Jumaat, Januari 28, 2011

Malu......

                    


Memandangkan ini post pertama saya,saya nk mulakannya dengan 1 cerita ataupun kisah benar yang saya lalui sendiri mengenai malu..Perasaan malu itu adalah fitrah bagi setiap manusia.Tetapi tidak semuanya mempunyai rasa malu yang menebal.Seperti mana dunia hari ini,dimana-mana sahaja,pasti kita akan dapat melihat pasangan-pasangan kekasih yang duduk berdua-duan di pantai,shopping mall,taman bunga,pantai dan ditempat-tempat sunyi yang bisa mendatangkan syak wasangka.dan hampir kesemuanya yang saya katakan ini adalah remaja.Manusia kini hilang rasa malu bila melakukan kemungkaran atau maksiat.Malah,mereka merasa bangga dan seronok melakukannya...Oleh sebab itu,saya kongsikan bersama kisah dibawah.Moga kita sama-sama mendapat pengajaran...


                       Sabtu lepas,aku dan family keluar jalan-jalan..biasa la,time ni la dapat luangkan masa dengan keluarga.bukan senang dapat berkumpul dn keluar bersama.yelah,pekerjaan ayah yang perlukan komitmen yang tinggi membuatkan kami jarang dapat meluangkan masa bersama.berbalik pada cerita tadi,.kami singgah ke pusat beli-belah JUSCO di melaka.biasa lah,shopiing time!..setengah jam berlalu,kami masih disitu,membeli keperluan rumah..sempat aku singgah tempat kegemaranku,kadai buku..disana,aku serta adik beradikku yg lain sibuk mencari buku-buku menarik utk dibeli..aku? novel la...dn beberapa buah buku2 motivasi.selesai urusan pembayaran,kami mndapatkan abah dan emak yg setia menunggu di luar kedai..cewah,setia ek..hehe...

                      Kami beriringan kaluar dari kedai.tiba-tiba aku terlihat sepasang kekasih,duduk berdua-duaan di satu sudut yang agak tersorok.hnya kalimah istigfar ssahaja yg mampu aku ucapkan lantaran trlalu terkejut dengan adegan pasangan itu..hati aku terdetik untuk menegur kesalahan mereka tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakannya..xkan lah main serang je kn?..aku cuit lengan abah dan ceritakan apa yg aku nampak.
  ''abah,nanti jap..tadi kak lang nampak ade perempuan ngan lelaki duduk berdua-duaan kt tmpat sunyi..abah tolong la tegurkan dorang..x elok kalau orang tengok''....abah terus pergi kearah mereka berdua..waktu itu baru aku perasan,ade sorang guard tgh berkawal kt kawasan itu..aku pelik,kenapa pakcik tu langsung xnak menegah pasangan tu..

                     Dari jauh aq dn keluarga memerhati tindakan berani abah menegur dan memarahi pasangan kekasih tersebut.aku dapat dengar dengan jelas apa yg abah cakapkan.''awk ni dah kawen ker? dok sronok peluk2 anak dara org!.''aku jadi geram dengan mereka berdua yang dengan selambanya membalas pertanyaan abah dengan sinis,''ek eleh pakcik ni,suka hati kitorang la nak wat ape pun.bukannya kitorang kacau hidup pakcik.kitorang blum kawen.kenapa sibuk2 nk tau?.''ni korang duduk2 cmni mak ayah korang tau ke x ni?..nama je pakai tudung,tp peluk2 lelaki.awak x malu ke orang lalu lalang,tengok awk berdua mcm ni? atau korang nk pakcik panggil polis? abah cuba mengugut dengan suara mendatar.pasangan itu nmpk terkejut dan reaksi wajahnya nampak cemas bila melihat abah sudah mengeluarkan handset.pasangan tersebut yang menyangka abah betul-betul serius untuk telefon polis,terus meninggalkan kawasan tersebut dengan cemas dan  muka yg merah..''tahu pula takut'',desis hatiku..rasa nak tergelak pun ade gak sebab perkara yang sebenarnya,abah keluarkan handset dari dalam poket sebab ada terima mesej.bukannya nak telefon polis.tapi bagus gak tu..sekurang-kurangnya masih ada lg perasaan takut dan malu dalam diri mereka....

             Aku lihat,abah sempat bercakap-cakap dengan pakcik guard tu tentang pasangan tadi.abah juga bertanya padanya,kenapa tidak menegur kemungkaran yang berlaku depan mata sebentar tadi..pakcik tu menjawab,dia sudah menasihatkan berkali-kali,malah pernah mengugut untuk melaporkan pada pihak polis tentang perkara ini namun pasangan2 remaja itu tidak pernah ambil peduli.sebelum beredar,abah sempat berpesan,jika berlaku lagi kejadian seperti ini,terus report pada pihak berkuasa.aku memandang emak yang kebetulan berdiri disebelah aku.sempat mak berbisik sesuatu,''kalau la kau yang buat hal macam tadi tu,memang nak kene la.''..


              Sepanjang perjalanan pulang,aku muhasabah diri.bila teringat tentang pasangan tadi,aku rasa malu sangat dan rasa berdosa sebab aku x berani nk menegur kemungkaran itu...hari ni aku belajar sesuatu..kita mesti berani menegakkan kebenaran.tidak perlu takut,kerana yang hak akan tetap menang manakala yang batil akan tumpas akhirnya.Walau dimana sahaja kita berada,jagalah nama baik serta maruah keluarga dan diri sendiri...

Tiada ulasan: