Jumaat, Januari 28, 2011

Wahai Insan Bernama Lelaki...



Wahai insan bernama lelaki
maaf andai ku melukai hatimu
bukan niatku mempermainkan cintamu
bukan pintaku mempersiakan
kasih dan sayang yang telah kau curahkan
tetapi ketahuilah

Wahai insan bernama lelaki
cinta yang terbina ini
tidak membawa sebarang makna
kerna
hubungan yang terbina ini
tidak akan diberkati
selagi kita tidak mampu
mencintai DIA yang Maha Esa

Wahai insan bernama lelaki
aku mohon padamu,
agar mengejar cinta yang lebih hakiki
kerna cintaNya tidak akan
mengecewakanmu
malah,
ianya amat manis bila dikecapi

wahai insan bernama lelaki
jauhilah hubungan sebelum
mempunyai ikatan yang sah
sesungguhnya ia dapat melindungimu
dari perkara-perkara lagha

Tiada ulasan: