Sabtu, Mac 22, 2014

Bebas dari seliaan terahir..! ^_____^

Alhamdulillah...dengan berakhirnya minggu ini,..maka berakhirlah penyeliaan kali ke-3 a.k.a yang terakhir...selasa lepas tuan hj mohd noh datang ke sekolah untuk menyelia aku mengajar,dan memberi final mark pada aku..rasa nervous sangat,sangat,sangat!...risau sebenarnya kalau2 peristiwa masa aku diselia pada minggu ke-7 yang lalu bakal berulang lagi...
~ ::: throwback 3 minggu yang lepas ::: ~
  • nervous + kelam-kabut menunggu kehadiran pensyarah sambil2 tu tangan ni lincah menggunting kertas2 yang dah di print, untuk dijadikan ABM semasa mengajar nanti..sambil2 tu juga lah beberapa kali aku berlari dari belakang (tempat guru) ke hadapan pintu bilik guru untuk melihat sama ada pensyarahnya sudah sampai atau belum..sebab kami (aku,husna & guru besar) perlu menyambutnya apabila dia sampai ke sekolah.serba tak kena dibuatnya..punyalah cemas sampai x boleh berfikir dengan baik..huhu...
  • sampai je lect kt bilik guru,bermula lah sesi perbincangan antara aku,husna dan Hj Mohd Noh tu,berkaitan tentang RPH aku..tujuannya untuk dia beri bimbingan,apa yg boleh aku buat semasa sesi P&P nanti...mana2 step mengajar yg aku tulis tu if dia rasa x sesuai untuk digunakan,dia akan tegur dan beri bimbingan untuk betulkan semula...perbincangan selama hampir 45 minit tu berakhir pada jam 3.50 petang...baki 10 minit tu dia beri aku masa untuk bersiap sedia sebelum memulakan sesi P&P..guess what,ABM aku yang aku dok kelam kabut gunting2 tu still belum siap lg sepenuhnya...haaa x sempattt!...aku potong2 jela mcm mana pun rupe nye..then masukkan dlm 1 sampul surat utk diberikan pada murid pada waktu penilaian nanti....
  • Hj Mohd Noh masuk teruihh je daripada pintu belakang pada waktu aku tengah kelam kabut untuk cuba bersedia menenangkan diri aku sendiri...tapi TAK DAPAT NAK RELAKS COOL lagi dahh...pendahuluan aku suam2 kuku,set induksi hancuq berterabuq,langkah2 pengajaran aku pun agak laju,dan yang paling serabut,bila murid2 aku semuanya pakat dok senyap belaka....udah ler deme diam jaa,pahtu deme dok pandang muka ceq ni x berkelip macam dok tengok benda pelik jaa...ohoiii,time tu aku rasa macam nak lari kluaq dari kelaih ni dan pi cari mana2 sungai,then terjun...ermmpphh @_@!...

    masa buat penilaian/aktiviti untuk murid2 pun sama...x berjalan lancar macam apa yang dah aku rancangkan sebelum ni...haaiihh...sedih betui rasa...tapi aku kene control emosi bila waktu aku berhadapan dengan murid2....jadi aku cer try test untuk tenang,cool,dan positifkn diri....aku habaq kt diri sendiri,

    '' xpe mar...benda dah separuh jalan pun...teruskan je..lantak pi la nak jadi ape pun..yang penting,cepat2 habis waktu P&P ni,.."..

    .tapi aku perasan,ada 2 orang murid aku yang mungkin memahami apa yang aku rasa waktu tu..dia mula nampak aktif pada 15 minit terakhir sebelum P&P berakhir..aku saaaangat berterima kasih sebenarnya,sebab Allah permudahkan urusan aku dengan menjadikan 2 orang murid aku tu sebagai penyelamat keadaan...dan nyata,sebelum Hj mohd Noh keluar dari kelas aku,dia sempat cakap dengan semua murid2 dlm kelas,
    ''bagus anak2...pakcik suka dengan 2 orang tadi tu...bagus sangat..contohilah 2 orang ni,.."

    ..sambil mempamerkan ekspresi muka yang sangat kagum kepada murid2 aku...lalu terus keluar dan menunggu aku di bilik guru untuk mengulas sesi P&P aku tadi...
  • waktu aku mengemas buku2 dan barang2 aku yang ada atas meja,murid2 pun ramai yang datang mengerumuni aku di sekeliling meja untuk bertanyakan bagaimana kelakuan mereka hari ni,adakah mereka memberikan kerjasama yang baik atau pun tidak semasa menerima kehadiran tetamu sebentar tadi..sengaja aku mempamerkan wajah yang sedikit sedih sambil bersiap sedia untuk keluar dari kelas..sebahagian murid2 perempuan yang agak rapat denganku mula meminta maaf sambil mengikut aku sehingga aku turun tangga dan menuju ke bilik guru.(ehehe saje je berlakon sat,nak bagi depa cuak..)
  • bila lect nampak je aku duduk di hadapannya,terus dia bertanya , "macam mana?..apa awak rasa maryam?.."...laju je aku jawab , " saya rasa teruk sangat la ust...rasa macam nak menyorok bawah meja je tadi.." berserta dengan muka yang sugul, Tn hj gelak je dengan jawapan aku..kami bebincang,dan analisis semula di mana kesilapan yang kerap aku lakukan semasa mengajar tadi..memang banyak kot silap yang aku buat tadi..jadi dalam hati time tu memang aku dah agak,mesti markah seliaan pertama aku kali ni teruk..tapi aku terkejut sebab Hj Mohd Noh beri aku markah (A-)...A malap (kata dia)..kata dia,aku perlu perbaiki lagi skill mengajar aku..be a creative teacher,kuasai keadaan kelas dengan lebih professional,jangan terlalu nervous.dan dia pun faham kenapa aku terlalu cemas sepanjang mengendalikan P&P tadi....

    1st,aku memang gementar sebab ni kali pertama lect tengok aku mengajar..2nd,sebab hari tu laa murid2 aku ni semuanya diam x berkutik..respon pun kurang..selalunya depa laa yang paling riuhh sekali..dan itu lah yang menyebabkan aku bertambah-tambah-tambah-tambah cemas sampaikan aku lupa semua step mengajar yang dah pun Tn hj perbetulkan...apa pun,memang x jangka langsung yang aku still dapat A untuk 1st seliaan...
Alhamdulillah,untuk seliaan terakhir ni,aku rasa markah yang aku dapat lebih baik daripada seliaan pertama tu..(banyak dpt 5 dan 4)..tn hj kata,aku dah semakin cool bila mengendalikan murid2 bila mereka kelihatan pasif..dan kali ni murid2 aku pun memberi kerjasama yang osemss!.terima kasih sayang2 cikgu semua..<3...Alhamdulillah,dia punya rasa lega tu,memang x dapat nak gambarkan la kot dengan kata2...
walaupun dah selesai aku lalui kesemua penyeliaan daripada pensyarah,terselit rasa sedih dalam hati bila mengenangkan hanya tinggal 3 minggu je lagi tempoh praktikum (tolak 1 minggu cuti sekolah)..Allah..sebak pulak hati ni..dan semestinya aku akan merindui telatah nakal murid2 aku,sifat manja mereka,gelak tawa dan jerit pekik mereka..

semoga minggu2 yang masih berbaki lagi ni,dapat aku manfaatkan dan menikmati hari2 yang masih ada dengan senyuman serta mencipta moment terindah bersama murid2..=)

Tiada ulasan: