Sabtu, April 16, 2016

Tanggal 15 April 2016

Alhamdulillah,jika teringat pada setahun yang lalu,pada ketika ini aku berada dalam keadaan dilema untuk membuat satu keputusan yang besar di dalam hidup aku buat kali pertamanya.Dan Alhamdulillah,berkat adik2 housemate yang pandai betul psiko aku untuk berfikir semula tentang suatu hal,maka dengan lafaz basmalah aku beranikan diri untuk memberikan jawapan muktamad,tanda positif...kini,genap setahun peristiwa tu..

ulang tahun kali ini aku tak mengharapkan apa2 selain doa2 yang ikhlas daripada mak abah,kluarga dn kwn2 untuk hidup aku supaya aku jadi anak yang boleh dibanggakan...ade jer makcik2 yang dah biasa dengan cara modennya dengan selamba bertanya,

''hepi befday kak lang...orang tu x bagi kek ke?..'' ...

so  aku ambil langkah selamat dgn berdiam diri,sbb nasib baik di tanya dalam group wasap family..sebenarnya nak je aku balas,''tanpa kek pun hari lahir kak lang tetap di ingati'..tapi atas rasa hormat pada orang yang lebih tua,aku diamkan je..hadiah utk hari lahir ni sebenarnya dah lama aku terima darinya,sejak 8 febuari lagi...pada aku,selagi tak di halalkan lagi,selagi tu masih ada tembok besar yang membataskan perhubungan...apa lah sangat setakat kek hari lahir kalau nak di bandingkan dengan nilai maruah mak abah yang tak ternilai harganya...tak dapat aku bayangkan kalau aku meraikan hari lahir ini dalam situasi yg makcik2 ni harapkan,mungkin mak dan abah adalah orang yang paling kecewa saat itu...

terasa usia kali ni rasa mcm tak seseronok seperti sebelum ni..usia kini kebiasaannya dah perlu fikirkan life goals masing2..x ada masa dah nak feeling2 bahagia mcm dalam fairy tale...realitinya selalunya x seindah fantasi..maka,berpijaklah di bumi nyata..semoga sempat untuk aku capai segala impian dan hasrat sebelum aku pergi buat selamanya..insyaAllah..

Tiada ulasan: