Selasa, Mac 19, 2013

Gathering Group "ALL ABOUT PURDAH,NIQAB & BURQA'

 
 
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah akhirnya saat paling manis yang ditunggu-tunggu menjelma dan sudah pun berlalu saat-saat manis itu..Betapa eksaited nye hati untuk bertemu dengan 3 orang kakak yang selama ini hanya bertemu di muka buku...*bukan cinta muka buku eak..: - P
 
Trip 3 hari 2 malam di Kuala Lumpur nyata memang amat seronok..kalau nak diceritakan semua yang aku dan mereka lalui bersama komfem la panjang berjela entri ni..tapi seperti biasser,- AAK - (Ade Aku Kesah??)..hehe..xde3...x kira,nak citer semuanya jugakk..xde orang nak bace pun xpe..hehe *syok sendiri pulakss...
 Jumaat malam kami mula bertolak ke kolumpo..siape 'kami' tu??..'kami' tu adelah aku,kak kina n her hubby dan juga 3 orang hero cilik tu,ismail,hanis dan akil..hampir jam 11 malam baru family kak kina sampai di kolej untuk jemput aku..dan jam 11 malam,bermulalah perjalanan kami untuk ke destinasi pertama,Kem tentera darat di sungai besi untuk menghantar barang pada Adik kak kina..
 
Dan,
percaye atau tidak,hanis tidur atas riba aku sepanjang perjalanan..manja betul,tidur siap peluk pinggang aku lagi tu..hehe comel je wajahnya waktu tidur..perjalanan tetap meriah dengan perbualan demi perbualan hingga sampai ke Sungai Besi pada jam 2 pagi....Berehat sebentar di rumah Adik kak kina dan keluarganya..sempat berkenalan dengan kak ecah,adik ipar kak kina..yerr.sorang lagi yang menganggap aku adalah lebih tua daripadanya..terlebih matang la sangat kan..hehe adui...sweet2 gitu,muka kak ecah ni..macam masih remaja lg tapi dah 25 umur dia..haa..awet muda kot.hihihikk...
 
  Perjalanan diteruskan dan kami sampai di apartment kak faten di selayang pada jam 4 pagi.. Alhamdulillah selamat sampai..kami sempat berborak sebentar je oleh kerana muka masing-masing nampak penat..x sempat nak bual panjang,aku terus masuk bilik dan lelap sebentar..huhu akhirnya dapat jugak rehatkan mata ni..3 hari tuu x boleh nak tidur..pagi sabtu esoknya tiada aktiviti yang dibuat memandangkan badan masih penat lagi,so pagi tu hanya slot khas wanita,:::-berborak sakan-:::..almaklum la,selama ni berchatting dalam group je..bila dah jumpe lagi meriah jadinya..
 
Menjelang tengahari,kami bersiap untuk gathering ahli group 'All About Niqab,Purdah & Burqa' di restoran Aroma Hijrah yang menyediakan makanan ala-ala arab..tunggu,punya tunggu akhirnya sampai juga cik Iz squidwood kiter ni bersama-sama kak nurin..ku pikirkan ramai yang join gath ni..tapi hanya 2 orang je..dan x lupa juga pada kak nina @ miszniena..Alhamdulillah berbaloi jugak kami tahan lapar daripada pagi..hidangan untuk makan tengahari memang nyata amat menyelerakan..semuanya hidangan berupa makanan ala-ala arab..dok berbual,sembang-sembang sampailah jam menunjukkan pukul 5 petang..huhuhh lama betul kami kat restoran tu sampaikan pelayan restoran tu asyik pandang2 je..agaknye terfikir,''bila ler diorang ni nak balik''..hehe..
Sebelum balik,kami sempat bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan..kami berpecah,kak niena pulang bersendirian,kak nurin pun balik sendiri manakala Iz naik dengan kami..hehe so mampat lah kereta kak kina & suami,abang nain..dah la padat,kecoh lagi riuh dengan gurau senda dan gelak tawa kami..hilang dah rase shy2 cat sebab dah rasa macam bersama dengan keluarga sendiri pulaks...huhu..
 
Singgah dulu ke KIDSZANIA untuk beli tiket masuk sementara kami tunggu di dalam kereta,dan suami kak kina turun untuk beli tiket masuk untuk hari esoknya..hampir jam 7 petang baru kami sampai di apartment kak Faten..bila lif terbuka je,punya la terkejut sebab orang yang ade dalam lif tu pelakon yang selalu aku tengok dalam drama tv..Azhan Rani..first time kot jumpe depan-depan,nampak hensem le pulok..huhu aduhai,sampai terlupa betapa x senonohnya anak dara dok ralit tenung muka orang lelaki..Astaghfirullah...dia pulak yang menundukkan pandangan sambil berlalu keluar dari lif..waduh2...hamekk kau,maryam..termalu sendiri kejap..gatai betoi mata ni dok pandang x berkelip..nasib baik x nampak keterlaluan sangat..Allahu Robbi..-_-..*terasa macam batu besar menghempap kepala ini..=_=.... 
 
Malamnya tiada aktiviti menarik melainkan bersembang je..tengok muka masing-masing memang nampak kepenatan,so aku batalkanlah hasrat nak bersembang dengan 3 orang kakak-kakak tu.kebetulan sebilik dengan Iz,siap tutup lampu dah,konon nak tido la gamaknya..x sampai 10 minit,pintu diketuk dari luar..hehehh dah agakk dah!..mesti kak faten..rupenyer nak ajak sembang-sembang..ape barang tido awal,kata dia..hehe..bayangkan,baru bertiga je dalam bilik tu,dah riuh dengan suara dan gelak ketawa kitorang,apetah lagi bila berempat,kan? x lama lepas tu datang pulak kak kina join borak sama..daripada nak tidur terus segar mata dia.mungkin kitorang punya gelak kuat sangat kot..hee...lama kot dok bersembang,daripada 11.30 sampai pkul 2 lebih baru stop.tu pun lepas masing-masing dah x tahan menahan ngantuk..
 
Pagi ahad,selepas sarapan kami semua bertolak ke KIDSZANIA dalam 1 kereta..sampai disana kami berpecah,kak kina dan abg nain ke kidszania bawa hero-hero mereka bermain disana.aku,Iz,kak Faten dan abang faizul ke mall yang ada diseberang.kami masuk ke Curve dan berjalan ke IKEA tengok-tengok perabot.dah penat berjalan,kami ke Secret Recipe untuk minum-minum sat.perut dah kenyang,tapi masa masih panjang lagi untuk balik.suami kak faten,abang faizul keluarkan idea dia,untuk main bowling.so,bergerak la kami masuk balik dan pergi ke pusat bowling.siapa cakap orang yang berjubah,berniqab dan berkopiah x boleh main bowling?..hehe kitorang redah je main..main 1 game je pun dah buat aku rasa seronok..hebat betul suami kak faten main bowling.markah dia 90 lebih kott..haa hebat x?.macam-macam telatah dan aksi-aksi kelakar bila bersama dengan Iz dan kak Faten ni..hehe seronok betul..^_^
 
Selesai bermain,kami ke surau untuk solat Zuhur..setel smuanya,kami ke restoran untuk makan tengahari.ermm,..memang aku asyik terkena je bila dengan si Iz ni..banyak kali kot terkena dengan dia ni.ishh..sabor jela..hampir jam 3 petang,dapat call dari phone kak kina bagitau yang mereka dah selesai bermain di kidszania tu..so,masa untuk bergerak pulang ke rumah kak faten semula..sampai je,masing-masing tumbang kepenatan.
 
Selepas Asar baru la kami bersiap-siap untuk bertolak balik ke JB.sempat bergambar kenangan sebelum balik dan akhirnya jam 6 petang barulah kami bertolak ke sungai besi,utk ke ke rumah adik kak kina.mael dah mula tertidur kepenatan sampai x sedar dia tidur beralaskan lengan aku.hehe..sempat jugak ler aku snap picture dia waktu tengah tidur.penat sangat la tu,main je dari pagi x rehat2..bermaghrib sebentar dan makan malam di sana..sedap masakan kak ecah..tengs bebanyak.kenyang perut den.^_^..
 
Sepatutnya kami sambung semula perjalanan pada jam 9 malam.tapi bila fikir kak kina ngan suami mesti penat,dah la sorang demam,sorang lagi drive.serba salah pulak aku..so aku bagitau kak kina its ok kalau nak gerak lambat sikit.kesian kat suami kak kina yang drive nnti.lastly kami gerak pada jam 11 malam.risau jugak hati ni sebenarnya sebab balik lewat dan x dapat hadir ke mesyuarat program Jejak Belia Johor 2013 malam tu.xpelah,utamakan awlawiyyat..plus,takde siapa yang dapat jemput aku if aku terus nak rushing ke pejabat mustika embun tu.dan aku pun lupa jalannya..huhu..so bermalamlah aku dirumah kak kina.kami sampai di rumah kak kina,di pasir gudang pada jam hampir 3 pagi.plan yang tak disengajakan,Alhamdulillah dapat ke rumah kak kina untuk kali pertama..cantik dan tenang je suasana rumah kak kina..dan x sia-sia extend 1 hari lagi dengan kak kina sebab hari last tu anak bongsu kak kina dah selesa nak bermain dengan aku..bermain,gelak dan ketawa..comel je akil..hehe..^_^..
Tengahari,aku pulang ke marsah.dan disepanjang jalan macam-macam yang berlaku.bas rosak dalam keadaan hujan lebat yang menggila,tiada siapa yang dapat jemput aku untuk terus ke kompleks mustika embun..erm ujian Allah agaknya..akhirnya selamat sampai pada jam 6 petang..Alhamdulillah...
1 trip yang sangat,sangat,sangat seronok dan terrbaikk!..Alhamdulillah akhirnya kita dapat juga bertemu..insyaAllah kalau ada rezeki,boleh kita jumpa lagi..terima kasih yang tak terhingga pada 3 orang kakak-kakak ni,..terima kasih untuk semuanya..dan mintak maaf daripada mar kalau-kalau sepanjang perkenalan kita ada kekurangan yang mar x dapat perbaiki..moga ukhwah antara kita kekal sampai bila-bila,coz u're my sisters..<3 <3

(sedikit gambar yang dapat diselitkan dalam entri ni...insyaAllah,gambar yang lain dalam pembikinan video..asif jiddan lambat sangat baru masukkan..:')...)





















2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam grup tu kat mana

Cik Unggu Lavender berkata...

wa'alaikumussalam..group tu group di FB je..just search "All About Purdah,Niqab & Burqa'..''tapi sekarang dah x semeriah dulu la.