Ahad, Julai 02, 2017

Ramadhan 2017



Ramadhan dan bertandang sebagai tetamu dan telah pun pergi meninggalkan kita..terasa sekejap sangat...selama tempoh sebulan berpuasa ni aku rasa ada perubahan positif la pada diri aku..apa dia?...haa,aku dah boleh minum susu segar! ..seriously aku sendiri macam tak percaya mulanya..teringat lagi sejak doktor sahkan keadaan tulang aku,maka bermacam-macam lah idea dan cara yang orang sekeliling aku kongsikan macam mana nak kuatkan tulang lah,minuman apa yang elok untuk tulang,makanan apa yang bagus utk tulang,and so on..dan salah satu daripadanya adalah “minum susu”..serius weh,tekak aku memang tak boleh nak terima segala air2 yang ada kandungan susu asli melainkan kalau susu tu ada campuran perisa coklat @ kopi,haa yang tu kira ok la aku boleh telan tapi sikit2 jela..

                Aku still ingat lagi,lepas 2 hari aku cuti utk buat check up & MRI scan,esoknya nak balik ke kolej tu memang mak abah dah belikan aku siap2 susu Anlene tu utk bekalan aku sepanjang aku di kolej even mak Nampak dah aku buat muka loya bila sebut pasal susu ..sampai 1 masa tu aku sengaja buat2 lupa nak bawak susu tu,..dan lama2 terus x minum..*punya la x semenggah perangai time tu..x sedar diri tu sakit tapi still degil lagi hahaha…

By the way,tu semua kenangan 4 tahun lepas..dan tahun ni??..haa jangan x tau,sekarang aku dah boleh minum susu segar dengan rileks dan muka yang riaknya hahahah…sepanjang cuti semester yang baru mula awal bulan puasa aritu,sampai la habis ramadhan, hampir hari2 aku minum susu segar..segalanya bermula sebab abah..Mak dengan style mak jemahnya dok cerita kat aku yang dia ada baca tentang kebaikan jus carrot susu untuk orang yang sakit strok.so mak pun dengan arahan sebagai ratu di dalam rumah telah menggunakan kuasa veto untuk bagi abah minum jus carrot susu tiap hari ..makanya,bila aku dah balik bercuti ni,aku pun terjebak sama join venture sekali hahaha..tak sangka pulak carrot susu tu sedap weh…menyesal tak nak minum sebelum ni hahaha..Alhamdulillah,setakat ni tekak aku boleh lagi terima susu tu..tapi kena pelbagaikan la rasa dia sebab kalau minum susu gitu je aku takut muntah balik..so aku selang-selikan ikut hari..mula2 carrot susu,time sahur aku bancuh susu tu dengan milo @ nescafe..so aku tak la cepat muak kan..

                Jenama susu pulak,setakat ni abah Cuma beli susu HL..kalau ada pergi ke mall kat Bandar ke,baru la kitorang beli susu jenama Good Day..seriously,susu Good Day tu rasa dia lg segar dan sedap..bila buat air carrot susu tu kan,rasa dia lg lemak..since kt pekan taman perumahan aku kebanyakannya xde jual jenama Good Day,so kitorang gunakan HL jela setakat ni..

Ekceli aku rasa ni 1 perubahan positif la pada aku..yg mana klu di fikirkan sebelum ni mcm tak mungkin la aku boleh terima utk minum susu tu..haa sekarang tengok?..x ke kau rasa mcm nak buat sujud syukur sebab aku dah boleh minum susu dengan rileks nye?..hahaha..tapi bila fikir semula,susu ni penting sebenarnya utk badan..lebih2 lagi ibu mengandung..haa meh sini aku kasi share kebaikan atau khasiat susu ni pada badan manusia..

Fakta Penting :
1.  Lemak susu tak menyebabkan kita jadi gemuk.sebaliknya,amalan diae pemakanan yang tak seimbang tu la yang menyebabkan pengumpulan lemak dan mendorong untuk kearah kegemukan.

2.       Sebelum tidur,minum segelas susu panas-dapat melonggarkan otot-otot tegang & dapat menenangkan saraf,dapat beri peluang untuk kita mendapatkan rehat dan tidur yang lena..(*pada siapa yang hadapi insomnia tu mungkin korang boleh try,kot-kot la dapat lelap mata tu.)

3.       Tak kira susu segar @ susu tepung,ia mengandungi kandungan vitamin & kalsium yang baik untuk pertumbuhan tulang dan penyembuhan luka,vitamin untuk sel darah,tenaga untuk buat aktiviti2 seharian,dan juga boleh buat kulit jadi lebih cerah berseri.

4.       Elok untuk wanita yang mengalami PMS..

5.       Digalakkan minum 1-3 gelas sehari.

Tiada ulasan: