampak kaki jugak tu.saya beli 3 pasang and saya pakai ketiga2 pasang tu baru la x nampak kaki.saya tanya lagi Zauj saya,"Ok tak u?"
Zauj saya jawab,"Ok sgt syg.u're better like this!"
Saya pon senyum meleret...

  Satu hari di tempat kerja,saya dok layan FB...pastu terbuka page sahabat saya,shikin-Jubah Abaya Sifu...Dia jual jubah, handsock and stuff...Saya pon terus laju je sms Shikin and order handsock Naruto tu...Bila dah dpt handsock tu,saya cuba pulak pakai handsock bila keluar...Dan saya terus istiqomah pakai stokin dan handsock.

  Pastu, saya rasa x selesa pulak pakai mcm ni...walaupun time tu saya dah pakai t-shirt muslimah and seluar besar...saya mula la nak tambah koleksi jubah saya.yg dah sedia ada dlm almari baju,ada 2 helai jubah hitam and sehelai jubah warna purple.jubah2 tu pon jarang2 saya pakai.saya pon start pakai jubah bila keluar dgn tudung...time tu saya dah beli lagi 2 helai tudung size besar tutup dada. Saya pon ajakla zauj saya pi cari jubah hitam...kebetulan pulak saya ni mmg suka pakai baju yg warna gelap2...especially hitam.jadi mudah lah saya nak beli jubah ni.tapi,banyak jubah yg dijual kat ledai tu bersifat Tabarruj...ada manik2 colorful yg sgt cantik....tapi,zauj saya ckp, "jgnlah beli jubah yg mcm ni..menarik perhatian org utk tgk baju u tu...secara tak langsung tgk u skali...kan dah dpt dosa free tu..." Kebetulan pulak saya tertengok page fesbuk shikin jubah abaya sifu ada jual jubah abaya plain yg harganya bagi saya sgt murah...dan menepati kehendak saya.saya pon beli la few jubah dari shikin. Mulai sari saat tu,tiap kali saya keluar atau pergi kerja,saya pakai jubah....

  Satu pagi di suatu hari, saya tiba2 tertanya2 kenapa ada setengah org pakai purdah?Apa hukumnya? Apa rasionalnya? Dan apa impactnya pakai purdah ni kepada seorang Muslimah?Saya mula tertarik dgn keindahan berpurdah...Saya mula tertarik dgn kelebihan2 si pemakai purdah...
 Saya mula berfikir2 utk berpurdah.Satu hari,saya main2 kat dlm bilik,saya pakai tudung and cuba2 letakkan sehelai kain atas muka saya. Subhanallah.perasaan itu tersangatlah indah....Saya pon buatla catwalk sekali lagi depan Zauj saya.Saya tanya dia,"Kalau i pakai camni,u nak jalan dgn i tak?Ke u malu?"
Zauj saya senyum and dia ckp, "nak malu apa.u bukan bogel pon..elok la camtu..."
Pastu zauj saya sambung lagi, "tapi sebelum u nak pakai tu,u kena fikir jugak mcm2...as in consequences,impact and pandangan org.Also what wid my parents say about me wearing a niqab.

  Saya mula tgk video2 kat Youtube mengenai niqabis...baca blog2 mengenai niqabis... Dan baca laaa kisah2 depa ni semua...dan saya tanya jugak kat shikin pengalaman dia berpurdah.mcm mana dia makan dan mcm2 lagi.

  Satu hari tu saya sms mak and tanya kalau saya pakai purdah,mak and ayah boleh terima dak?Alhamdulillah,depa boleh terima.cuma depa risau kalau2 saya tak boleh tahan dgn dugaan yg mendatang and saya x istiqomah...

  Dan pada satu hari yang indah,entah dtg dari mana kekuatan utk pakai niqab bila saya nak keluar dgn zauj saya,for the first time in my life,saya pakai niqab pi keluaq dating dgn zauj saya.....Subhanallah....Such an extraordinary feeling....Rasa sgt tenang dan sgt dekat dgn ALLAH. Ada satu mlm tu saya pegi rumah shikin nak ambil jubah,pastu terkejut dia tgk saya pakai niqab.Masa on the way balik rumah,shikin sms saya said "you look great in that niqab!"

  Dan ALLAH pertemukan saya pulak dgn group niqabis kat FB...Dapat ramai kawan baru dan Alhamdulillah,seronok berkawan dgn sahabat2 semua...sambil kita berkongsi ilmu...

Alhamdulillah...dan kini,saya adalah full time niqabis.... (minus time kerja)
 
P/S : untuk kak Faten,tengkiu so much coz benarkan mar kongsi citer akak..semoga bermanfaat untuk semua yang membaca..=)

 

Sabtu, Oktober 27, 2012

Selami Jiwa,Hiasi Peribadi...

 
 
Alhamdulillah..rasanya belum terlewat untuk ku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA untuk smua sahabat yang singgah membaca entri ku yang tidak seberapa ni..hope smuanya sihat2 belaka.jaga lah kesihatan kita walau nafsu membuak2 untuk melantak daging korban yg siap dimasak enak..hihi..biar kita makan daging korban,jangan sampai kita yang terkorban..:)
 
Okey,sebenarnya petang ni aku nak share something yang insyaAllah boleh kita manfaatkan untuk diri sendiri..tadi ada tengok rancangan 'Selami Jiwa' ,Astro Oasis yang dikendalikan oleh Dato Dr Hj Fadzilah Kamsah..(bukan fadzilah kam to me yer..:P )..tajuk yang dikupas ialah Bahana Laman Sosial...lebih kurang gitu lah tajuknya..dan aku tertarik bila Prof Fadzilah Kamsah ni berkongsi sedikit info tentang 5 jenis syaitan yang mengganggu manusia..so terdetik pula nak share di blog..semoga bermanfaat...
daripada 5 jenis syaitan yang telah disebutkn oleh Dato Dr Hj Fadzilah Kamsah,aku tambah lagi sedikit..hasil daripada web yang aku search dari pakcik google...antaranya :
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :


1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahar
i
 
 
 
Wallahu'alam bissawab..:)

Isnin, Oktober 22, 2012

Terjah Sahur!!!

 
 
Alhamdulillah,syukur dipanjatkan kehadrat ilahi kerana buat pertama kalinya Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) dengan usahasama cawangan dari Tanjung Puteri dan Skudai serta cawangan kampus,(Kolej Pengajian Tinggi Islam Johor (MARSAH) ) telah melancarkan projek Kembara Sahur @ Terjah Sahur sempena keberkatan bulan Ramadhan al Mubarak baru-baru ini.
 
Projek ini dilancarkan bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dalam diri tentang kehidupan.kesusahan mereka yang berbeza kondisi hidup berbanding dengan kita yang bernasib baik...dalam program ini,kami telah pergi ke beberapa tempat seperti kawasan kota raya,hospital sultanah aminah dan juga stesen bas larkin,JB.pelbagai ragam manusia dapat dilihat di sekitar tempat kami terjah...juga 'pengalaman manis' (ngeri sebenornye) berhadapan dgn 'doktor' lorong,mak nyah- mak nyah,dan dikejar sekumpulan orang berkulit hitam..tengok kami yg perempuan ni atas-bawah,atas-bawah je..pucat muka masing2 mase tu..hehe..tidak kurang juga ada yang lari bila melihat kami datang kearahnya..mungkin penampilan kami yg siap ber'vase',nampak seperti pegawai daripada JAIJ agaknya..huhu..
 
Walaupun sumbangan yang diberikan tidak seberapa namun apa yang kami harapkan,tujuan sebenar program ini dapat berjalan lancar.melihatkan mereka yang tidur hanya bertilamkan kotak,beralaskan simen,dan berbumbungkan langit cukup membuat hati ini terkesan.semoga sedikit sumbangan makanan yg diagihkan dapat menjadi alas perut utk waktu sahur mereka..amin,insyaAllah...
sedikit gambar untuk tatapan..=)
 
persiapan makanan untuk diagihkan di tiga kawasan yang bakal diterjah..!

Taklimat ringkas dan bacaan doa sebelum bergerak ke destinasi pertama






sampai ke destinasi pertama,sekitar kawasan Kota Raya








di destinasi ke-2,Hospital Sultanah Aminah

di destinasi terakhir,Stesen Bas,Larkin



Operasi tamat pada jam hampir 5 pagi.dan kami pulang ke Pusat untuk sesi penutupan program hingga jam 6 pagi.setelah subuh bersama,kami pulang smula ke kolej,terus bersiap untuk ke kelas pada jam 8 pagi...=)