Sabtu, Mei 21, 2016

KEM KEDISIPLINAN MURID @BTN BENUT,PONTIAN


Nak pergi pun memang dah mcm survival hidup dah..sampai je larkin,udah mcm jejak kasih dah kitorang berpeluk sbb rindu sgt lama x jumpa,kan..then kak fika ajak pergi kedai kak kina di Masai.kebetulan kak uyul nk ke sana,so dia tunggu kami skali utk ke sana saing.memang langkah kanan sgt la kan,sebab aku pun berhajat jugak ler nak ke kedai kak kina tp sbb kan tambang nk ke sana mcm mahal,aku terpaksa tangguhkan dulu..dan memang rezeki aku sbb kebetulan kak uyul ada bawa sikit makanan,ketam masak sambal yang menjadi kegilaan budak2 dlm Familia THJ.so mcm biasa,sakan berjemah,makan dan bergambar berjemaah,sempat jugaklah aku capai sekotak Kopi Pak Belalang sbb lama dah x minum kan,..ok.selesai smuanye,kak uyul drop kan aku dan kak fika kt pondok bas terdekat sbb kami akn balik ke hotel larkin naik bas je,..
ni la kedai kak kina yang sempat aku,kak fika dan kak Uyul sekeluarga serbu.
Lain pulak citer nyer bila dah ade dalam bas.seat depan aku ade la sorang lelaki ni duduk dengan beg camping dia tu.aku syak mungkin dia ni orang luar dari johor sbb terdengan dia bercakap dlm phone dgn bahasa yang pelik.dia nampak mcm risau dan brp kali jugak dia pandang kami,.at last dia tegur kami,macam mana nak ke larkin.kak fika pun jawab kena salin bas selepas bas ni berhenti sbb bas yg dia naik ni x kan sampai ke larkin.musykil jugak kami sbb dia kata kawan dia cuma drop kan dia kt bas stand masai,bukan larkin.perbualan demi perbualan,baru kami tahu kenapa dia mcm x biasa dengan tempat ni..rupanya dia asal daripada Acheh,dan menetap di KL selama 6 tahun tapi baru 1st time datang ke johor sendirian.sbb kan kesian,kami ajak dia ikut kami memandangkan kami juga nak ke larkin.Alhamdulillah akhirnya sampai juga di larkin dan kawan dia pun dah ready tunggu dia.dia balik je,kami pun naik ke hotel yang kak fika dah check in.naik,rehat sekejap melepaskan penat,then turun balik utk cari makanan sbb lapar.menyanyah la kitorang pi 7E cari stok makanan.bedal jela ape2 pun,asalkan kenyang utk malam tu...tamat utk hari pertama aku di JB.....

Rezeki jugak la kan,bila ayah kak fika yg drive kan utk bawa kami ke BTN pontian tu.tempat dia gila jauh masuk ke dalam,bak hang!...tempat dia nyaman je,..dikelilingi dengan hutan,udara segar dan tumbuhan yang segar di sekitarnya..terima kasih kt kak fika sbb dia guna duit dia utk bayar tambang teksi kt ayah dia...adududuhh segan rasa..>_<...sampai je,kami terus ke dewan since dalam tu dah mula dengar suara ust Sufi bercakap melalui mic..Allah,cuak gila rasa sbb lama sgt dah aku x berprogram sejak tamat studi diploma 2 tahun lepas..Alhamdulillah,rasa mcm hidup semula bila dapat join program2 motivasi mcm ni..tetiba rasa mcm nak terlibat semula dgn aktiviti kefasilitatoran mcm dulu..
bersama trainer&faci yang awesome




Daripada slot indoor membawak ke aktiviti outdoor,semuanya awesome!..seronok aku tengok budak2 ni kena denda hahaha jahat gila aku ni..ekceli bukan ler aku ni dengki sgt suka tengok org kena denda bagai nih..aku suka bila tengok budak2 ni di training untuk jd lebih berdisiplin..part yang paling aku suka tengok bila dorang di dewan makan,ketuanya akan lead anak2 buah yang lain untuk baca doa makan sama2.dan lepas tu dia akan cakap,"jemput makan tuan,jemput makan puan,jemput makan cikgu,jemput makan kawan2,jemput makan semua"...setiap kali waktu makan dorang perlu buat mcm tu..pada aku,adik2 ni semuanya comel sgt walaupun ramai yang ada masalah kenakalan dan disiplin.tu baru bab makan,..

Aktiviti indoor yang aku paling seronok tengok bila dorang diperkenalkan permainan saham dan duit2 yang digunakan adalah daripada duit dari permainan Jutaria.memang kecoh la kan masing2 kumpulan berbincang dan bertekak dalam menetapkan berapa banyak jumlah yang mereka nak melabur saham.ada jugak yang berhutang hingga berjuta ringgit pada bank negara kerana menanggung kerugian dan x cukup duit untuk melabur duit lagi..selain permainan saham,ada juga slot 'Senam Penguin'.pertandingan sesama kumpulan utk melihat kreativiti mereka mencipta gerak gaya sendiri dlm melakukan senam penguin tu.kumpulan tersebut akan dinilai oleh guru2 mereka.serius kelakar tengok gelagat masing2.untuk aktiviti outdoor pulak,adik2 ni masuk ke hutan diringi oleh Pak Aduka,dari pihak BTN.kak fika x benarkan aku ikut serta sekali since keadaan tulang dan saraf aku yang x berapa nak ok,takut jadi apa2 yang lebih teruk..so aku hanya tengok dari jauh je perjalanan dorang masuk ke dalam hutan.so pagi hari kedua tu aku habiskan waktu dalam rumah je.langsaikan hutang tidur dan letih yang terlampau..jadilah,dapat lelap 2 jam..entah apa yang penat sgt pun aku x tau..mungkin side effect dari tulang dan saraf belakang aku agaknya punca aku terlalu cepat letih...tapi betul la,masin mulut kak fika.kak fika ckp nasib baik aku x ikut skali sbb aktiviti dalam hutan tu mmg lasak,dan mmg x sesuai dgn keadaan aku.dia pun mencungap kepenatan bila sampai rumah.

sebelum mula jungle tracking
Alhamdulillah,aku buat keputusan yg tepat utk join kem anjuran S4E ni..banyak yg aku dapat sepanjang 3 hari 2 malam tu.aku dapat ilmu mcm mana nak jd trainer,dapat jumpa dan kenal dengan penggerak S4E,Bro Shafiz,Bro Mizan..dan aku dapat jumpa dengan Awad yang selama ni hanya kenal dalam fb je sejak dia sekolah lg and at last dia jd salah seorang junior aku kt marsah..mmg rezeki betul..Alhamdulillah.

Tiada ulasan: