Isnin, September 30, 2013

setiap KESULITAN pasti ada HIKMAHnya...

 
sedar tak sedar hampir seminggu lebih juga asrama dikejutkan dengan kes gangguan jin pada beberapa orang pelajar.sudah semestinya para ajk & ketua asrama menjadi orang paling sibuk membantu dan berusaha mengawal keadaan asrama agar tidak kecoh dan huru hara.
 
Alhamdulillah kini kami sudah mampu menarik nafas lega seketika lantaran berkurangnya gangguan2 tersebut.bila diingat,selama hampir 2 minggu di sepanjang gangguan berlaku kami x dapat tidur dengan lena,untuk memantau dan memastikan pelajar tersebut tidak diganggu pada waktu malam.
 
masih segar dalam ingatan malam 1st seorang pelajar mula terkena gangguan tu,aku  terlalu risau dan takut hinggakan aku x mampu untuk lelapkan mata.aku risau takut2 pelajar tu diganggu lagi waktu tengah2 malam.sebabkan terlalu takut,aku ambil keputusan untuk berselubung je dalam selimut pura2 tidur sambil dengar ayat2- Al-Quran yg dibuka menggunakan speaker dgn kadar yang perlahan.baru je mata aku Berjaya lelap,tiba2 selimut aku direntap.Allahuakbar...aku ingatkan pelajar tu yang rentap selimut aku,kot2 marah sebab aku pasang ayat suci Al-Quran..rupanya sahabat yg tidur sebelah aku yg tarik selimut aku.dia risau tengok pelajar tu dah mula duduk kat lantai sambil bersandar pada almari.aku rasa jantung aku waktu tu berdegup laju sangat2..serta merta badan aku menggigil,gigi bergetap dan terus menangis..aku x pernah rasa takut sampai tahap macam tu.dan waktu aku menangis tu aku x sedar dan x boleh kawal diri aku walau aku cuba untuk tenangkan diri aku.Allahu,terasa luruh semangat aku waktu tu..
 
malam2 berikutan gangguan terus berlaku.dan sudah beberapa kali kami panggilkan pelajar2 tahfiz yang menjadi perawat di Terapi Bil Quran (ustaz Arif & the geng) untuk membantu pulihkan pelajar tu tp masih sama..benda tu betul2 degil untuk keluar dari badan adik tu..
sampailah pada hari selasa malam rabu,adik tu diganggu lagi..kali ni bukan jin yang sedia ada dalam badannya,tapi jin yang datangnya dari sekitar pandan.jin yang aku kira minatkan perempuan cantik.aku balik je dari event kelas pukul 11 lebih tu,bilik aku dah riuh dengan suara jeritannya dan ust2 yang sedang berdialog dengan jin tersebut.sudahnya beberapa orang pelajar perempuan yang turut sama membantu,memakai niqab untuk mengelakkan jin tersebut Nampak wajah mereka (sebab jin tu suka pada wajah perempuan yang cantik)..hamper pukul 12 pelajar tu mula tenang dan sedar sepenuhnya.
 
hari rabu malam khamis kami panggil lagi ustaz arif & azfar untuk membantu..dan kali ni ada respon yang baik,..apabila Arif Tanya elok2 pada jin tu kenapa ganggu adik ni,akhirnya jin itu menjawab,dia masuk dan ganggu adik tu sebab adik tu lemah sangat,dia nak sampaikan niat adik tu..
 
cukuplah tu bercerita tentang ni..kalau nak cerita memang panjang,..tetibe rasa malas nak taip panjang2..belum tentu ade yang nak baca kn?..huhuhh...
 
apa motif aku tulis entri kali ni nak cakap tentang HIKMAH disebalik UJIAN yang berlaku.yup,memang banyak hikmahnya..
antaranya :
 
ukhwah antara ahli bilik bertambah erat,erat bilamana ahli bilik sama2 ambil berat dan saling risau-merisaui keadaan adik tu..selain tu aku nampak bila berlakunya kes ni,baru aku kenal apa itu SAHABAT..siapa sangka,orang yang selama ni riang tersenyum berkawan dengan kita tiba-tiba mula menjauhkan diri bila sesuatu yang buruk berlaku.itulah tandanya dia bukan orang yang sesuai untuk dijadikan sahabat.hanya mahu bersama bila waktu senang,tapi meninggalkan kita diwaktu kita dilanda kesusahan..sungguh,aku rasa sedih bila lihat rakan2 adik tu ada yang mula menjauhi diri hanya kerana kes dia diganggu oleh 'benda' tu.aku sedih sebab aku juga pernah alami situasi ditinggalkan sahabat bila tiba waktu aku dalam kesusahan..sangat perit,...semoga engkau kuat tempuhi ujian ini,adikku...hikmah yang lain yang aku dapat rasa,aku semakin mengenali dirinya berbeza berbanding awal-awal sem sebelum ni..aku hanya sekadar berbalas senyum dan bertegur sapa sedikit je dengan adik tu..almaklumlah baru2 lagi masa tu..aku agak kekok..dan sekarang ni bila berlaku kes ni aku tiba2 rasa yang aku juga perlu lindungi dia,menjaga dia..aku dah anggap dia macam adik dah..mungkin sebab tu la kot..
 
dan kini,
setelah 3 hari adik tu pulang ke rumah untuk berubat dengan ustaz kenalan ayahnya dari Darul Syifa',dia kembali sihat,dengan izin Allah..Alhamdulillah...sangat bersyukur bila lihat wajahnya yang ceria dan keadaan dirinya yang sudah semakin pulih...Alhamdulillah....terubat sudah rindu kami padanya sepanjang 3 hari ketiadaannya..
 
Alhamdulillah..semoga apa yang berlaku dapat dijadikan iktibar buat diriku dan semua yang membaca..
 
*sentiasa ingat 1 perkara, " kalau jin pun tahu dan bencikan perkara maksiat,xkan lah kita manusia yang lebih mulia dari jin ni xada apa2 rasa @ kesedaran langsung?.."
Wallahu 'alam....
 
#segala salah dan silap sepanjang pembacaan anda didalam entri ini ampun dan maaf dipinta...aku bukan orang yang mahir berkarya..apa yang aku tulis datangnya dari benak fikiran aku sendiri..sekiranya ada terasa hati,maaf sekali lagi dipinta..:)

Tiada ulasan: