Isnin, Oktober 22, 2012

Terjah Sahur!!!

 
 
Alhamdulillah,syukur dipanjatkan kehadrat ilahi kerana buat pertama kalinya Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) dengan usahasama cawangan dari Tanjung Puteri dan Skudai serta cawangan kampus,(Kolej Pengajian Tinggi Islam Johor (MARSAH) ) telah melancarkan projek Kembara Sahur @ Terjah Sahur sempena keberkatan bulan Ramadhan al Mubarak baru-baru ini.
 
Projek ini dilancarkan bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dalam diri tentang kehidupan.kesusahan mereka yang berbeza kondisi hidup berbanding dengan kita yang bernasib baik...dalam program ini,kami telah pergi ke beberapa tempat seperti kawasan kota raya,hospital sultanah aminah dan juga stesen bas larkin,JB.pelbagai ragam manusia dapat dilihat di sekitar tempat kami terjah...juga 'pengalaman manis' (ngeri sebenornye) berhadapan dgn 'doktor' lorong,mak nyah- mak nyah,dan dikejar sekumpulan orang berkulit hitam..tengok kami yg perempuan ni atas-bawah,atas-bawah je..pucat muka masing2 mase tu..hehe..tidak kurang juga ada yang lari bila melihat kami datang kearahnya..mungkin penampilan kami yg siap ber'vase',nampak seperti pegawai daripada JAIJ agaknya..huhu..
 
Walaupun sumbangan yang diberikan tidak seberapa namun apa yang kami harapkan,tujuan sebenar program ini dapat berjalan lancar.melihatkan mereka yang tidur hanya bertilamkan kotak,beralaskan simen,dan berbumbungkan langit cukup membuat hati ini terkesan.semoga sedikit sumbangan makanan yg diagihkan dapat menjadi alas perut utk waktu sahur mereka..amin,insyaAllah...
sedikit gambar untuk tatapan..=)
 
persiapan makanan untuk diagihkan di tiga kawasan yang bakal diterjah..!

Taklimat ringkas dan bacaan doa sebelum bergerak ke destinasi pertama






sampai ke destinasi pertama,sekitar kawasan Kota Raya








di destinasi ke-2,Hospital Sultanah Aminah

di destinasi terakhir,Stesen Bas,Larkin



Operasi tamat pada jam hampir 5 pagi.dan kami pulang ke Pusat untuk sesi penutupan program hingga jam 6 pagi.setelah subuh bersama,kami pulang smula ke kolej,terus bersiap untuk ke kelas pada jam 8 pagi...=)


Tiada ulasan: