Ahad, Julai 02, 2017

6 Syawal…

serius bersawang blog ni..lama sgt x di hapdet nye kome oii..maklum ler,tengah cuti2 cenggini ni memang manfaatkan masa lapang dengan tidur..#mokciksukatidoo hahaha x semenggah prangai..Alhamdulillah,sekejap sangat rasanya puasa,dah masuk syawal..tup2 dah masuk 9 syawal dah pun...haa ni,aku ade benda nak share,so jemput lerr baca bebelan hati aku dalam entry blog aku kali ni ..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
Dia datang berkunjung ke rumahku bersama keluarganya dengan 2 tujuan.ziarah raya dan juga berbincang dalam menetapkan tarikh pernikahan & perkahwinan kami.eh silap,3 tujuan sebenarnya..selain sebab ziarah raya dan perbincangan tentang status diri kami,dia juga ada tujuan lain iaitu nak merasa “chicken deep” hasil air tanganku yang selama ni dicanang-canang sekitar unisel (kalau kat unisel,bukan aku sorang je,Miza si adiiik manis sorang tu pun in charge skali bab2 dalam menghasilkan Chicken deep ni)...maka tugas aku pada hari itu adalah menguruskan persiapan dan proses pemerapan ayam untuk menghasilkan “chicken deep” yang special dan dengan penuh kasih sayang.gittew kata ko…

So,macam biasalah kan,tiap perempuan kalau nak berjumpa dengan bakal mertua ni comfirm mula lah tak betah duduk dek kerana cuak,nebess,dan yang sewaktu dengannya..juga tidak ketinggalan disertai dengan rasa nak terkucil,sakit perut dan tak boleh nak duduk diam walau sekejap.ok,tu antara simptom2 nya la yang aku rasa hari tu..jangan ditanya macam mana aku bereaksi sebab aku dah memang rasa blank bila dorang semua dah sampai dan dah duduk kt ruang tamu tu haa..dah x boleh nak fikir apa yang aku patut buat utk melayan tetamu,nak buat ape lepas dah salam ibu dia,nak letak air panas yang dah bancuh tu kat dulang yang mana 1,(sbb ada 2 dulang kat meja makan time tu..dah ler dia sorang je yg ade kt meja tu tengah makan..gila x nebess mokcik ni haa)..

Boleh aku simpulkan punya hebatnya penangan chicken deep tu dia makan sampai x perasan orang tua kami dah pun berbincang sesama mereka tentang perihal anak masing2..hahaha sabaa jela kan..dia sendiri x sedar bila masa ayah dia dok bincang sbb dia tengah makan sambil borak dengan abang aku kt meja makan tempat segala makanan kami letakkan kt situ.dan punya la gigih aku nak curi dengar,siap menyorok kat balik dinding menghala ke dapur tp x jelas sangat pun..hampaaaa…*x senonoh sgt rasanya time tu perangai hahaha..lepas dari tu aku pun cuba la kuatkan semangat nak duduk kat ruang tamu sbb dah x tahan panas dok menyorok kat balik dinding dari awal dorang semua datang..aku menyelit duduk kat sebelah mak sambil melayan ragam si cilik anak buah dia yang comeyyy angat…geram betul tengok dia sengih2 sampai x Nampak mata,terangkat2 hidung siap Nampak gigi lagi tu..senyum2 manja,gelak2 sopan..bila kita acah nak ambik dia terus menyorok..haihh geram sgt tengok pipi dia..

Penghujung kunjungan keluarga dia,ayah dia simpulkan segala isi perbincangan ,bila waktu yang sesuai untuk langsungkan majlis..tapi aku dapat lihat riak wajahnya Nampak terkejut dan pasrah..Alhamdulillah kunjungan kali ini aku mula dapat sesuaikan diri dan mula selesa untuk berinteraksi dengan orang tuanya..boleh tahan jugak ayah dia bab2 melawak & mengusik ni..naik segan aku dibuatnya..huhuu…

Alhamdulillah,perbincangan antara kami berdua berlanjutan selepas dia dan keluarganya balik,hingga keesokan harinya..bincang punya bincang,akhirnya dapat juga tarikh yang betul2 sesuai dan dah siap di lock terus tarikh tu..Alhamdulillah..semoga Allah mudahkan urusan seterusnya..bila? haa hat tu dah nak dekat majlisnya,baru aku umumkan..tak surprise la kalau tau awal2 kan..hehe..doakan aku dapat habiskan study yang berbaki lagi 2 semester ni,..bercinta betull rasanya nak habiskan study..*sebetulnya dah x sabaa nak kawen..mmg x semenggah sangat ler perangai kau,mar  >_<..

......

apa pun,dikesempatan ini,aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua yang sudi menyinggah walau sebelah kaki je kat blog aku yang x seberapa ni..hehehe..terima kasih sebab sudi jadi tetamu di blogku yang kusam lagi sunyi ni...mohon maaf andai segala perkataan dalam post2 terdahulu ada yang menyinggung hati korang time baca..*dah la diri ni x femes,citer x best,perkataan pun x semenggah hahaha aduiiyai..semoga Syawal korang dimanfaatkan dengan aktiviti yang berfaedah,jaga kesihatan dan sila jangan melantak segala makanan sampai nak pecah perut tu bila pi memane open house..>_<...

Tiada ulasan: