Isnin, September 02, 2013

hanya coretan yang mampu diluah....

 
 
salam di keheningan malam...
tiba-tiba terasa nak coretkan sesuatu di sini..kata-kata yang tak terluah di mulut namun hanya terbias di dalam hati..
 
wahai,
aku hanya insan biasa.
tidak sehebat Khaulah Al-Azwar,
tidak setabah Sumayyah,
tidak sekuat Maryam..
 
namun,
aku berharap agar dapat menjadi seperti mereka.
yang tidak mudah jatuh tika diuji...
yang sentiasa teguh imannya..
dan
yang sentiasa berusaha sehabis daya mendamba cinta suci dari ilahi..
 
 
 
tika diri sudah selesa tenggelam dari tumpuan dan perhatian dari khalayak umum,
namun tetap juga masih ada yang berusaha menarik aku agar kembali ditumpui dan diberi perhatian..
maaf,
aku sudah sebati dengan cara aku..
berdiam diri itu lebih baik bagiku..
x perlu kembali menarik aku ke dalam kenangan yang lalu
kerana ianya amat menyakitkan..

Tiada ulasan: