Sabtu, Disember 03, 2016

JODOH itu.......?



terbaca satu kisah yang menceritakan tentang bagaimana pertemuan dengan belahan jiwanya sejak dari zaman persekolahan menengah..maksud aku,kebanyakan orang tak pernah tahu macam mana cara dia bertemu dengan jodohnya..ada yang dulu waktu sekolah selalu bergaduh mulut..asal berjumpa je mesti nak bercakar..tapi alih2 bila masing2 dah besar,bila terjumpa sesama sendiri,ehh terus jatuh hati pandang pertama..same like dalam cerita tu,dia x pernah sangka budak perempuan kelas sebelah yang selalu menyapu sampah tu la yang jadi isteri dia..see?..takde siapa yang dapat sangka jodoh dia tu siapa....

pada aku jodoh tu adalah takdir Allah...jodoh tu satu suprise...sebabnya,kita tak tahu dengan siapa kita akan berpasangan suatu hari nanti.sentiasa tertanya-tanya siapa orangnya..dan kadang-kadang kita fikir bila kita dah bercinta,orang tu la jodoh kita sampai mati..tapi sebenarnya salah apa yang kita fikir tu..sama sekali salah..kadang-kadang Allah pertemukan kita dengan seseorang tu sebagai pasangan kita hanya untuk sementara waktu..cuba kita renung,berapa ramai wanita yang kehilangan pasangan mereka pada usia yang muda?..berkahwin hanya setahun dan tiba-tiba kita dapat tahu suaminya meninggal dunia?..ada yang berkahwin baru beberapa minggu tiba-tiba dikejutkan dengan berita kemalangan yang meragut nyawa insan tersayang...apa yang aku nak tekankan kat sini,tak semestinya kita dah berkahwin,pasangan kita itu lah jodoh kita sampai mati..kadang2 ada yang baru berkahwin tak sampai setahun,kehilangan suaminya akibat bercerai hidup ataupun mati,dan selepas hampir setahun hatinya terbuka untuk menerima insan lain sebagai suaminya yang sah...

dan kadang-kadang manusia tu diberikan ujian dari segi kehilangan orang yang tersayang..Ujian Allah itu bukan tanda Allah nak melihat hambanya itu sama ada mampu bersabar atau tak,kerana Allah itu maha Mengetahui segalanya.ujian Allah berikan itu adalah kerana nak menzahirkan (menampakkan) apa yang telah Allah takdirkan.umpamanya siapa hambaNya yang sabar,siapa yang tidak..siapa hambaNya yang beriman,siapa yang tidak....takdir Allah tak pernah salah.kerana Allah maha Mengetahui apa yang terbaik utk hambaNya..Allah dah tetapkan rezeki,jodoh,hidup dan mati seorang manusia tu sejak dari sebelum lahir lagi..

Tiada ulasan: