Khamis, November 08, 2012

cuti hujung minggu yang luar biasa...!

 
 
entri kali ni adalah rentetan daripada kisah di entri yang lepas...macam same??...macam jer,tapi x serupa..hehe..entri kali ni lebih kepada waktu cuti sem aku selama 2 bulan..macam boring ek citer aku ni..tapi aku tetap nak share..mana la tau berguna pada 1 hari nnti..:)
 
cuti hujung minggu yang luar biasa...!
sangat2 membuatkan aku rasa bersyukur.
kenapa??
erm masa hari khamis minggu lepas (10 mei 12) tu,aku diserang keracunan makanan yang teruk..paling teruk yang pernah aku kena.abah pulak  tak ada sebab pagi nye tu dia b'tolak ke penang,berkursus di sane.so abah dapat tau drpd mak la yg aku kena keracunan makanan.memang dah x larat nk bangun.makan pucuk jambu dan minum teh pekat pun x jalan...keluar balik...berdating lah aku dalam toilet sampai pukul 2 pagi.kesian sebenarnya kat abang yang susah payah keluar cari ubat malam2 buta kat 7E,pukul 12.00 tgh mlm pulak tu.sekitar jam 4 pagi,alhamdulillah ubat pun dah mula beri tindak balas yg baik.tak perlu lagi berulang-alik ke toilet lagi.cuma masih terasa lagi sakit di bahagian perut.so,pagi jumaat tu aku dah boleh buat kerja2 rumah seperti biasa.hampir tengahari,abah balik dari penang..! abah tanya aku dah elok ke belum..dari cara abah bertanya,penuh dengan nada risau dan terserlah sifat penyayangnya..Allahu Akbar..! gaya abah buat aku terpana sebentar.Allah..,sesungguhnya aku rindukan abahku yang seperti itu...Alhamdulillah..

petangnya,mak suruh kemas barang siap2,,nak balik kampung.
Ahh...aku mula risau..takut abah bersikap mcm sebelum ni...tapi aku buat mcm biasa je,,,so far,sepanjang perjalanan aku boleh b'interaksi dengan abah macam tak ade apa2 yg berlaku.abah semakin boleh menerima agaknya,aku berpurdah..sampai lah ke kampung,,dan kami 1 family berhenti makan malam di warung.abah xada pun perli2 macam sebelum ni..rileks je..betapa leganya hati aku...

memandangkan kami semua baru je sampai di rumah nenek waktu pun dah malam,,so kami masing2 mengambil peluang untuk merehatkn badan yg letih dek kerana  mengharungi perjalanan yg jauh..dalam sedang merehatkan diri tu,sempat juga aku dan emak berbual-bual memecahkan suasana yg suram dalam bilik tidur.

tiba-tiba mak cakap,''kak lang,abah kau tanya,,kau nak tak kalau lepas ni kau masuk tahfiz?.''..sambil melihat tepat ke wajahku..aku tergamam sebenarnya..mana mungkin aku mampu untuk menghafaz 30 juzuk?..tambahan aku bukanlah pelajar yg mengambil aliran agama semasa bersekolah dahulu.aku juga menghadapi masalah 'kuat lupa' sejak kecil hinggalah sekarang.perkara mudah,juga yg penting boleh membuatkan aku lupa semuanya..

lalu aku menjawab pertanyaan mak,,''bukan tak nak mak..teringin jugak nak melanjutkan pelajaran di bumi ambiya' macam akak.tapi kak lang x yakin dapat bawak aliran tu.ingatan ni x kuat untuk menghafaz''..
terus mak mencadangkan agar aku makan produk 'memo plus gold' untuk menguatkan kembali ingatan disamping usaha yang berterusan..aku hanya mendengar.meraikan..

petang sabtu tu,abah hantar mak ke kg.baru..so tinggal la kami 4 beradik kt umah nenek.aku dgn amin,adik aku on9 dalam bilik,,tiba2 dengar org bagi salam...kak ila rupanyer..baru nak keluar salam dengan dia,ternampak pulak suaminya,abg khir baru masuk..aisehh,,acaner nim?..nak keluar ke x ni?..nak pakai purdah ke x lau nak keluar bersalam dengan kak ila?..hati aku b'bolak balik huhu..aku tnggu lame sikit,bila tengok abg khir dduk kt luar,borak2 dgn acu...aku pun sarung tudung labuh n keluar salam dengan kak ila tanpa memakai purdah sebab aku sangka abang khir memang xkan masuk dalam rumah sebab dia tengah berbual dengan paksu aku di luar rumah,,,borak2 sikit Tanya khabar kak ila n main dengan nazihah wasilah,anak buah ku yang ke-2 yg semakin membesar...tiba2 abg khir masuk pulak...aku dah la x pakai purdah nk tutup muka ni...so sambil2 aku dukung nazihah,aku tundukkan muka aku nak bagi elak abg khir nmpak muka aku.aku pergi ke arah abangku yg tengah duduk2 bermain dengan muhammad,,anak buahku yg sulung,,sebelum lahirnya nazihah..erm,,rasa selamat la skit sbb abg khir duduk kt ruang tamu smbil tgok tv..smpai la kak ila n abg khir dah nak balik,aku tetap berusaha lindungi muka aku daripada terlihat abg khir..untuk pengetahuan,sedara mara aku belum lagi tahu tentang imej baru aku..jadi kerana itu lah aku sedikit cemas dan takut bila berhadapan dengan sepupu aku,kak ila dan suaminya..huhu...ape pun,syukur.Alhamdulillah..

aku menyesal sangat sebab aku masih belum mampu untuk melindungi wajahku dengan sempurna.sepatutnya aku pakai je terus purdah tu sewaktu keluar untuk bersalam dengan kak ila..Ya Allah..!
menyesal betul aku rasa..:'(

pagi ahadnya,dah tiba masa utk berangkat..nk pergi ke kuala pilah sebab abah ada urusan kerja kt sana.smpai sana dah tengahari..so kami singgah makan sebentar.macam biasa,kalau aku nak makan,aku akan tarik purdah kebawah sedikit.dan terus makan sambil menunduk.bila tengok abah rileks je,hati aku betul2 anggap yang abah mungkin dah boleh terima perubahan aku..sama jugak macam masa kitorang singgah R&R,makan di perhentian simpang ampat.aku makan depan2 je kot dengan abah.abah rileks jer....Ya Allah,,kekalkanlah apa yang aku hadapi tika ini...hati aku lapang menerima reaksi abah..lepas ni aku tak perlu lagi merasa sedih kerana mak dan abah merestui hasrat hati aku untuk berpurdah..
syukur Alhamdulillah…^_^

Tiada ulasan: